KUALA LUMPUR, 4 Februari: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa berkata, beliau sendiri memilih nama-nama calon di Kelantan dan bukannya berdasarkan cadangan dari bahagian-bahagian Umno di negeri itu.
"Kali ini senarai calon bukan nama yang dikutip dari setiap bahagian, tetapi saya susun sendiri," kata Annaur Musa.
Beliau juga berkata, hanya calon yang telah menang sahaja akan kelal manakala calon yang pernah kalah tidak akan terpilih dalam pilihan raya kali ini.
Annuar berkata demikian dalam sidang medianya selepas Forum Ecer dekat sini baru-baru ini.
Menurut Annuar juga, 70 peratus dari senarai calon yang akan diserahkan kepada Presiden Umno hari ini adalah muka baru.
No comments:
Post a Comment