Friday, July 17, 2009

Pegawai SPRM Selangor tutup mulut

SHAH ALAM, 17 Julai: Para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tidak mahu membuat sebarang penjelasan mengenai kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock atas arahan pihak atasan.

Usaha para pimpinan Pakatan Rakyat bertemu dengan mereka di Tingkat 14, Plaza Masalam tidak mendatangkan sebarang hasil kerana mereka diarahkan tutup mulut.

Demikian beritahu Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang menyertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Lim Kit Siang ke pejabat SPRM Selangor pagi tadi.

Mereka berempat telah dibenarkan oleh polis dan SPRM untuk naik ke pejabat SPRM di tingkat 14 dan mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan SPRM namun tidak mendapat sebarang hasil kerana mereka tidak boleh membuat sebarang kenyataan.

Para pemimpin PAS, DAP dan PKR memenuhi perkarangan Plaza Masalam sejak semalam sebaik sahaja tersebarnya berita kematian Teoh.

17 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Pegawai kena tutup mulut..yang boleh buka mulut ialah Pengarah atau pengawai di bahagian media..

kalau begitu, tukang cuci tandas kat SPRM pun boleh kemukakan pendapatlah...

dan satu lagikes ini sudah jadi kes polis...

yang PAS sokong AHLONG kenapa? pening kat Manik Uraipun masih ada...

PRgombak said...

bengong betul mie terjah nie....
level ko pun tukang cuci tandas ofis aku, tapi boleh pun buka mulut busuk ko kat siasah ni...
ko nak harap polis siasat SPRM?
bila SPRM siasat polis?

mana ko dapat maklumat PAS sokong AHLONG?
setau aku puak2 ko yg banyak jadi ahlong.
aku dengar org kuat MCA pun nak joint PKR.
ko bila lagi?
apa apa pun- PRgombak tak buat benda bodoh yg ko buat.
taubat lah abe ooi

zali said...

orang pas dah bakarkan kereta untuk apek tu ke?

sian dia tak de transport.

Unknown said...

SHAH ALAM, 17 Julai: Para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tidak mahu membuat sebarang penjelasan mengenai kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock atas arahan pihak atasan...SIAPA PIHAK ATASAN ITU MELAINKAN NAJIB TUN RAZAK - H1N1

TokBatin X said...

PRgombak suruh org bertaubat..?

Laaaaaa!!! gelak sakan nou...

Nyamuk diseberang lautan tampak.. gajah kat pelupok mata ta' perasan..

kecian org 'plastik' gombak nih..

la petit garson..

Unknown said...

1Malaysia....Harum namamu dipersada dunia dalam menjuarai pembunuhan arena politik & nafsu spt. Altantuya, Dato' Taha dan tak lama lagi YB Dato' Zali

TokBatin X said...

Datin Azura @ Ahmad Nesfu

Ape khabor!! AR TOMPEL.

Unknown said...

kalau dah tutup mulut camana nak makan... kah..kah..kah... mereka takut kantoi..

Naruto Sensei said...

Tok Batin Senoi

La suruh bertaubat pun salah ke..?

Semuanya nak menang ye...

Yehaaa ajaran Tok Batin dah Menang..

Dengan ini mengisytiharkan Tok Batin telah memenangi pertandingan Tipu-tipu..ha ha

Semua jadi nyamuk gajah sajalah..Narsisis

Naruto houkibshi sheizun line..

slyderrose said...

MACC memang tak professional langsung. Pegawainya kebanyakan orang melayu dan berugama Islam. Cukup memalukan melayu dan Islam di mata bukan Islam. Cara mereka menangani isu-isu rasuah dan korupsi tidak menampilkan keadilan dan ketelusan seperti dituntut olih syarak.
Puluhan report yg dibuat terhadap pemimpin2 umno semuanya senyap. Bila dengan PR, mak datuk punyalah cepat dan efisyen. Nah..sekarang apa dah jadi? Saksi dan jadi mayat. Inilah dia kalau buat kerja tak professional. Tolonglah telus dan berani bertindak demi keadilan dan tidak pilih bulu.

PKR Negeri Sembilan said...

Hah..ambik ko MACC...Tuhan tu nak tunjukkan kebenaran...jawablah kalau benar2 telus...ni nyawa org beb...bukan anak ikan!

aiman said...

alahai SPRM,kalau melibatkan UBN kau jadi KURA KURA,kalau melibatkan PR kau jadi ARNAB.skrng ni kau jadi SINGA pulak dah

dewatawanberapi said...

aiman ngok...

kena jadi singa bila berhadapan dengan babi hutan...

meon_peon said...

kes diklasifikasi mati mengejut,

SPRM S'gor diarah tutup mulut,

biar pecah perut jgn pecah mulut,

tubuh suruhanjaya siasat tali barut...

roh_insan said...

Pegawai sprm tu bkn tutup mulut,tp TERKEDU....
...................................

Klu lah aku terlibat didlm satu2 kejadian berkumpulan misti aku ckp mcm ni.

" itulah ko,buat ape ko tolak../ehh ape lak aku,ko yg tendang.../tak adelah,aku tak tendanglah,aku cume tahan penendang die je,die tu yg tendang balik../mane aku tau,aku ingat die tendang ko,aku tendang la blk,lg pun bos yg tolak aku...."

Dailog ini tak ade kene mengene dgn kes TBH,sekadar imaginasi aku je terhadap satu2 kes yg kite buat berkumpulan,n bile bermasalah make kite akan slh menyalah antare satu same lain,itulah lumrah insan yg bergelar manusie.Cume antare kate Tuhan " Beruntunglah org2 yg Aku beri petunjuk n celakelah org yg Aku sesatkan",mdh2an kite termasuk didlm golongan yg diberi PETUNJUK n jauh dr KESESATAN.

Unknown said...

kpd dewata awan, pembawa h1n1 dlam umno... he he he

sliey said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...