Tuesday, July 7, 2009

PPSMI bukan isu menjelang PRU-13

Isu pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak akan menjadi isu lagi menjelang pilihan raya ke-13 nanti kerana ketika itu ia telah dimansuhkan.

Ini berikutan dari langkah kerajaan memutuskan PPSMI akan ditamatkan pada tahun 2012 nanti.

Ulasan penuh Siasah Jumaat ini.

30 comments:

zali said...
This comment has been removed by a blog administrator.
abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Dulu sekitar tahun 70-an, orang Melayu yang memiliki SRP (kini PMR) sudah fasih berbahasa Inggeris dan ada yang menjadi guru.

Kini, mempunyai ijazah di universitipun masih lesu dan layu. Tidak mempunyai semngat untuk berdikari apatah lagi berjuang.

Minda mereka ialah mahu kaya tanpa berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Dulu TUN Mahathir mendirikan KLCC, PAS mahu jadikannya sebagai kubur. 60-an, PAS pernah memberitahu projek jambatan Pulau Pinang sebagai membazir. Putrajaya akan dilelong kepada orang asing..semua ini kejayaan PAS.

PAS pernah memberitahu penggunaan komputer mampu menjadikan masyarakat tidak bermoral..

SEKIARANYA GENERASI KINI BERFIKIRAN MUNDUR, SIAPAKAH YANG PERLU DIPERSALAHKAN!!!

PERNAH DENGAR ORANG YAHUDI KATA- KITA TAK MAHU BI.

Menurut Karl Marx, pengasas komunis dan negara kebajikan, kalau hendak maju dan berjaya kita perlu menguasai bahasa asing....

FIKIRLAH

dewatawanberapi said...

Pakatan Rakyat pun belum tentu masih ujud lagi tahun 2012 nanti?

sebab orang kuatnya dah kat dalam...

Unknown said...

Dak..BN tahun 2012 hanya dapat dilihat di muzium..
Tu le nak buat ppsmi tak fikir dulu keburukannya.Pelajar yang jadi mangsa ujikajinya.Nak tunggu tahun 2012 berapa ramai lagi pelajar melayu akan ketinggalan dalam pelajaran.

AdDukhon said...

nak heran apa jepun pun guna bahasa ibunda diorang pun boleh maju...tgk sekarang ni orang malaysia plak asyik dok kutip barang sampah jepun (JDM)...pastu convert kat keta malaysia ...siap lawa lagi pastu masuk autoshow...

Creedence Clearwater Revival said...
This comment has been removed by the author.
Creedence Clearwater Revival said...

Blogger abe MIE 'TERJAH' said...

Menurut Karl Marx, pengasas komunis dan negara kebajikan, kalau hendak maju dan berjaya kita perlu menguasai bahasa asing....

FIKIRLAH

------------------------------------

ok, nanti aku nak tengok abe mie tulis blog dlm BI pulak... ok?


http://www.youtube.com/watch?v=2xV--vCSG3c

Creedence Clearwater Revival said...

satu lagi kegagalan projek UBN...

Unknown said...

Abe Mie,

Tak payahlah membandingkan tahun 70an. Tahun 70an dulu silap-silap yang tengok "tanah" antara 2 peha ketika menyambut Abe Mie mungkin bukan Melayu & bukan Islam lagi. Sebabnya tidak ramai anak Melayu menjadi Dr.

Tak payahlah jadi bodoh macam Pak Hitam di Afrika yang pandai BI tetapi BODOH! Abe Mie pun lebih kurang sama kepala otak macam mereka. Pandai BI bukannya anda pandai Sains/Maths secara automatik.

Abe Mie paham ke tidak isu nie? Isunya PPSMI, sama bodohnya, dungunya, buta-perut mempelajari hukum-hukum agama dalam Bahasa Arab pada budak-budak seawal 7 tahun. MEREKA TIDAK FAHAM!

Siapa yang larang belajar BI? Belajarlah BI tapi bukan dengan buat Maths/Sains.

Masyallah, BODOHNYA ABE MIE. Belajar BI belajarlah tatabahasa, karangan, menulis, bercakap, mendengar. Ada sesiapa yang larang?

Campak dalam longkang saja Master tu Abe Mie, anda takk layak dapat. Master Universiti Serenti ke?

mail lambong said...

abe mie ni mmg melayu - islam..

jadi lah Mustapha Kamal Attaturk malaysia yang baru..
yang digelar abe mie 'terjah'

sakariya said...

Kesudahannya Kabinet Tok Jib akur juga dengan desakan rakyat. Orang yang paling gembira tentulah Dato A.Samad Said, yang paling sedih sekali Pak tua Mahathir.....

Idrisamk said...

Hari ini TPM mengumumkan PPSMI dibatalkan. Syukur amat sangat. Segala perjuangan selama ini berhasil. Ini adalah secebis contoh yang rakyat Malaysia patut fahami. Apabila rakyat keseluruhan membantah, pasti UMNO perlukan undi mereka untuk menang. Sebab itulah relevannya UMNO dikalahkan jika Melayu inginkan UMNO tergila - gilakan Melayu. Jangan tersengih - sengih walaupun orang tak suka. Kenalah jual mahal. Selepas UMNO kalah besar pada pilihanraya umum yang lalu, banyak perkara telah dan sudah UMNO lakukan demi memikat semula cinta rakyat kepadanya.

Oleh itu, rakyat haruslah pandai bermain politik sebagaimana rakyat kelantan berpolitik. Barulah dinamakan Melayu Moden yang bijaksana. Jangan lagi taksub dengan UMNO. Apa saja yang UMNO buat kita mengiyakan saja.

Sebelum pembatalan PPSMI ditunjukkan bahawa PPSMI meningkatkan prestasi pelajar. Tak ada yang buruk digambarkan didalam TV tentang PPSMI. Tetapi selepas dibatalkan, ramai pula yang kata PPSMI gagal. Apa kata mereka yang selama ini menyokong PPSMI. Nak letak kat mana muka?

Pandangan: idrissamk.wordpress.com

wansalman said...

Sial punya Umno ni,nak mansuh PPSMI pun amik 3 tahun,baruah nyer tidak.Kalau nak buat sesuatu yang menguntungkan mereka macam naikkan harga minyak,pagi ckp petang dah naik.Tak yah lak tunggu 3 tahun.

Dalam masa 3 tahun dari sekarang mesti berlambak anak-anak Melayu yang gagal dalam metapelajaran penting yang di bahasakan bahasa PENJAJAH.Jepun tak pun guna bahasa Inggeris tapi jauh mereka tinggalkan Malaysia yang berasa bangga dapat mngngangkat bahasa penjajah tu.

Ni lagi satu Mahathir,dah pencen tu buat lah cara orang pencen,jangan ada hati nak memerintah dari luar.jaga lah cucu,banyak kan duduk masjid ke.

Nak ubah sesuatu mesti tunggu komen Mahathir..pesalll...???? Mahathir tu malaikat turun dari langit ke.

Sial punya Bn,makin lama memerintah makin lah merugikan orang Melayu.

Mampos lah kau lagi sekali di Manik Urai.UNDI LAH PAS

BANYAK BETUL TUKANG JILAT JUBUR UMNO DALAM BLOG NI.SEMUA NYER MELAYU BODOH & BINGUNG MCM BAH LONTONG TILON.

wansalman said...

abe MIE TERJAH

Esok-esok sebelum kau mati kau wasiat lah supaya bilal tu talkin kan kau dalam bahasa Inggeris,Yang kau dok sibuk masih nak jilat bodek Mattahair tu pesal? Kau ingat cikgu-cikgu yang nak mengajar bahasa Inggeris tu fluent ke mereka ? bahasa melayu mudah pun mereka pelat,apa lagi nak berbahasa Inggeris.

Kat umah kau cakap Inggeris ke ngan Opah & Nenek kau?

Mengampu tak tentu pasal,pentingkan diri sendiri,banyak lah projek kau dah dapat agak nya.Kau makan belachan pun belum tentu bahasa Melayu kau fasih.

Aku kesian & sedih bila pandang murid-murid kampong tu sorang2.Mereka melopong bila cikgu mengajar.

Putrajaya & jambatan pulau pinang kau ke yang jadi tokeh pungut tol ? Klo iya memang patut kau membebel kat blog ni.Kalao tak jangan lah nak bangga sangat pasal hal tu.Yang senang cuma beberapa kerat Melayu yang dari lahir memang ada tanda keris kat dahi mereka macam kau lahhhhh..

Orang macam kau memang sanjung hal-hal yang berbentuk MUNDANE.Macam Umno,sembahyang jugak tapi ugama suku politik suku.

Naruto Sensei said...

Ha ha ha Kalau dah baruah taik British memang macam tu lah...

BN nak buat main laju je bila nak tarik balik berdolak dalih je depa tahu... Berapa dah kontrak puak2 depa rugi bila PPSMI dimansuhkan...

Ingat..Dulu berdolak dalih nak majukan Melayu buang Tulisan Jawi..
Sekarang berapa kerat Melayu berjaya ..? Makin buta Al-Quran adalah..

Belajar bahasa Penjajah adalah salah satu strategi Penjajah masa dulu nak mudahkan depa memerintah Melayu..?

sekarang PPSMI BN belit2 lagi...Jangan nak bodoh lah puak tonggong UMNo..? korang pergi kaji balik berapa kerat je anak Melayu tercungap2 nak lulus mate dan sains..Tipu je lah korang nih..

Dasar baruah British...
Sibuk sangat dengan bahasa Inggeris tu sampaikan bahasa sendiri melukut di tepi gantang..

Nak bagitau la negara Jepun sangat maju dan Moden dari Malaysia ..tak perlu Bahasa Inggeris malah orang Eropah pula yang belajar bahasa Jepun...

Maju sangat ke Malaysia ni daripada negara Jepun..? Nak berlagak je lebih habuk pun tarak..
Ketuanan Melayu konon..bahasa pun dia tak sensitif nak pertahankan..

Mana korang tahu pun Bahasa Inggeris tu pun ..? Pak Menteri korang speaking pun berterabur je..

MelayuUMNO pelingkup bahasa sendiri

Naruto kesian tengok

Lanros said...

Masa belajar di UTM skudai di awal tahun 90'an kawan saya dpd sarawak sekolah english sangat cair english sehingga boleh skip credit english, tapi bila masalah computer programming (FORTRAN for engineer) dia punya code error eg "bad dummy argument" untuk sub function dia tanya saya yang pekak english tapi pakar subject computer programming. Saya jawab "anak patong mu buruk". cair cakap english tidak semetinya boleh memajukan negara kalu "bad dummy argument" tak dapat diselesaikan dan tanya saya yang F9 spm english.

Unknown said...

Lanros,

Itulah BANGANGNYA bangsa yang "dikuasai" BI. Mereka anggap dengan BI automatik semuanya mereka pandai.

Perawi said...

Umno/BN musnah tulisan jawi oleh menteri pelajaran khir johari. Jawi telah pupus sekarang...ramai yg buta al quran. Yahudi & UMNO gelak besar termasuk dewata & mie terajan.

Perawi said...

Makanya di sini sama-samalah kita mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat baik secara kumpulan atau individu dalam memperjuangkan bahasa Melayu menerusi pengnyahan PPSMI.

Terlalu ramai nama kalau hendak disenaraikan. Di posting ini biarlah saya mencatat beberapa nama yang sinonim dengan perjuangan ini yang mengerakan menerusi GMP. Mereka ialah Dr Hassan Ahmad, Prof Abdullah Hassan, Puan Ainon Mohd, Prof Zaharin Mat Zain, A Samad Said, Abu Bakar Chik, Annuar Ridhwan, Dr Awang Sariyan, Zainal Abidin Ahmad, Dinsman, Pyan Habib, Dr Ghafar Ibrahim dan lain-lain. Tahniah

Naruto Sensei said...

Nuffnang Ads
Rabu, 2009 Julai 08
WASPADA ! JANGAN KENA TIPU MUSLIHAT !!




INGATAN DARI JOHOR DAILY

Keputusan telah dibuat bahawa Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran sebentar tadi. Pengumuman itu dibuat jam 2.30 di kementerian itu di Putrajaya.

Ia merupakan teknik menipu cara Menteri Pendidikan lalu, Hishamuddin Hussein mengenai isu yuran sekolah yang telah dimansuhkan. Pada tahun 2008, Hishamuddin telah mengumumkan semua yuran dimansuhkan. Apabila Muhyiddin Yassin dilantik dalam beberapa hari , semua sekolah di seluruh negara kelolaan kerajaan pusat telah menghantar yuran kepada ibubapa .

Johor Daily percaya dalam masa tiga tahun, rakyat akan lupa isu PPSMI ini. Penipuan ala Hishamuddin ini dipercayai boleh memperdayakan semua pihak agar diam sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Dan jika ada penentangan selepas ini, pemimpinan BN akan berkata, pejuang bahasa melayu tidak tahu bersabar.

Dalam sidang akhbar itu, Muhyiddin berkata, di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Menurut beliau pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Naruto Sensei said...

fikir tengok berapa kali dah Bn cakap nak mansuhkan PPSMI ni..

Saya mencabar Menteri Pelajaran Mansuhkan segera dan tak perlu tunggu 3 tahun lagi jika benar mereka benar ingin selamatkan anak melayu dari terus hanyut dengan kegagalan Mate dan Sains

Proton Saga said...

Baguslah keputusantu,nanti kita tunggu anak orang melayu ramai jadi Jutera dan Doktor.

Anak aku dah habis keuniversiti dengan dibekalkan Bahasa Ingeris dari awal.

Aku nak cerita pelangaman aku , aku lulusan SPM susah nak dapat kerja, masatu BI tak lulus sain tak ambil.

mohon punya mohon tahun 1973 baru dapat kerja, sebagai pembantu luar FELDA. Kerja punya kerja dipangkat bawahan tak ada masaalah kerana semua sama sahaja tarafnya tak fasih berbahasa ingeris.

Kerja punya kerja ikut perentah tampa banyak bantahan walaupun nampak tak sedap ikut juga kerana kita makan gaji, kenangkan betapa susah nak dapatkerja aku kerja rajin dan apa yang disuruh olih pengurus segera dilakasanakan.

Akhirnya aku dapat jawatan pengurus, FELDA ditempatkan di Felda jengka Pahang.

Masaalah timbul apabila pergi seminar pengurus ,kertas kerja dibentangkan olih pembentang dari jabatan luar kebanyakan nya berbahasa Inggeris.

Dari kesedaran itulah aku berazam anak aku yang adani 5 orang ada akan dikuatkan matapelajaran BI sejak derjah 3 lagi.

Alaham dulillah semua anak aku telah keluar universiti 3 orang 2 orang lagi sedang menuntut di U.

Bila ditanya semua anak anak saya berterima kasih kepada saya kerana memberi tekana mempelajari BI sejak dulu lagi, kerana banyak membantunya semasa di UNIVERSITI.

Saya berasa lega jika kerjaan mewajibkan lulus
BI untuk lulus SPM.

Kini tinggal anak anak kamu untuk mencapai kemenara gading, usaha kamu hari ini yang mebuahkan hasil masa depan anak kamu.SELAMAT MAJU JAYA UNTUK ANDA.




















SPM

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, PPSMI akan dimansuhkan pada tahun 2012. Langkah kerajaan itu tepat dalam usaha memartabatkan BM.Buat yang menyokong PPSMI, bantahan kepada PPSMI bukan bermaksud kita menafikan penguasaan bahasa asing. Semua bahasa di dunia ini adalah milik Allah, namun Allah telah 'mengagih-agihkan' bahasa itu mengikut kaum/bangsa tertentu yang telah diciptakanNya. Maka, wajib bangsa/kaum tersebut memelihara bahasa mereka sendiri bagi manfaat komunikasi dalam kalangan mereka, namun begitu, Allah juga menggalakkan setiap bangsa mempelajari bahasa bangsa lain bagi tujuan bertaaruf dan ilmu. Bantahan kepada PPSMI bukan membantah penguasaan bahasa asing, sebaliknya cara untuk mempelajari bahasa asing itu tidak kena caranya sehingga 'membunuh' bahasa Kebangsaan kita. Banyak lagi cara yang boleh kita fikirkan bagi memantapkan penguasaan pelajar kita dalam bahasa Inggeris tanpa mengambil hak istimewa Bahasa Melayu/Malaysia. Perlu kita ingat juga, penguasaan bahasa asing jangan hanya disempitkan kepada Bahasa Inggeris sahaja, kena lihat juga Bahasa Arab, Perancis, Jepun dan sebagainya yang perlu juga kita fikirkan untuk dipelajari kerana semua bahasa itu memiliki keistimewaan khususnya dalam pencedokan ilmu pengetahuan. Maaflah jika tulisan ini menyinggung perasaan orang tertentu. Wallahualam.

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahniah dan syabas buat saudara Proton Saga. Berkat kegigihan beliau telah meletakkankan anak-anaknya berjaya dalam akademik dan mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Saya percaya anak-anak tuanya yang telah lulus universiti itu bukanlah produk PPSMI. Maknanya, anak-anaknya telah menguasai BI bukan melalui kaedah PPSMI sebaliknya menggunakan cara biasa sebelum PPSMI. Kesungguhannya mempelajari BI amat kita banggakan sehingga dia mampu menguasai BI di universiti.Apa-apa pun marilah kita sama-sama MEMARTABATKAN BM dan jangan pula lupa untuk MEMANTAPKAN BI atau mana-mana bahasa asing yang boleh dimanfaatkan ilmunya nanti. Wallahualam.

Creedence Clearwater Revival said...

.:Kajian dapati 98 peratus mempunyai masalah dalam PPSMI:.


Satu kajian yang dilakukan oleh seorang profesor linguistik Universiti Kebangsaan Malaysia, mendapati 98 peratus guru mengatakan pelajar mereka mempunyai masalah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).



Menurut beliau, kajian ini dilakukan pada tahun 2004 ketika dasar PPSMI baru dilaksanakan itu dengan melibatkan 900 orang responden yang terdiri dari guru-guru dan pelajar serta dana sebanyak RM1,500 di seluruh Malaysia.

"Saya tidak hanya bercakap kososng mengenai perkara ini, saya minta soalan kajian ini diseludup ke sekolah-sekolah di seluruh Malaysia tanpa mendapat kebenaran Kementerian Pendidikan.

"Kalau pihak Kementerian tahu, pasti kajian ini akan disekat dengan serta merta.

"Walaupun ada suara sumbang mengatakan dasar ini baru dilaksanakan, tidak ada apa faedahnya membuat kajian kerana baru lagi. Ia mesti diteruskan," tegas beliau.

ImageBeliau berkata demikian dalam satu seminar hala tuju dasar PPSMI dalam dasar Pendidikan Kebangsaan yang diadakan di Dewan Teater, Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) pada 14 Mac lalu.

Hadir sama dalam seminar ini, Setiausaha Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), Hasni Abbas; Timbalan GMP, Dr Shahril Zain dan Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Program ini telah dianjurkan oleh Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB).

Manakala tambah beliau, sebanyak 96 peratus orang guru tidak bersetuju bahawa ramai pelajar mereka semakin berminat dengan PPSMI.

"94 peratus tidak bersetuju dengan keputusan peperiksaan pelajar sangat membanggakan dalam mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris," tambah beliau.

Selain itu menurut beliau, 84 peratus orang pelajar mengatakan tidak setuju dengan semua pelajaran mesti mengunakan bahasa inggeris.

"Serta 75 peratus pula tidak setuju bahawa belajar sains dan matematik dalam bahasa itu tidak mendatangkan masalah pemahaman," katanya.

Oleh itu beliau berkata, mereka yang suka bercakap dalam bahasa inggeris, mencapai tahap yang baik, boleh berbincang dalam bahasa itu adalah mereka dari bandar dan Sekolah Menengah (SM) bukan Sekolah Kebangsaan Menengah (SMK).

"SMKlah lubuk anak Melayu, SM merupakan sekolah campur dengan semua kaum ada di sekolah itu. Oleh itu, yang dapat untungnya ialah SM bukan SMK, itu lubuk anak Melayu.

"Dan yang malang dan yang tertinggal dalam dasar ini ialah pelajar luar bandar yang merupakan 70 peratus dari populasi rakyat Malaysia yang kebanyakkan anak Melayu," katanya.

Creedence Clearwater Revival said...

nak kenal UBN bukannya susah. apa2 dasar yg dibuat sebelum ni dan apabila satu2 dasar/projek itu membuatkan undi UBN merosot, lalu diubah atau dimansuhkan terus kemudiannya. mmg gitulah pe'el depa.

juga, inilah cara UBN utk memanjangkan tali hayat politik mereka.

duit rakyat dah berbilion hangus baru skrg nak mansuhkan? apa UBN menjadikan anak2 bangsa ni bahan eksperimen?


sama2lah kita doakan UBN akan mati pd PRU-13 nanti.

Naruto Sensei said...

Proton Saga

ha ha rajin kamu kerja ye sampai curik tulang main tenet je..

Kesianlah kat Felda dapat pekerja rajin macam kamu ni rajin buka tenet dan komen dalam Siasah ni..

Takde kena mengena pun BI dengan Mate dan Sains..Bukan nye pembentang tu tanya soalan Matematik kat kamu tu...

Kalau dah malas belajar disalahkan sebab tak kuasai BI..

Adik beradik saya ramai je lulusan SPM tanpa kelulusan dalam BI..!

Elok je depa sambung belajar dan kerja malah jadi Usahawan sekarang ni.. malah tak makan gaji pun macam kamu tu..mengharap dan perabih harta kerajaan je...

Kejayaan dalam sesuatu bidang bukan terletak dalam BI sahaja yang penting kita kerja kuat dan berusaha..bukan bukak tenet je..

Naruto takde hal main tenet pasal kerja Naruto berkaitan dengan tenet...ha ha ha

jangan Merah bijik mata tu

Naruto cool je...he he

Creedence Clearwater Revival said...

PPSMI, pemimpin Umno/BN lembab befikir, keputusan belum boleh dipercayai - Mahfuz
WAN NORDIN WAN YAACOB
Thu | Jul 09, 09 | 3:15:06 pm MYT

ALOR SETAR, 9 Julai (Hrkh) - Keputusan yang diambil kerajaan Umno/BN memansuhkan PPSMI hanya berkuatkuasa 2012 ini menunjukkan mereka lembab berfikir, dan hanya bermotifkan politik.


Demikian kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar semasa mengulas keputusan kerajaan yang mengumumkan pemansuhan PPSMI.

Beliau ditemui Harakah di Alor Setar hari ini sebaik pulang dari kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Manek Urai (Kelantan) pagi tadi.

Keputusan ini katanya adalah kejayaan rakyat menekan kerakusan dasar kerajaan yang hanya mementingkan soal keuntungan sebilangan kecil kroni, walhal dasar itu adalah memangsakan rakyat.

Hipokrit

"Semasa Tun Mahathir Mohamad mengumumkan dasar itu dahulu, merekalah (Dato' Seri Najib, Muhyiddin Yassin, Hishamuddin Tun Hussien dan semua pemimpin BN yang buat keputusan memansuhkan PPSMI) juga yang mengampu dan mencanangkan bahawa dasar PPSMI itu baik," katanya mengulas lanjut.

Mereka ini juga kata Mahfuz yang menyokong betrsungguh-sungguh dan mempertahankan satu dasar yang merugikan rakyat dan menggadai masa depan anak bangsa, katanya.

Namun, ketika itu mereka ini lambat berfikir, tidak mempertimbangkan kesan buruk, akhirnya selepas enam tahun barulah dasar itu hendak dimansuhkan, ujarnya.

Lebih malang lagi, pemansuhan yang hanya akan berlaku tiga tahun lagi akan terus memangsakan lebih ramai pelajar yang kini sedang mengalami masalah kerana dasar yang 'tidak bijak' ini, ujarnya.

Walhal, ketika dasar itu diumumkan Tun Mahathir, pemimpin PAS, ahli bahasa dan kalangan pembangkang telah membantah keras pelaksanaannya, dan pendirian itu konsisten hingga kini.

Beliau melihat, tindakan kerajaan yang hanya mahu memansuhkan PPSMI pada tahun 2012 adalah bermotifkan politik semata, walhal sepatutnya ia dihentikan segera pada tahun hadapan.

"Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolah akhir tahun ini.maknanya tahun hadapan dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, lap top dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya.

Belum tentu dimansuhkan pada 2012?

Paling membimbangkan, ujar Mahfuz keputusan ini juga tidak boleh dipercayai akan pelaksanaanya tiga tahun lagi memandangkan dasar kerajaan sering bertukar.

Beliau bimbang, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihan raya akan datang (ke-13), keputusan pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan.

"Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Mahathir enam tahun lalu," ujarnya.

Mengulas mengenai kenyataan Tun Mahathir yang menyelar keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI, Mahfuz berkata ia bukanlah selaran tetapi ia signal kepada rakyat yang dilontarkan bekas Presiden Umno itu yang menyatakan bahawa pemimpin kerajaan hari ini hipokrit.

Beliau menasihatkan rakyat terutamanya pengundi di Manek Urai yang akan membuang undi pada 14 Julai ini agar memberi signal kepada BN menolak hipokrasi kerajaan ini.

"Kena bagi signal bukan sahaja kita menolak PPSMI, kita juga menolak pemimpin yang hipokrit dan kerajaan yang tidak memikirkan kepentingan, masa depan rakyat," ujarnya.

Beliau percaya rakyat hari ini sudah tahu akan tembelang kerajaan Umno/BN, dan pastinya keputusan ini (memansuhkan PPSMI) tidak akan dilihat rakyat sebagai sumbangan kerajaan, sebaliknya ia adalah kegagalan kerajaan sejak dahulu dalam memikirkan masa depan rakyat secara serius./wann_

Rsabah said...

Tersalah UNDI!!!
Sibuk pasal PPSMI!!! Kepada Rakyat Malaysia, ramai yang tersalah undi soalan survey Tun Dr.Mahathir di blognya "DO YOU SUPPORT THE GOVERNMENT'S DECISION TO TEACH MATHS & SCIENCE IN BAHASA MALAYSIA?". Kami sangka soalan itu menyokong PPSMI!!! Kerana terlalu benci dengan PPSMI, sebut saja pasal PPSMI pasti kata tidak. Rupa-rupanya soalan survey bekas Perdana Menteri itu terbalik. Bukan ia (Bekas PM) ia soal setuju atau tidak dengan PPSMI!!! Tanpa baca soalan survey itu, kami klik “No”. Rupa-rupanya klik “No” kita sokong PPSMI, ha……ha….ha……Melayu mudah lupa………….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rsabah said...

Sibuk pasal PPSMI!!! Kepada Rakyat Malaysia, ramai yang tersalah undi soalan survey Tun Dr.Mahathir di blognya "DO YOU SUPPORT THE GOVERNMENT'S DECISION TO TEACH MATHS & SCIENCE IN BAHASA MALAYSIA?". Kami sangka soalan itu menyokong PPSMI!!! Kerana terlalu benci dengan PPSMI, sebut saja pasal PPSMI pasti kata tidak. Rupa-rupanya soalan survey bekas Perdana Menteri itu terbalik. Bukan ia (Bekas PM) ia soal setuju atau tidak dengan PPSMI!!! Tanpa baca soalan survey itu, kami klik “No”. Rupa-rupanya klik “No” kita sokong PPSMI, ha……ha….ha……Melayu mudah lupa………….!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...