Monday, July 6, 2009

High Chaparal: PAS sedia jadi orang tengah

PULAU PINANG, 7 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa PAS akan memberi pembelaan kepada sesiapa sahaja yang ditindas dan dizalimi tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Menurut beliau lagi PAS akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian dengan menjadi orang tengah untuk memastikan pembelaan dapat dicapai dalam isu Kampung Buah Pala atau High Chaparal.

Beliau berkata demikian semasa mengetuai rombongan PAS melawat Kampung Buah Pala, Gelugor, yang menjadi isu hangat diperkatakan sekarang.

"PAS sedia untuk menawarkan diri bagi menjadi orang perantaraan dalam isu yang membabitkan masyarakat Kampung Buah Pala dengan kerajaan negeri demi perpaduan. Ini juga adalah sejajar dengan dasar Pakatan Rakyat (PR) yang mengutamakan semangat kekeluargaan.

"Dalam lain ertikata ia tidak membawa maksud bahawa PAS menentang pembangunan. Kita mau rakyat dijagai terutamanya mereka yang sememangnya berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya."

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata kehadiran PAS ke kampung tersebut bukanlah bagi merumitkan lagi situasi yang sedia ada.

Ia bertujuan untuk melahirkan keresahan penduduk kerana apabila projek pembangunan dilaksanakan di kampung yang berusia 100 tahun maka tidak mustahil insiden ini akan terjadi kepada kampung-kampung lain selepas ini.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Zolkeply Ishak, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff, serta kepimpinan PAS dan PKR kawasan Jelutong, Balik Pulau dan Bukit Gelugor.

7 comments:

uncle nano said...

hehe..PAS nak jd orang tengah? sendiri punya hal pun lom tentu selesai, inikan pulak cuba nak selesaikan masalah High Chaparal..porah..ini le yang dinamakan menangguk diair yang keruh!!
ini sebenarnya peranggai PAS yang sebenarnya..suka menggambil kesempatan disamping itu akan memudahkan mereka untuk membuat fitnah.
dasar parti yang tak boleh pakai..

porah..podachitttttt..

anakkancil said...

Kira bagus la juga dari pada selogan 1 Malaysia rakyat di dahulukan...mcm nie kena tukaq selogan 1BN- kroni di dahulukan...

Moose Racing said...

Assalamualaikum. I notice that Uncle Nano is writing in a very uncivilized manner. Come on, Uncle. To make yourself heard, you definitely can do better than that!

Jupiter said...

najib jgn guna selogon 1 malaysia lah...
1malaysia tu rakyat berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang keturunan, berbilang fahaman.
mentang2 pulai pinang kerajaan pakatan rakyat punya, kerajaan pusat xnak masuk campur, pedana menteri kolot. kl xnak sumbangkan duit pun cuba cari penyelesaian lain.najib memang xlayak jd pemimpin.ni lah umno suka mengungkit...
kl dia tlg pastu mesti ckp sape tlg ? UMNO juga..baik xpayah jd pemimpin.najib kena ingat walaupun rakyat pilih pakatan, dia mesti adil n tlg kerajaan negeri.br org kata world.

bg sy pas ni kira ok juga lah nk tlg kwn selesaikan masalah...mcm UMNO ni xnk tlg rakyat...itu nama balas dendam..jgn hukum rakyat.jgn salahkan rakyat x undi UMNO.

UMNO be profesional lah sikit...
kata 1Malaysia.

Adi Satria said...

Sapa suruh pangkah babi...rasakan

Adi Satria said...

Tak malu ka! Ada hati nak minta tolong lepas hina, kutuk dan fitnah orang.

Dah gatal nak memerintah...selesaikan lah masalah tu sendiri...padan muka.

Adi Satria said...

Tak payah tolong puak2 yang tak tahu nak kenang budi BN yang dah memeakmurkan Malaysia....ada ke pegi pangkah babi...rasakan penangan si babi tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...