Tuesday, July 28, 2009

Akhbar Utusan diserbu

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Akhbar Utusan Malaysia hari ini diserbu oleh pelbagai pihak khasnya para penyokong Pakatan Rakyat yang selama ini memboikot akhbar milik Umno itu.

Turut diserbu adalah laman web utusan, namun apa yang mereka cari tidak ditemui kerana ia hanya disiarkan dalam akhbar utusan versi cetak sahaja.

(Utusan Online telah memasukkan juga permohonan maaf itu pada sebelah petangnya.)

Yang dicari adalah permohonan maaf Utusan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disiarkan di muka depan akhbar itu.

Ia disiarkan di penjuru kanan atas muka depan akhbar itu dengan tajuk "Permohonan Maaf".

Permohonan maaf itu dibuat ekoran laporan Utusan sebelum ini yang mendakwa Nik Aziz berkata, "Nasihat saya wajib didengar" menjelang muktamar PAS yang lalu.

Ekoran itu Nik Aziz memfailkan samannya terhadap akhbar itu.


PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

18 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Ingat Ah Long aje main serbu, Pakatan pun amal juga sistem ah long.

Inilah demokrasi Pakatan

DAP- kongsi gelap
PAS- kafir orang
PKR-buat kecoh

nota-

kasihan kepada budak2 universiti yang tak ada kerja. Mana kebajikan dijanjikan!!!

uncle nano said...

UMNO akan terus SUBUR dan mekar..
berjuang bersama umno dapat memertabatkan islam dan bangsa melayu khususnya.

hindari diri anda daripada pakatan pembangkang (pad.dap.pkr).

pakatan pembakang hanya pandai bermain dengan janji-janji yang tidak akan mereka kotakan.

konon pejuangkan islam tetapi sebenarnya memperjuangkan poket dan kantung mereka sendiri.

telus dan amanah sebahagian kata dan ucapan semasa pakatan pembangkang membuat ceramah kesana kemari..tetapi mereka hanya pandai bersandiwara dan yang nyata mereka adalah pembohong..(PEMBOHONG KEPADA RAKYAT)..

MUSNAH DAN PADAMKAN MEREKA DALAM PETA POLITIK TANAHAIR..

UMNO DAN BARISAN NASIONAL TELAH MULAI SUBUR KEMBALI DALAM HATI RAKYAT MALAYSIA.

TAHNIAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA KERANA ANDA TELAH MEMILIH DAN BERSATU BERSAMA BARISAN NASIONAL.

1 MALAYSIA KITA HARMONI..

pemanduteksi said...

bengong tul lah umno ni... takde keje gi lah mintak kat umno.. kan umno yg merintah negara ni..! masa ngundi gi pangkah BN, bila dah takda keje dtg gi mintak kat PR. Pi lah mintak kat mak bapak kau tu yg dulu kini selamanya bangang gi sokong umno.!

~PakKaramu~ said...

Salam,

UMNO ni dah beransur lumpuh sebab tu dia orang macam dah tak boleh nilai lagi kepercayan rakyat

TokBatin X said...

semacam 'karamya' pakkaramu dgn labu2nya.

ularmak akhir zaman...

Jeffry said...

UMNO makin karam

Hj.Mat said...

Tempat saya sejak kebelakang ni orang-orang UMNO dah banyak meracau cuba fiker surau pun tidak dibenarkan untuk membuat majlis bacaan yasin 41 kerana saorang hamba
allah sakit konon nya hamba
allah ini bukan bendera biru tidak boleh buat didalam surau mereka.cuba tuan-tuan fiker la tu orang UMNO di tempat saya
Saya pun tak faham saya pun orang UMNO juga tapi dulu

TokBatin X said...

Rebus jer 'ya siin' tu.. dan bagi minum kat pesakit.. gerenti beres.

Ajal tak terdahulu dan terkemudian, walaupun sedetik.

Arsad Mekanik said...

Muga UMNO hidup subur di hati rakyat,tapi PR pun mau gak nanti takde pulak yg nak bangkang.

CUPING MERAH said...

badut2 umngok ni masih blom keluar dari tempurung lagi dan masih selesa didalanya..

wal hal tempurungnya semakin reput tinggal hari dan masa je nk gugur..

sedar tk sedar dunia dah tk ada..

kaahaak ptuiihh badut2 umngok..

PeRWiRa_aDiL said...

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, bodoh Utusan... Mane boleh tarik balik ape yg dah disiarkan.. Orang dah bace, buduhh...

Proton Saga said...

Sah Nik Aziz bukan Ulamak , tetapi Ulamak politik, fikir fikirkan , hamba dah lama perasan.

osama laden said...

aloo ungka nano...pas perjuangkan poket kahkahkaah, setakat penuh poket jer ..kahkahkah ..yg sitoyol tu penuh lori kahkahkah, pkfz pulak berlori duit rakyat hangus hukhukhuk,mu ada kira berapa banyak rasuah dalam pas dan berapa banyak rasuah dlm umngok kahkahkah macm 1mlysia dgn monggolia kahkahkah,tapi sprm x dpt tangkap punya pasal Umngok ckp ini bukan rasuah tapi politik wang wakakakaka..1malaysia kena bodo

osama laden said...

aloo proton saga...awat bodonya tuan hamba, hang ingat islam lain ,politik lain ka, islam cara hidup bukannya pemisahan (sekular),Rasulullah pun berpolitik beb,abis saidina Umar keje dia imam solat dan baca doa jer kah? Dia pun ahli politik hebat sampai tamadun islam sampai ke china. Tu la kalau ikut semangat nasionalis mcm kamal attarturk...Islam lain ,politik lain. satu lagi...keluarga sendiri kelam kabut x leh nak bimbing dgn islam..agaknye org mcm ni bole pimpin org lain dgn islam ka?kalau ada otak lu pikirla.

keris panjang said...

Bertaubat lah pengikut2 pas. Tok2 guru anda sudah jelas kesesatannya. Anda perlu lebih berhati2 kerana mana tahu dibawah serban mereka terdapat "dua tanduk!".

Bagi orang yang berfikiran waras, peranan mereka didunia yang sementara ini, hanyalah sebagai ketua penghasut yang jelas menjadi pemecah belah umat islam.

Tidakkah ada perasaan malu anda semua kepada saudara2 tabligh kita yang sanggup datang dari jauh dipelusuk dunia semata2 menyeru kepada perpaduan umat, manakala anda dan pemimpin2 anda pula melakukan sebaliknya. Kerja pas hanya menjadi pemecah belah perpaduan umat islam, semata2 untuk mengejar sekelumit kuasa dan harta dunia yang sementara ini. Tidakkah anda berasa malu kepada diri anda lebih2 lagi kepada Allah swt akan kelakuan anda yang tidak mencerminkan sifat2 orang yang bertakwa kepada Allah swt. Tidakkah anda malu dengan slogan2 islam anda, sedangkan peranan anda hanyalah sebagai pemecah belah umat.

Tok2 guru anda menyediakan pelbagai fatwa bagi menghalalkan penyelewengan. Sedarlah anda, wahai pengikut2 yang taksub, akan penyelewengan anda dan balasan yang menanti anda dipadang mahsyar kelak. Biarkanlah orang2 yang anda panggil sebagai tok2 guru tu tenggelam didalam kesesatan mereka.

Janganlah hanya kerana seseorang wanita itu tidak memakai tudung kepala, anda menghina, mencaci dan mengaibkan mereka. Sucikan hati anda terlebih dahulu dan sentiasalah berbaik sangka. Mana kita tahu, mungkin hati mereka jauh lebih mulia dari hati anda dan tok2 guru anda sendiri. Itu semua kerja Allah swt. Adakah lebih besar dosa wanita yang tidak memakai tudung kepala berbanding orang yang berserban besar tetapi hati mereka dibaluti warna hitam kelam penuh kebencian, sedangkan kerja mereka tidak pernah puas memfitnah, mencaci umat seagama, mengadu domba, berburuk sangka dan apa yang lebih menjiikkan ialah usaha2 mereka yang tidak pernah jemu2 memecah belahkan umat islam.

Saya dengan ikhlas dan tidak ada sebarang keraguan lagi, serta dengan percaya kepada Allah swt dan rasulnya Nabi Muhammad saw, mempercayai bahawa parti anda adalah parti yang meruntuhkan agama islam kerana peranannya memecah belah umat islam. Kepercayaan ini bersandarkan kepada segala peranan yang dimainkan sama ada secara tersurat mau pun yang tersirat selama ini.

Fikir2kan lah wahai saudara2 seislamku.

jomdebat said...

kpd keris pnnjang.....xde guna hang dok melalut..tok guru dh ajak debat..mane pemimpin mu yg penakut tu??

jomdebat said...

pemimpin mu takut sbb kawe tau parti hok mu n pemimpin mu anuti tu sesat..tul x?kalu x sesat,sahutla cabaran tok guru.kemukan hujah n buktikn umno ni perjuankn islam..ni x...belum ape2 dh takut.memang ayh pin la org umno ni...

jomdebat said...

xleh jwb ko keris??mmg umno penakut..nk ajak debat pun takut...sbb tok jib mu tu xdok ilmu mengenai islam..bini pun x reti nak ajar..inikn pula nk didik rakyat jelata..pergi jahanam umno!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...