Tuesday, July 14, 2009

BN jadikan Lee Kuan Yew sebagai modal kempen

KUALA KRAI, 14 Julai: Barisan Nasional (BN) telah menjadikan kunjungan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew ke Kelantan sebagai kempen strategi akhir mereka di Manek Urai.

Mereka menyifatkan Nik Aziz sanggup berjumpa dengan Lee Kuan Yew tetapi tidak mahu bertemu dengan pemimpin Umno.

Poster dan banner itu mula dinaikkan di saat-saat akhir kempen iaitu petang semalam.

Padahal dalam siri lawatan yang sama, Lee Kuan Yew turut bertemu Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Sri Rosmah Mansor.

Najib semasa kunjungan itu dikatakan berjanji untuk membina jambatan ketiga antara Johor dan Singapura atas permintaan Singapura yang kemudiannya dibantah bekas PM, Tun Dr Mahathir.

Lee Kuan Yew pula semasa mengunjungi Nik Aziz bertanya apakah dasar PAS terhadap rakyat berbilang kaum jika memerintah negara ini.

5 comments:

detectiveconan said...

kata kat nik aziz jumpa lee kuan yew konon.. pada hal adnan yaakob, rosmah dan najib pun jumpa lee kuan yew.. pe hal..

umno dah kehabisan modal.........

TokBatin X said...

TNA kenelah pakai kot, tie, kasut hitam.. rambut berinai merah.. baru le ade ga ya lam alif.. sikit.

Tak kan na'pakai lagi sut2 penunggang kaldai zaman purba, kan, kan?

Flinstone pun dh pakai dangree.

sliey said...

Woi tokbatin senok,Tg nik Aziz berpakaian jubah mengikut sunah rasullullah pun ni dikatanya gila,ketinggalan zaman..tobat lah tbs..baju tok guru yg berharga puluhan ringgit tu lagi jimat wang rakyat dari baju kot yang mahal mahal..

Naruto Sensei said...

TokBatinSenoi

He he betul juga tapi bukan Tok Guru lah kalau suka membazir kan..

Tu standard UMNO je..

Tapi kalau Tok minat sangat nak tengok Tok Guru pakai kot belikan lah satu...

maklumlah Tok kan kaya..

Naruto suka je

Azym Azizi said...

Sut penunggang kaldai zaman purba?

Ni dah dikira menghina sunnah Rasullullah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...