Sunday, July 12, 2009

Doktor nasihatkan saya berihat - Nasharuddin

MANEK URAI, 12 Julai: Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata doktor menasihatkan beliau supaya banyak berihat, tidak berceramah dan berdiri terlalu lama buat sementara waktu ekoran pembedahan kecil yang dilaluinya beberapa hari lalu.

Penjelasan itu sekaligus menjawab persoalan mengapa beliau hanya datang sehari sahaja ke Manek Urai bagi membantu kempen pilihan raya.

Nasharuddin muncul di Manek Urai semalam (10 Julai) sejak awal pagi tetapi kembali semula ke Kuala Lumpur menjelang petang.

"Saya diminta berihat tetapi hari ni saya datang juga," kata beliau dalam sidang akhbar bersama Presiden PAS di bilik gerakan utama PAS dekat sini.

Sepanjang berada di Manek Urai Nasharuddin menghadiri program sembahyang Duha bersama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah di Masjid Sungai Peria, melancarkan larian rakyat di Laloh dan menghadiri beberapa program lagi. Beliau turut diberi taklimat oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan mengenai perkembangan terkini di Manek Urai bersama pimpinan tertinggi PAS lain.

Ditanya mengenai sambutan orang ramai khususnya ahli-ahli PAS Manik Urai terhadap beliau, Nasharuddin menjawab beliau dilayan seperti pemimpin-pemimpin PAS yang lain.

Sebelum ini timbulnya desas-desus kononnya Nasharuddin dilarang hadir ke Manek Urai kerana dibimbangi berlaku kejadian tidak diingini seperti diboo oleh penyokong sendiri ekoran kontroversi yang berlaku dalam parti melibatkan beliau dan Nik Aziz.

Bagaimanapun kehadiran beliau mendapat perhatian luar biasa daripada petugas media yang sentiasa mengekori pergerakan beliau ke setiap lokasi yang dihadirinya.

Malahan dalam sidang media bersama Presiden PAS pada sebelah petang beliau diajukan soalan bertalu-talu oleh wartawan berhubung isu yang menyelubunginya sejak akhir-akhir ini.

Antara laporan media mengenai Nasharuddin sebelum ini, beliau dikatakan 'malu mata' untuk datang ke Manik Urai kerana berselisih faham dengan Mursyidul Am serta turut dikritik oleh pimpinan PAS Kelantan.

Dakwaan itu timbul apabila beliau tidak hadir pada hari penamaan calon dan tidak menunjukkan muka setelah beberapa hari tempoh berkempen berlalu. Dakwaan itu kemudiannya terhenti apabila beliau didapati berada di hospital Serdang kerana mendapat rawatan dan pembedahan kecil di bahagian usus.

"Mungkin sebelum ini ada pihak tidak tahu saya dimasukkan ke hospital sehingga timbulnya pelbagai anggapan," katanya.

Nasharuddin juga berkata beliau mungkin datang semula ke Manik Urai sebelum pilihan raya berakhir sekiranya keadaan kesihatan beliau mengizinkan .

"Tengoklah, tempoh berkempen pun masih ada beberapa hari, kalau tiada halangan saya akan datang lagi," ujarnya.

4 comments:

Naruto Sensei said...

Sunday, July 12, 2009
Dr Asri Suruh Penyokong UMNO Undi PAS Di M/Urai..
Jangan Jatuhkan Kelantan
“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.

Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.” (Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin)

- www.drmaza.com

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ertinya, tentu beliau suruh selain penyokong PAS pertahankan kerajaan PAS Kelantan, termasuk ahli UMNO. Untuk itu perlu undi PAS Di Manek Urai..


Naruto sokong2

zali said...

bukan doktor je yang nasihatkan begitu...

pemimpin dan pro pkr dan dap pun sama menasihatkan nasa berehat...

kalau berehat selamanya lagi depa suka...

siap buat party tahlil lagi...

mail lambong said...

"Tukar agama seketika, bukan lama sangat tak apa," kata seorang petugas di sebuah rumah pemimpin Umno di Kuala Lumpur ketika membahagikan wang tambang kepada pengundi Dun Manek Urai.

Unknown said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
"Ya Allah, sembuhkanlah saudaraku ini daripada kesakitan yang dideritainya."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...