Thursday, July 9, 2009

MB Selangor tidak mahu campurtangan isu banglo Dr Khir

SHAH ALAM, 9 Julai: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu campur tangan pertelingkahan antara Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo.

"Dr Khir berhak mempertahankan diri manakala Adun Sekincan juga berhak membuat kenyataan. Isunya di sini adalah keterbukaan dan ketelusan. Jika Dr Khir rasa dia benar, samanlah Adun Sekincan, apa kaitan dengan saya," kata Khalid dalam sidang medianya di sini.

Khalid mengulas pertelingkahan antara Khir yang juga Adun Pasir Panjang dengan Ng, Adun Sekincan mengenai banglo mewah ala Bali di Jalan Suasa 7 dekat sini.

Ng mendakwa banglo mewah itu milik Khir dan nilainya bagi beliau adalah kira-kira RM24 juta.

Khir pula mengakui itu banglonya tetapi mendakwa beliau meminjam RM3.5 juta dari HSBC untuk membinannya dan harganya bukan RM24 juta sebagaimana dakwa Ng.

Ekoran itu, Khir akan menyaman Ng disamping mempelawanya menjadi agen hartanah untuk menjual banglo itu. Jika harganya mencapai RM24 juta, Khir sedia memberikan komisyen 50 peratus iaitu RM12 juta kepada Ng.

Ng pula menyahut cabaran Khir itu dan meminta Khir menyerahkan kunci banglonya untuk membolehkan dia menunjukkan banglo itu kepada bakal pembeli.

Ng juga berkata, dia kini mempunyai empat pembeli yang berminat melihat banglo itu.

PPSMI

Sementara itu, Khalid menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI kerana menurut beliau sudah satu juta rakyat negara ini tidak mendapat kerja yang baik akibat kelemahan mereka dalam sains dan metamatik.

Bagi beliau, ia berpunca dari pengajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris.

Ketika ditanya, apa pandangan beliau apabila keputusan penguatkuasaan pemansuhan PPSMI adalah tahun 2012 iaitu menjelang pilihan raya ke 13;

"Saya tidak kesah, yang penting ia dimansuhkan," kata Khalid kepada Siasah.

12 comments:

hurry said...

DEMI UNTUK MENYELAMATKAN BAHASA MELAYU,KESIAN TENGOK DATO A.SAMAD SAID DAN AHLI2 GABUNGANNYA BERSAMA YB PRESIDEN PAS TUAN GURU HJ HADI,TIMBALANNYA USTAZ NASHA,RAMAI TOKOH2 HEBAT DAN AHLI2 PAS DAN EADILAN KEADILAN,AKTIVIS PELAJAR,NIK ABDUH ANAK NIK AZIZ,KETUA PEMUDA PAS BAHARU,PENSURUHJAYA PAS JOHOR,DR MAHFUDZ, DATO MAHFUZ,MOHAMED SABU SANGGUP DI SEMBUR AIR KIMIA DAN GAS BERACUN,AKU YANG HADIR SAMA,DAH TAK TAHAN.. ADA SEORANG ABANG DENGAN ANAKNYA BERUMUR DALAM 5 TAHUN DATANG DARI PERAK,TAK TERKECUALI DI SEMBUR DAN TERKENA GAS,SAMPAI ANAKNYA DENGAN MENANGIS TERESAK2 MENJERIT BILA BESAR NANTI INGIN MEMBALAS DENDAM DI ATAS KEJAHATAN DAN KEZALIMAN KERA-JAAN UMNO,SAMPAI NAK MENITISKAN AIR MATA AKU MELIHAT SEMUA INI,ADA SEORANG PAK CIK KENA SEMBUR OLEH FRU ARAHAN OLEH NAJIB RAZAK,PENGSAN DAN DI PAPAH ORANG RAMAI,BILA SEDAR DIA MELAHIRKAN RASA BANGGA,WALAU DIA PENGSAN SEKALIPUN,HATTA NYAWANYA MELAYANG DIA SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA DEMI MELIHAT BAHASA MELAYU DI MERTABAT..ANGKARA UMNO SEMUA BAHASA MELAYU,BAHASA JAWI SEMUA TERKUBUR ...HIDUP UMNO,HIDUP KRONI..BILA KUASA TERGUGAT SEKOYONG2 BERLAKON HIDUP UMNO HIDUP MELAYU KONON...MELAYU MANA YANG DI BELA...MUNGKIN KERAJAAN UMNO BELA BANGSA MELAYU DENGAN MENGHADIAHKAN MEREKA DENGAN HIBURAN YG MELAMPAU...SUPAYA RAKYAT LUPA DAN TAK AMBIL PEDULI JIKA WANG RAKYAT LESAP DI BALUN OLEH MEREKA DAN KRONI2 MEREKA....
HANECO

anakkancil said...

USAHIHNYA Umno memang takut untuk berdebat dengan Pas terutamanya dalam soal agama. Pemimpin-pemimpin Umno hanya berani berhujah di depan wartawan depan kamera TV atau bercakap dengan pemberita untuk disiarkan di dalam akhbar. Di dalam kempen di Manek Urai sekarang, TPM mencabar Pas untuk membuktikan apa yang Pas buat untuk laksanakan Islam. Di mana beliau mengeluarkan cabaran itu? Di atas pentas ceramah yang di depannya hanyalah puak-puak mereka yang hadir. Apa yang Muhyiddin perkatakan, kita boleh baca di sini.

Beliau menyebut tentang Bank Islam, Universiti Islam dan macam-macam lagi untuk membuktikan betapa Islamnya Umno. Muhyiddin berkata, beliau juga anak guru agama tapi tidaklah menunjuk sangat seperti pemimpin-pemimpin Pas. Baru saya tahu bahawa TPM kita ini rupanya anak seorang Guru Agama. Maknanya TPM kita ini alim jugalah orangnya dan faham sangat pasal hukum hakam agama sebenarnya, cuma mungkin beliau malas hendak menunjukkan keilmuannya itu. Patutlah beliau tahu benar bahawa Umno bukan parti yang sesat atau menentang Islam. Umno sokong Akta ISA agaknya pada beliau menepati suruhan agama...

................................

Bila aku baca kisah nie aku tersenyum ....nama jabatan je Islam.....tapi pemimpin pula selam selam....

zali said...

saman je apek tu...cari pasal sangat.

khalid biasa la...tergagap-gagap cuma boleh kata :

aaapa kaaaaitaaaaan deeeengeeeean saaaaayaaaaa...

saaaaayaaaaa tiiiiidaaaaaaak keeeeeesaaaaaaah

hurry said...

ZALI
BAIK TERGAGAP-GAGAP DARI TERAGIH-AGIH DUIT RAKYAT UNTUK KRONI TU,PENGALAMAN AKU DENGA KHIR TOYO NI BANYAK,AKU DAH BAWAK ORG TUA NAK MINTA BANTUAN DAN JUMPA KHIR,LANGSUNG DIA X NAK JUMPA...KHIR TOYO NI...KALAU ANAK BERANAK,SEDARA MARA,KRONI2 UMNO DIA DAHULUKAN....ITULA MOTTO UMNO...SERIK DENGAN REJIM UMNO NI...

anakkancil said...

nak jumpa dgn toyol senang je..bawa duit bebanyak..keluq la toyol tu

Muhammad Asnawi said...

Lumrah Dunia...
kesilapan kecil akan menjadi besar dan kebaikan yang besar akan lenyap.

mosabit said...

Kesilapan kecik maendernya???..gaji dan elaun toyol selama jadi mb 8 tahun kalau disimpan semuanya baru 4.7 juta...itu dia anak beranak tak payah makan lah selama 8 tahun tu....
habis 24 juta buat rumah tu duit mana dia dapat?...melampau....

mosabit said...

tulah..orang dah cakap....buat baik berpada pada...buat jahat jangan sekali..
Sekali buat jahat jahanam semua ..
macam terjatuhnya nila setitik ke dalam susu...
mana gaya tu?...boleh gitu?...

sliey said...

Setuju dengan Tan Sri khalid agar tidak campur tangan dalam kes banglo Khir Toyol tu.Tumpukan kepada kerja kerja pentadbiran.Biarlah dia sasau dengan gila kuasanya.Serah saja kepada SPRM untuk menyiasat dan menghadapnya ke muka pengadilan.Kes sebesar ini sedang diperhatikan oleh rakyat dan diharap SPRM telus dalam menjalankan tugasnya.

roh_insan said...

Aku cadangkan Ts Khalid beli je umah tu atas name kerajaan negeri,setelah tolak komesen Kerajaan Negeri cume perlu byr hanye 12 juta.

Pas 2 umah tu di buke untuk semue Rakyat Selangor untuk tujuan ziarah

Name kn umah tu sebagai MUZIUM RAHSUAH UMNO SELANGOR.

Naruto Sensei said...

Salam hurry

alah kalau si Zali tu mati pun belum tentu si Khir Toyo tuh nak datang pun..

Nak talkinkan apalagi..

Tapi kalau si Zali tu mati panggil awie ataupun Azwan Ali je talkinkan die..ha ha ha

Podah ...

mail lambong said...

setuju ngan MB..
Rumahku syurgaku..
terpulang lah pada khir toyo nak jawab..mesti khir toyo marah dgn star..sebab star tulis lebih-lebih pasal isu ni..siap laa kau star.. habis la kau kena ngan sekular tu.. kalau korang semua tak percaya tengok la nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...