Friday, April 4, 2008

Khalid Ibrahim yang letak jawatan

KUALA LUMPUR, 4 April: MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim disebut-sebut akan meletakkan jawatannya sebagai anggota Parlimen Bandar Tun Razak bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil di situ dan seterusnya memimpin Pakatan Rakyat secara rasmi.

Selepas menang, Anwar dijangka akan secara rasmi menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat (ringkasnya Pakatan) yang telah dibentuk oleh PAS, PKR dan DAP baru-baru ini.


Anwar akan tamat tempoh sekatan aktif politiknya pada 15 April ini. Bagaimanapun, pilihan raya kecil hanya akan boleh diadakan selepas 8 Ogos 2008 iaitu enam bulan selepas pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini.

Menjelang waktu itu, Anwar mempunyai beberapa cara untuk dilantik sebagai pemimpin negara termasuklah dilantik sebagai senator.

Laporan penuh Siasah Ahad ini.

11 comments:

MdEzhar said...

Hip Hip Horray!!!!..., Maju lah Selangor!!..., Berjaya lah Tan Sri Khalid!! dan Bangkit lah PKR!!...,

LAWAN TETAP LAWAN...

Cucu Adam said...

Saya telah kemukakan cadangan ini sehari dua selepas keputusan pilihanraya ke12 diketahui umum. Saya telah menulis di blog Dato Seri Anwar, Lim Kit Siang dan beberapa lagi mengekemukakan cadangan itu. Saya membuat cadangan tersebut bagi mengelekkan Datin Seri Azizah atau pun Nurul Izzah mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan satu pilihanraya kecil bagi Anwar bertanding.

Saya kira lebih wajar YAB Tan Seri Khalid Ibrahim mengosongkan kerusi beliau, bagi beliau memberikan tumpuan kepada tugas baru beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Pengorbanan YAB Tan Seri Khalid sangat dihargai dan disanjung tinggi.

penyokong BA said...

ALLAH akan sentiasa bersama mereka yang BENAR...BA pasti boleh.INSYA'ALLAH

BabaKaisah said...

kepada DSAI dan Dato Khalid,

Jangan korbankan bandar Tun razak..saya tidak yakin disitu...majoriti pun tidak sebanyak permatang pauh...situ ada kem tentera sg besi..

manipulasi undi pos pasti berlaku..

saya yakin PKR akan menang walaupun disabotaj hanyalah dipermatang pauh..

BabaKaisah said...

Bn kali ni akan guna strategi yg lebih kotor..percayalah..

KOMAT said...

Harap2 bukan di situ atau di mana-mana lagi.umumkan kemudian kut.Strategi beb!

krishna said...

Apa jua polisi yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat setakat ini kepada
semua Negeri Di Seluroh Malaysia hendaklah dikekalkan.
Jangan sekali-kali salah mengguna kuasa untuk anak-tirikan 5 Negeri
Barisan Rakyat (Penang,Selangor,Perak, Kedah & Kelantan)oleh mana-mana Kementerian kerana Rakyat Malaysia akan menunjukkan ketidakpuasan mereka sekeras-kerasnya dalam Pilihan Raya 13 nanti.
Adalah wajar TV Nasional menyiarkan
terus seluroh persidangan Dewan Rakyat dan bukan menyekat ke 1/2 jam kerana ini tidak akan memberi gambaran yang sebenar. Dari itu, TV Nasional hendaklah siarkan sepanjang persidangan Dewan Rakyat bagi mengiktirafkan prinsip Pak Lah yang sentiasa memberi tekanan kepada 'Transparency'.

Anak Keadilan

krishna said...

Saya merujuk kepada komen 'cucu adam' yang tidak relevan sama sekali.
YAB Tan Seri Khalid Ibrahim adalah salah sebuah benting yang kuat untuk PKR dan BA. Jangan sekali-kali membuat kesilapan ini yang akan melemahkan PKR dan BA. Adalah
wajar Sdr. Anuar sabar sahajalah
memandangkan kepada kemungkinan besar berlakunya Pilihan Raya Kecil atau membuat alternatif yang lain tanpa mengugat nama baik PKR dan BA. Tan Sri Khalid ' is the right man for the job'. He is an asset to PKR and the BA on the whole. Please, Please, Please don't make a mistake.

amirulhaj said...

PM ON UMNO SABOTAGE
Pucuk pimpinan UMNO. Muhasabah lah diri.Imbau kebelakang tengok kesalahan dan kesilapan dimana? Bak kata pepatah: "The upper water must be clear for the lower water to be clear", " You can win an arguement, but you may not win the heart of your opponent"," When a man is wrong, and won't admit it, he always gets angry", 'A wise man blames himself, only fool blames others" dan akhir " The new source of power is not money in the hands of a few, but information in the hands of many" RENUNGKAN LAH!

qurtill said...

Pada pandangan saya Dato Seri tak perlu menggantikan tempat Tan Sri khalid di Bandar Tun Razak pada masa kini. Jika Dato Seri ingin juga menggantikannya, Dato Seri harus ingat yang pihak lawan akan menggunakan pelbagai cara untuk menggagalkannya. Diharapkan Dato seri bersabar dahulu untuk sementara waktu dalam mendapat tempat sebagai ahli parlimen. Insyallah ada tempat untuk beliau kelak.
Untuk Tan Sri teruskan usaha dan jangan lupa tunaikan janji (semampunya) yang telah diucapkan semasa berkempen tempohari.

JiNBaRa said...

Syabas PKR!!! REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI! Anda adalah seorang pemimpin yang bijak dan beretika. Tidak tamak jawatan macam UMNO yang tamak semuanya. TAKBIR!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...