Saturday, April 12, 2008

Kerajaan dicadangkan gunakan gas sepenuhnya untuk kenderaan

Oleh: Hamdan Salleh

KUALA LUMPUR, 12 April: Kerajaan dicadangkan supaya memperluaskan penggunaan gas untuk kenderaan bagi menggantikan petrol bagi mengurangkan kos penggunaan bahan api untuk kenderaan di negara ini.
Bahkan cadangan ini telah dikemukakan kepada kerajaan sejak tahun 2004 lagi bagi mengurangkan bebanan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Demikian kata Abdul Razak Kassim, Timbalan Presiden Global CNG Sdn Bhd dalam satu sidang media dekat sini.

Global CNG, katanya, telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mengunakan sistem ini sejak tahun 2004 lagi dengan mengadakan 600 buah stesen gas baru di seluruh negara secara berperingkat.

“Projek penggunaan gas pada kenderaan ini perlu demi untuk meringankan kos pengunaan petrol dan diesel selain daripada kawalan harga minyak dan kerajaan tidak akan mengalami sebarang kerugian dan tidak lagi memerlukan subsidi petrol,” katanya.

“Pemilik kenderaan hanya perlu membayar RM2800 sahaja untuk membolehkan kenderaan mereka menggunakan CNG ini dan kerajaan pula mampu menyediakan perkhidmatan ini berdasarkan kepada jumlah subsidi yang telah kerajaan lakukan selama ini kepada rakyat,” jelas Abdul Razak lagi.

Dengan adanya sistem teknologi baru yang berasal dari negara Itali, serta alat ganti pengubahsuaian ini yang berasal dari negara Korea ini maka kerajaan juga akan mendapat banyak keuntungan dan penjimatan yang bernilai berbillion ringgit di masa hadapan.

Katanya lagi, saranan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguan, Datuk Shahril Abdul Samad, jelas sekali menyokong usaha untuk meringankan bebanan petrol yang di alami oleh rakyat.

2 comments:

Pak Long said...

Kerajaan dah arahkan sejak lebih 10 tahun lalu, tetapi apa yang dimaklumkan antara Petronas Dagangan(minyak petrol) dan Petronas NGV (NGV) nampak tiada persefahaman. Masakan tidak, lihatlah apabila sesuatu stesen minyak diwujudkan kenapa tidak disertakan dengan stesen NGV. Inilah antara sebabnya (pegawai-pegawai di Petronas nak tunjuk kuasa agaknya). Moga-moga bloggers terus membangkitkan isu ini sehingga Petronas memberi respon.

amirul mahdi said...

cadangan memang banyak... tapi berapa banyak stesen yg ada kemudahan tu? elok adakan kemudahan tu mesti rakyat ikut. bukan susah sangat rakyat nak ikut kalau menguntungkan. bukan rakyat tak tau sangat yg mana baik atau sebaliknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...