Monday, August 27, 2007

Pasar raya Tesco di Kota Bharu


PENGKALAN CHEPA, 26 Ogos: Kepesatan ekonomi dan kuasa membeli rakyat Kelantan menarik minat pemilik gedung perniagaan bertaraf antarabangsa seperti Tesco melabur di negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains dan Teknologi Negeri, Mohd Amar Abdullah berkata, faktor kuasa beli yang tinggi menarik minat gedung perniagaan antarabangsa datang ke sini.


Ketika berucap pada majlis penyampaian skim Takaful Kifaalah kepada 42 wasi di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa baru-baru ini, katanya pasar raya Tesco kini dalam proses pembinaan di tepi Sungai Kelantan, dijangka beroperasi tahun hadapan.


“Jadi jangan sekali-kali kita terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mengatakan negeri ini mundur dan rakyatnya miskin,” ujarnya.


Menurutnya gedung-gedung perniagaan lain khususnya dalam bidang tekstil tumbuh bagai cendawan selepas hujan di negeri ini.

3 comments:

yiemega said...

TESCO tu milik siapa, TESCO tu Islam ke?

Ni mesti salah satu lagi penyelewengan yang dilakukan Oleh PAS.

Hentikanlah penyelewengan itu.

kanda said...

"Ni mesti salah satu lagi penyelewengan yang dilakukan Oleh PAS. "

apa yg saudara merepek ni?bila pula PAS lakukan penylewengan?ada bukti ke?ada dh kena tangkap ngn BPR atau Polis ke?

berhati-hati bila bercakap,..fitnah lebih buruk dr membunuh dan amat berdosa.nauzubillah

by the way, tesco melambak2 di seluruh malaysia yg semuanya diperintah BN

azhar said...

ingatlah tesco akan menghancurkan seluruh peruncit islam melayu bumiputera kota bharu dan sekitar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...