Tuesday, May 10, 2011

Nasrudin pertahan ketua Pemuda PAS

Penyandang jawatan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dijangka mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti Jun nanti.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut akan meninggalkan pemuda ke jawatan lain di peringkat pusat dikatakan mengambil keputusan kekal bersama pemuda selepas mengambil kira pelbagai faktor.

Antara faktor tersebut termasuk profil beliau yang berpotensi lebih rendah selepas meninggalkan Pemuda PAS hanya selepas sepenggal sebagai ketua.

Suhaizan Kayat pada masa sama turut disokong untuk merebut jawatan ketua dan menerima banyak pencalonan.

Ekoran keputusan Nasrudin mempertahakan jawatan, Suhaizan dikatakan bersedia berundur daripada bertanding jawatan itu, walaupun banyak pihak masih mendesak beliau bertanding.

Sesetengah pihak mencadangkan Suhaizan merebut jawatan timbalan ketua menggantikan Azman Shapawi Abdul Rani.

Jawatan timbalan turut menjadi perhatian Mohd Firdaus Jaafar, pengarah pilihan raya Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Jerai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...