Tuesday, May 3, 2011

Kematian Osama, kenyataan Najib keliru

Kenyataan pertama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak berhubung laporan kematian pemimpin kumpulan militan al-Qaeda Osama bin Laden bersifat dangkal dan mengelirukan.

Najib dalam kenyataan disiarkan di televisyen semalam menyatakan harapan dunia menjadi lebih "aman, selamat dan adil."

Kenyataan Najib itu memperlihatkan perspektif yang dangkal dalam mengulas isu terorisme global.

Pandangan yang meletakkan Osama dan al-Qaeda sebagai satu punca yang memerlukan operasi ketenteraan besar-besaran kuasa Barat di seluruh dunia.

Isu terorisme dikuasai kuasa besar hari ini secara mudah dan beragenda meletakkan Osama sebagai satu punca dunia yang tidak selamat hari ini.

Hakikatnya, dasar luar dan operasi tentera Amerika Syarikat di banyak negara Muslim turut menyumbang kepada sentimen yang mencetuskan suasana tidak selamat kini.

Perbincangan isu terorisme sejak peristiwa 11 September, 2001 telah menjadikan orang Muslim sebagai berpotensi menjadi teroris dan menggalakkan hanya satu perspektif dalam membincangkan isu Islam dan umat Muslim.

Osama dan terorisme dikaitkan dengan Islam dan pengikutnya sehingga mewujudkan persepsi hubungan rapat Islam dengan tindakan militan, walaupun pemimpin al-Qaeda itu tidak diterima dalam arus perdana Islam sebagai mewakili sikap dan pendirian agama ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...