Thursday, May 5, 2011

Menjelang muktamar, isu hubungan PAS-Umno timbul lagi

Isu pemulihan hubungan dan kerjasama PAS dengan Umno muncul lagi menjelang muktamar dan pemilihan kepimpinan PAS awal Jun nanti, sekali lagi mencetuskan potensi suasana divisif dalam parti Islam itu.

Ketika isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih panas, isu hubungan PAS dengan Umno itu muncul lagi dan sudah menampakkan reaksi keras daripada PAS.

Isu kerjasama ini mungkin mencetuskan suasana panas seperti sebelum ini sekiranya dimanipulasi pihak tertentu.

Isu berpakat dengan Umno sebelum ini ditimbulkan untuk menekan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Nasharudin Mat Isa dan kem ulama walaupun selepas Abdul Hadi menyatakan gagasan kerajaan perpaduan itu digugurkan.

PAS setakat ini sebulat suara menolak ajakan Najib itu dan menegaskan terus bersama PR.

Walau bagaimanapun, penolakan PAS dikemukakan sebagai satu tindakan yang membelakangi kepentingan Melayu oleh Umno.

Debat panas dan terbuka kali ini malah turut melibatkan parti komponen Barisan Nasional, MCA, yang membuat kenyataan mendesak PAS meninggalkan dasar Islam sebelum menyertai BN.

Kenyataan MCA itu mengundang kecaman terhadap Umno yang didakwa bersekongkol dengan MCA yang anti-Islam, dakwaan balas kepada tuduhan Umno yang mendakwa PAS bekerjasama dengan DAP yang anti-Islam.

Isu kerjasama PAS dengan Umno sebelum ini menjejaskan kem ulama dan Abdul Hadi kerana didakwa mahu bekerjasama dan berpakat dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi walau bagaimanapun hanya mencadangkan kerjasama semua parti membentuk kerajaan pusat melalui ide yang disebut kerajaan perpaduan nasional, sebagai satu penyelesaian kepada kemelut ekoran Pilihan Raya Umum ke-12.

Episod terbaharu isu kerjasama PAS dengan Umno tercetus ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak di Kuala Terengganu pada 1 Mei lalu menggesa PAS meninggalkan DAP dan bekerjasama dengan Umno dan BN.

Najib berkata PAS tidak semestinya perlu menyertai BN tetapi wajar meninggalkan pakatan pembangkang.

Isu kedudukan PAS dalam PR semakin dibincangkan termasuk di peringkat dalaman parti selepas dikatakan tidak menguntungkan PAS dan hanya memberi kelebihan kepada parti PR lain.

PAS ditekan lagi berhubung kedudukannya dalam PR di tengah-tengah kekecohan isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAS mengambil pendirian mempertahankan Anwar dalam isu tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

hidung tak mancung, pipi tersorong- sorong

Anonymous said...

Zombi Kg Pisang

Bab Haji Hadi kata pasal UMNO tu memang ada kebenarannya TAPI bukan mutlak terutama 100% kesalahannya ditanggung UMNO.
PAS pun ada saham yang bukan sedikit.
Berjayakah PAS 100% mendidik rakyat Malaysia tentang Islam? Terutama sekutu politik mereka DAP & PKR? Pernahkah Karpal Singh menarik balik secara terbuka ancaman langkah mayat dia dulu. Yang tolong tarik ialah TGNA. Kelakar. Wan Azizah, semasa berucap di konvensyen PKR dua-tiga tahun dulu secara terbuka di hadapan pimpinan PAS menolak parti politik bertunjangkan "teologi". Apa bende itu "teologi". Teologi ialah perkataan lain bagi AGAMA. Lagi kelakar.
Berjayakah PAS mengISLAMkan Kelantan, Terengganu & Kedah semasa PAS memerintah negeri-negeri ini? Tak payah jawap sebab tak kelakar.
Pra syarat utama kejayaan ialah PERPADUAN SESAMA ISLAM TERLEBIH DAHULU. Hanya apabila PAS berani dengan dalil-dalil sah lagi benar mengKAFIRkan UMNO seluruhnya .., maka PAS terutama TGHH wajib menjelaskan pendirian berkenaan ayat berikut :

SURAH AL-BAQARAH, dalam JUZUK 2, Ayat 120: Maksud Firman ALLAH Subhanahuwa Ta'ala:

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (wahai Muhammad) sebelum engkau MENGIKUTI AGAMA MEREKA. Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk (yang sebenar-benarnya)." Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ILMU (KEBENARAN) sampai kepadamu, TIDAK AKAN ADA BAGIMU PELINDUNG dan PENOLONG dari ALLAH"

UMNO memang jahanam tapi PAS bukan sempurna.
UMNO bukan setan & PAS bukan malaikat.
Hanya PERPADUAN yg boleh menjadikan kedua-dua Manusia Beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...