Monday, November 3, 2008

Madam Low hanya sementara, kata Tan Sri Khalid

BERNAM JAYA, 3 Nov: Tindakan kerajaan Selangor yang melantik Madam Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang baru telah menimbulkan reaksi yang berbeza terutamanya dari rakyat Selangor.

Isu ini dilihat sebagai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim seperti menidakkan orang Melayu di jawatan nombor satu itu. Namun, Khalid mempunyai penjelasan tersendiri mengenai hal in, lapor HAMDAN MS.

Beliau ditemui selepas sesi pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Industri Selangor (Unisel) yang disempurnakan oleh Canselor Unisel, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor di Bernam Jaya, Selangor 2 Nov lepas.

"Beliau telah berkhidmat selam 35 tahun di PKNS, dan rekod beliau memang cemerlang, Low Siew Moi hanya seorang sahaja perempuan berbangsa Cina, dan tidak dapat merobah atau mengugut orang Melayu pun, orang Melayu jangan terpedaya dengan kenyataan yang menyimpang ini," jelas Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagi beliau, apa yang berlaku sekarang memperlihatkan orang Melayu semakin prihatin dan atas faktor ini juga, mereka hendaklan sentiasa produktif dan memperbaiki kedudukan ekonomi dan orang Melayu.

"Selama saya bertugas di PNB dahulu, sudah ramai yang saya beri amaran dan ditukarkan oleh kerana prestasi yang tidak memuaskan, akhirnya mereka sedar bahawa tindakan saya benar....janganlan diperbesarkan perkara biasa ini. Ini berlaku di mana-mana syarikat di negara dan di luar negara...." tambah Khalid Ibrahim lagi.

Melihatkan rasa tidak puas hati khasnya dari pegawai-pegawai kanan PKNS, menurut Khalid, selama ini PKNS tidak menunjukkan kemajuan dan hanya golongan tertentu sahaja yang dapat peluang bersama PKNS, "ini semua tidak adil," katanya.

"Perlantikan ini bukan satu perkara yang luar biasa, malulah jika perkara ini digembar-gemburkan oleh semua pihak termasuk Utusan Malaysia. Syarikat luar negara akan mentertawakan kita kelak," katanya.

Menjawab laporan Utusan, Khaled berkata, pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa berjumpa untuk berbincang isu semasa.

"Saya akan turut menjelaskan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan perkara ini melalui lapuran biasa kepada beliau melalui mesyuarat Pakatan nanti," katanya.

Bagi beliau, orang Melayu tidak harus bimbang, kerana perlantikan ini hanyalah sementara dan maksimum ialah setahun sementara memilih calon yang baru.

Kerajaan Selangor tidak akan menyambung kontraknya lagi kerana dia sudah tiga kali dilantik secara kontrak sebelum ini.

"Orang Melayu seharusnya sedar dan bangun dari tidur selama ini. Janganlah tidur lagi, perkara ini harus dilihat positif oleh orang Melayu," katanya.

Menurutnya, kerajaan Selangor kini sedang mengkaji beberapa calon yang sesuai dan berkaliber untuk mengisi jawatan itu.

"Ada beberapa faktor yang saya titik beratkan selain daripada kelayakan. Saya ingin mengenengahkan orang yang berkaliber dan jujur serta adil kepada semua bangsa," katanya.

5 comments:

Hamba Miskin said...

salam..
Anda tahu kenapa Dato Shah Rukh Khan di anugerah darjah dato' tempohari? Inilah sebabnya....

Umno koko
Sama sakoto
Umno koko
Sama sakoto
Samjo dil barjani
Citna pittom samjo kekutni ho bi hai ranii

Apni chadri amkotedei kabhi jabar sefani
Khabi nahei pekkatnaybecay dumko cis burani

Phir bhi dil hay hindustani

hehe..sabar ajela..

Hamba Miskin said...

Kalau tak percaya..cuba dengar lagu yang dinyanyikan tu..

suhaimi said...

salam... syabas buat Tan Sri Khalid Ibrahim kerana telah membuka mata dan hati org2 melayu yg selama ini tidur.saya sokong tindakan yg di ambil oleh tan sri.
org melayu selalu sgt melenting bila di katakan hak mereka tergugat.tp selalu lalai sebagai kaum bumiputra di negara ini.
jika pemimpin2 umno yg buat semua ini,rakyat selalu menghalalkan setiap cara.tp pabila pemimpin pakatan yg lakukan utk kebaikan,mulalah para pemimpin dan penyokong2 'haprak' umno nk tunjuk hero...boleh jalanlah.......saya sokong tan sri khalid....

Anonymous said...

kepada tan sri..anda memang berani mencetuskan suatu benda baru yang dipersetujui mahupun ditolak..teruskan

fadlah said...

xder lak berie-rie org2 umno ni bising2 bile shah rukan tu dpt dato,yerla sebab ader lagu utk umno gaknyer kui kui kui...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...