Ini kerana, Raja Petra dikatakan sasaran sebenar ketika kerajaan menahan tiga orang di bawah ISA baru-baru ini.
Selain Raja Petra, dua lagi tahanan ISA bersama beliau adalah Exco kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.
Hong Cheng hanya ditahan beberapa jam manakala Teresa tidak sampai sebulan. Ketiga-tiga mereka ditahan pada 13 September lalu.
Raja Petra ditahan kerana didakwa menulis dan menyiarkan tulisan yang dikatakan menghina Islam.
Menurut sumber Siasah, Raja Petra adalah sasaran sebenar ISA kerana tulisannya benar-benar menyusahkan timbalan perdana menteri yang kini telah memenangi jawatan presiden Umno tanpa bertanding.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad hari ini membebaskan Raja Petra melalui tuntutan harbeus corpus dan mengarahkan dia dibawa ke mahkamah jam 4.30 petang ini untuk dibebaskan.
2 comments:
Kah! kah! kah! ada vorang suda kasi lepas ini kucing. Itu tikus suda ketar lutut.
Ini kucing mesti tara kasi lupas itu tikus.
Nak dakwa kat mahkamah,tak ada kes.Tahan ISA, itulah kerajaan BN@UMNO
Post a Comment