Monday, November 3, 2008

Isu Low: "Kalau pemangku itu boleh," kata Abdul Hadi

Utusan berniat jahat

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Terbukti sudah kini, Utusan memang berniat jahat ketika memutar belitkan kenyataan Presiden PAS mengenai perlantikan pemangku Pengurus Besar PKNS, Madam Low Siew Moi.

Menurut transkrip sidang media antara Datuk Seri Abdul Abdul Hadi Awang dengan media di Kemaman 1 November lepas, tidak berbangkit langsung Abdul Hadi tidak bersetuju dengan perlantikan itu.

Bahkan Abdul Hadi berkata, "Aaa..Kalau pemangku itu boleh."

Mingguan Malaysia pada 1 November lepas melaporkan berita muka depannya dengan tajuk "Hadi mahu penjelasan"

Berita yang dikatakan ditulis oleh ZULKIFLI MANZOR itu berbunyi "Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

"Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

"Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

"Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,"katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini, lapor Mingguan Malaysia versi hari Ahad akhbar Utusan Malaysia.

Menurut transkrip sidang media itu yang dikeluarkan Buletinonline, akhbar laman web berpusat di Kuala Terengganu, Abdul Hadi tidak langsung mempersoalkan perlantikan itu bahkan menyokongnya dengan berkata "kalau pemangku itu boleh".

Berikut adalah transkrip sidang media yang berkaitan dengannya.

Lima orang wartawan hadir dalam sidang media tersebut; Khairul Azlam Mohamad dari Harakah, Sazali Mohd Noor dari Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Lee Yoon Sang dari Sin Chew Daily, Khairul Rizal dari Sinar Harian dan Zulkifli Manzor dari Utusan Malaysia.

Lee: Datuk Seri boleh komen sikit tak itu.. isu Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku PKNS nampak...aaa...bantahan dari PAS Selangor.

DS Hadi: Saya baru balik daripada luar negara baru,aaa... sehari, tak dapat maklumat, dan saya memerlukan maklumat dari kawan-kawan Selangor, tak boleh beri...komen.

Lee: Pasal dia kata...bantah sebab bukan Melayu.

DS Hadi: Iya...Saya kena dengar dari Selangor dulu.

D W Mutalib: Pelantikan tu pemangku kan.

Lee: aa...pemangku.

D W Mutalib: it is acting...so..its not a final decision.

DS Hadi: Aaa..Kalau pemangku itu boleh.

Lee : Maknanya kalau pemangku itu boleh terimalah ke macamana?

DS Hadi: Saya kena dengar keputusan Selangor dulu.

Lee: Sama dengan isu pemansuhan saham 30% Bumiputera, dapat tentangan dari PAS juga, So...macamana?

DS Hadi: Itu juga saya mesti dapat penjelasan dari Selangor, kita tunggu baru balik dari luar negara, tak pergi lagi...apa nama ni...pejabat di Kuala Lumpur.

Lee: Datuk Seri beri komen secara am lah, kalau seseorang itu tidak diterima sebab dia bukan Islam, dilantikkan jawatan ini kalau disebabkan dia bukan Islam, so...alasan diberikan...

DS Hadi: Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum.

28 comments:

Azizahns said...

utusan tulis:
Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

harakah tulis:
Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum.

KOMEN :
ADA BEZAKE MAKSUD KEDUA-DUA AYAT DI ATAS.
mungkin utusan nak sedapkan ayat tapi yang pasti maksudnya tak berubah.

Azizahns said...

pada pandangan saya maksudnya tetap sama cuma intonasi nada mungkin berbeza mengikut tafsiran pembaca. sebab pembaca tak dengar apa yang hadi cakap.

yang jelas hadi macam tak berani nak tegakkan pendirian. sebab penakut. konon nak jaga hati kroni. inikah ciri-ciri pejuang bangsa. pejuang agama.

tak setuju cakap je terus terang tak setuju. nak belit-belit buat apa. buat orang lain keliru.
pemimpin perlu ada pendirian.

pendirian bukan berpaksikan kemata parti semata-mata tapi kepada agama dan bangsa.

orang pas bukan taksub pada islam tapi taksub pada parti.

Azizahns said...

typing error kemata = kepada

SiasahDaily said...

Puan Azizah, menjadi etika kewartawanan apabila kita qoute kenyataan orang mesti tepat sebagaimana yang dicakapkan bukan susun semula ayat2 itu. Ini dinamakan beza antara cakap pindah dengan cakap ajuk.

FaDhLi said...

Kepada azizah :
Saya setuju dengan siasah. Satu lagi, hadi xberbelit2 dan bukan xnak buat pendirian. hadi nak dapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum buat pendirian. nak buat pendirian atau sesuatu kenyataan bukannya boleh sesuka hati tanpa ada fakta yang betul.
Ada bezanya bila dibaca transkrip penuh dan juga artikel utusan tu. Memang sangat berbeza.
Selamat hari isnin.
=)

Azizahns said...

untuk siasah dan fadhil... bukankah kata-kata hadi di bawah satu pendirian. "Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran Negara mestilah orang Melayu Islam...sudah diterima..dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini...itu asas umum. "

bezanya dia takut nak menjelaskan pendiriannya. buat apa mencari penjelasan perkara yang sudah jelas dan nyata. YANG DICARI ADALAH ALASAN BUKAN PENJELASAN. ALASAN-ALASAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMUJUK AHLI-AHLI DAN ORANG MELAYU. HIPOKRIT.

Azizahns said...

1. ali pergi kedai ahmad membeli ikan.

2. ikan di beli oleh ali dikedai ahmad

3. di kedai ahmad ali membeli ikan

untuk siasah...
adakah ayat-ayat di atas mempunyai maksud yang berbeza. beza pada intonasi.

Azizahns said...

satu lagi... kepada utusan jugaklah si zulkifli tu menyatakan pendiriannya.walaupun pas dan pkr dah boikot utusan. nak harapkan harakah dan siasah.... tak adalah.
yang harakah dan siasah tulis lagi-lagi cerita sensasi politik.

kalau urtv dan mangga majalah tulis cerita sensasi artis. siasah dan harakah tulis cerita sensasi politik.

itu bezanya antara akhbar sebagai wadah perjuangan dan akhbar picisan untuk mensasikan berita.

FaDhLi said...

Kepada azizah :

1.Kan ke dah tertulis itu adalah pendirian UMUM. Yang saya maksudkan adalah pendirian KHUSUS berkaitan isu ini. Cubalah bezakan antara umum dan khusus tu.

2.Ayat2 cik azizah tu memanglah semuanya sama.CUba tengok ayat utusan ni,
"Utusan : Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)."
CUba baca dalam transkrip ada ke dia kata dia xsetuju? Yang dia kata adalah dia setuju. Tolong baca baik2.
"Hadi: Aaa..Kalau pemangku itu boleh."

3. Adakah perkataan tidak setuju itu merupakan sinonim bagi perkataan 'boleh' yang dikatakan oleh hadi?

AJK-UMNO said...

"Hadi: Aaa..Kalau pemangku itu boleh."


"Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam."

azizah nie tak tau maksud "pemangku"
agak nyer..

apa la yg nak kecoh baru jadi pemangku sementara pun dah kecoh..
apa salahnyer ??? lagi bayangkan low tu dah pengalaman lebih 30thn..
lebih baik ikut merit dari ikut perkauman kan hanya pemangku.. terajunyer masih org malayu dan islam..

Azizahns said...

UNTUK FADHLI...

BUKAN SINONIM. TAPI MAKSUD TERSIRAT.

PERKATAAN "KALAU..." PUN DAH MENUNJUKKAN ADA MAKSUD TERSIRAT.

UTUSAN HANYA NAK MENTERJEMAHKAN MAKSUD TERSIRAT YANG MANA HAJI HADI TAK MAMPU NAK KATAKAN SEBAB TAK ADA PENSIRIAN YANG JELAS DAN PENAKUT.

AJK-UMNO said...

Bagi beliau, orang Melayu tidak harus bimbang, kerana perlantikan ini hanyalah sementara dan maksimum ialah setahun sementara memilih calon yang baru.

Kerajaan Selangor tidak akan menyambung kontraknya lagi kerana dia sudah tiga kali dilantik secara kontrak sebelum ini.

"Orang Melayu seharusnya sedar dan bangun dari tidur selama ini. Janganlah tidur lagi, perkara ini harus dilihat positif oleh orang Melayu," katanya.

Menurutnya, kerajaan Selangor kini sedang mengkaji beberapa calon yang sesuai dan berkaliber untuk mengisi jawatan itu.

"Ada beberapa faktor yang saya titik beratkan selain daripada kelayakan. Saya ingin mengenengahkan orang yang berkaliber dan jujur serta adil kepada semua bangsa," katanya.

Azizahns said...

PERLANTIKAN TERSEBUT MENUNJUKKAN PEMIMPIN PAS DAN PKR TELAH KETANDUSAN PEMIMPIN MELAYU YANG BERWIBAWA. MAKSUDNYA...

PEMIMPIN MELAYU YANG BERWIBAWA MASIH RAMAI TAPI YANG TAK ADA CUMA DALAM PAS DAN PKR.

AJK-UMNO said...

pandai2 jer dia nie .. tersirat konon.. tulis main sedap ikut hati dia.. pandai betul tersirat pun boleh diuraikan..

"HATI2 TERSIRAT NIE KANDANG2 MEMBAWA BANYAK MAKSUD.. JANGAN KITA PANDAI2 MENEKA" FAHAMI DULU JANGAN MAIN TIBAI JER TULIS...

Azizahns said...

BEGITU JUGA DENGAN TIDANYA JAWATAN TIMBALAN MENTERI BESAR DI SELANGOR MENUNJUKKAN PEMIMPIN MELAYU DALAM PKR DAN PAS DAH PUPUS. YANG ADA DALAM PAS DAN PKR HANYALAH PEMIMPIN PAK TURUT. TU SEBAB TAK BOLEH PEGANG JAWATAN. SEBAB TAK LAYAK.

AJK-UMNO said...

TAK EH... DALAM UMNO BELAMBAK2 PEMIMPIN2 BERWIBAWA.. ORG UMNO ANTIPERKAUMAN LG LA BAYAK NYER MCM AZIZAH.. ;)

AJK-UMNO said...

KALAU AKU JADI PEMIMPIN MERIT AMAT LA PENTING BUKAN HANYA KERANA BANGSA SAHAJA NAK KENA FIKIR... KEMAJUAN YG MAKSIMUM JUGA PENTING..

AJK-UMNO said...

selama ini PKNS tidak menunjukkan kemajuan dan hanya golongan tertentu sahaja yang dapat peluang bersama PKNS,

ajija nie tak tau PKNS nie apa agak nyer.. apa dia ingat PKNS nie pkr ker apa?

lain la umno.. hanya pandai jaga kroni.. tak ada pengalam tarak apa janji kroni sendiri.. jabatan kerajaan pun boleh jadi mcm jabatan UMNO.. KRONI...KROni...

Hamba Miskin said...

salam..
Anda tahu kenapa Dato Shah Rukh Khan di anugerah darjah dato' tempohari? Inilah sebabnya....

Umno koko
Sama sakoto
Umno koko
Sama sakoto
Samjo dil barjani
Citna pittom samjo kekutni ho bi hai ranii

Apni chadri amkotedei kabhi jabar sefani
Khabi nahei pekkatnaybecay dumko cis burani

Phir bhi dil hay hindustani

hehe..sabar ajela..

Hamba Miskin said...

Kalau tak percaya..cuba dengar lagu yang dinyanyikan tu..

bunga melati said...

PKNS ialah badan berkanun ni negeri selangor... ia masih lagi diketegori kan sebagai sebuah badan kerajaan di selangor, pada saya tak salah jika org cina menjadi pemimpin dalm PKNS...

yg penting kita dapat keberkesanan pentadbiran yg bagus untuk rakyat selangor, tapi bil aPR yg mentadbir negeri selangor isu ni berbangkit dan di katakan PKNS ni untuk bumiputra sahaja???

sedang kan PKNS ialah badan berkanun di negeri selangor, bkn sebuah pasti politik.... jadi jgn lah nak putar belit kan fakta... bkn PR ni perkauman tapi sebenanyer saper yg main kan isu perkauman???

umNO atau PR???

azizah... tak kire lah siapa pun yg mentadbir PKNS yg penting pasni PKNS maju dan berdaya saing... kerugian dan pemasalah dalam pentadbiran dalam PKNS sudah lama sejak dari pimpinan khir toyo tetapi perkara ini berbangkit bila PR amik alih kerajaan selangor, pelik kan??

takpelah sudah menjadi lumrah yg kalah akan mengbangkit kan kesalahan pada yg menang... dari 1 isu ke isu yg lain... moga tuhan melindungi selangor...

jijah...jijah... hti ko memang keras...

bunga melati said...

di ulangi PKNS bukan lah sebuah parti poltik...

ia badan berkanun bermakna tak kisah lah siapa pun yg di lantik sebagai pemimpin tertinggi PKNS...

saper lah yg bangkitkan isu yg berbaur perkauman???

jawapan nyer ialah parti paling demokrasi dalam malaysia... umNO...
demokrasi apa mende klu mcm tu, kan dah mcm berbaur perkauman bunyi nyer tu...

heran lah, kata umNO tak pernah main kan isu perkauman skang ni saper yg duk bangkitkan isu ni???

rilek lah pencacai2 umNO... jgn lah ko nak melenting klu kaum cina yg mentadbir, tu bkn parti politik, tu badan kerajaan, tak kisah lah cina atau melayu klu dah berkelayakan apa salah nyer...

lain lah klu parti PAS tapi presiden nyer cina tak ke pelik tu??? ni bdan kerajaan... akai ade ke??? beza sgt tu.. politik is politik kerajaan is kerajaan... aku keja kerajaan aku tahu lah... bos lama aku pun cina..

akai ada pakai...
otak ade jgn simpan dalam itu kotak....

AJK-UMNO said...

entah la jijah nie ...tau ker tak??

aku pun kerja kerajaan jugak.. ketua pengarah kat jabatan tempat aku kerja pun cina... apa yg nak heran...
pelik sangat ker kerja bawah org cina... apa ingat semua org cina kuli batak ker karja nyer???

org melayu jer malas dan manja sangat.. asal melayu jer~~ bodoh mcm katak pun layak dok kat atas.. janji kroni... tukar la sikit pemikiran.. maju kan negara.. ikut merit la mana yg paling berpengalam dan berkelayakan memacu kejayaan.. bukan memecu kekayaan kroni..

bunga melati said...

agak nyer si jijah rambut kembang ni duk dalam umNO, memang lah dalam umNO tu org melayu jer, lain lah klu umNO presiden nyer org cina boleh lah ko melalak kat sini, PKNS tu kerajaaan, tak kire lah cina atau sesiapa pun tf tadbir, bodoh ke jijah ni, sekolah abis ke tidak...

FaDhLi said...

Badan kerajaan pun nak dipolitikkan. Xabis2 main isu perkauman. Dakwa aje bawah akta hasutan. haish3x.

Anonymous said...

hidup kalau dah bermasyarakat majmuk mestilah sentiasa hormat menghormati..kalau bab kepimpinan,pemhagian kuasa perlulah ada barulah semua kaum menikmati nikmat yang ada...kalau perlantikan pemimpin semuanya satu kaum nanti ada unsur ketidakadilan..fikirlah sikit kalau sesuatu perlantikan dibuat..mesti pemimpin tu dah fikir kebaikan semua

Anonymous said...

kalau bukan dari kaum majoriti mesti pemimpin yang dilantik tu akan dikawal oleh pemimpin atasannya...ape2 hal mesti rujuk kat pemimipin atasan..keputusan tu mesti berdasarkan nasihat pihak atasan

TEKONG DARAT said...

2-3 ekor makhluk ni tak leh pk...
pk2 pun sampai situ gak...
otak dah beku...dah tak leh nak bahas nanti pusing tajuk lain...nak nak si zali melayu laknat, mangkuk@ayun, dan sundal...
tak percaya tengok laa nanti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...