Thursday, November 27, 2008

Orang Melayu perlu proaktif martabat tulisan Jawi

KOTA BHRU: Bangsa Melayu digesa bersikap proaktif untuk memartabatkan kembali tulisan jawi untuk memastikan kesinambungan warisan yang menjadi jati diri orang Melayu itu.

Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Dr. Johari Mat berkata, langkah untuk memartabatkan tulisan Jawi dan Bahasa Melayu perlu mempunyai gerakan perubahan yang menyeluruh bermula dari awal kanak-kanak hingga ke peringkat menara gading.

"Ia lebih kepada soal jati diri, bahkan kekuatan sesuatu bangsa bergantung kepada bagaimana mereka menghargai warisan bangsa mereka sendiri. "Tidak usahlah bercakap mengenai isu global andainya bangsa sendiri terabai," katanya pada satu majlis di sini.

Kata beliau, memandangkan tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu, sewajarnya ia dimartabatkan ke tempat sepatutnya dan harus disedari bahawa tulisan Jawi adalah tulisan istimewa oleh kerana di serluruh dunia tulisan Jawi hanya ada pada masyarakat Melayu saja.

Katanya, bangsa Melayu bertanggungjawab memartabatkan tulisan Jawi, bahkan mereka wajib mempertahankannya oleh kerana ketinggian teknologi dan kekuatan ekonomi Melayu tidak bererti sama sekali andainya tulisan Jawi yang menjadi warisan bangsa gagal dipertahankan.

Katanya, sebelum pengetahuan moden dengan perbendaharaan yang sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawi digunakan Istana dalam bidang persuratan, perjanjian dan undang-undang.

"Bagaimanapun serangan untuk menjatuhkan tulisan Jawi di Tanah Melayu dilakukan sebelum penjajah meninggalkan Tanah Melayu menerusi lidah anak Melayu sendiri," katanya.

Beliau berkata, jatuhnya tulisan Jawi berperingkat termasuk pada Kongres Persuratan Melayu 1952 yang akhirnya melahirkan resolusi;; "Tulisan Rumi dan Jawi digunakan dalam Persuratan Melayu dan tulisan Rumi dijadikan tulisan Rasmi".

Manakala Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGSM) pada kongres keduanya (1854) mengusulkan Kongres itu dengan merakamkan; "Bahawa Persuratan Melayu Se-Malaya yang bersidang pada 1 Januari 1954 di Seremban mengambil keputusan sudah sepatutnya tulisan Rumi dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan Jawi sehingga masa akan menentukannya".

Beliau berkata, usul itu turut dipersetujui Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) menerusi memorandumnya pada 27 Mac 1954.

"Memorandum itu memaparkan 11 kelebihan dan satu kelemahan tulisan Rumi, manakala tulisan Jawi pula mempunyai 12 kelemahan dan satu kelebihan.

"Memorandum itu dikemukakan kepada Jawatankuasa Pelajaran Razak dan menerimanya setelah menimbangnya dengan halus mengenai penggunaan tulisan Rumi atau Jawi dalam Bahasa Kebangsaan dan mencadang supaya digunakan tulisan Rumi dengan syarat diadakan pelajaran Jawi bagi murid-murid Islam," katanya.

Menurutnya, ekoran itu tulisan Jawi yang sebelum itu dipandang hebat mulai hilang pengaruhnya.

"Betapa hebatnya orang Melayu dahulu merancang untuk menjatuhkan tulisan Jawi, tulisan yang menjadi saluran kekuatan bangsanya sendiri," ujar beliau.

Dr Johari menambah, rancangan untuk menjatuhkan orang Melayu dengan tulisan yang berdasarkan huruf-huruf wahyu dan mengubah sebutan serapan Arab agar orang Melayu menyebut kata tertentu dengan tidak betul akhirnya menemui kejayaan,.

Sehubungan itu, Dr. Johari berkata langkah memartabatkan semula tulisan Jawi hendaklah dipandang penting, bukan sekadar tulisan warisan, tulisan hiasan dinding.

"Setiap bangsa mempunyai bahasa dan tulisannya, kerana ianya merupakan lambang kepada citra dan jati diri bangsa itu. "Sekiranya kita orang Melayu tidak berbangga dan tidak memartabatkan tulisan Jawi, samalah tidak berbangga dengan budaya dan citra bangsa sendiri."

11 comments:

perunding said...

orang2 veteran tentu tau menteri pelajaran mana yg mansuhkan tulisan jawi suatu masa dahulu...

Atuk Banjar Masin said...

Itu le dia UMNO, dulu hapuskam tulisan jawi.

Lepeh tu kurang kan kuasa raja2 melayu.

Lepeh tu pula hapuskan Bahasa Melayu dlm pelajaran Sains dan Matematik.

Ni dah mula cadang hapuskan DEB.

Telalu banyak hapus, lama2 melayu mampus.

Firdaus AMK PKR said...

ceh!Cit podah!!
teringat kata pencacai mendabik dada mengatakan mereka memperjuangkan MELAYU!!sambil menjulang keris dan mencium keris!!
ceh!
Sila kembalikan Bahasa Malaysia dalam matapelajaran Sains dan Matematik!!
Perjuangkan Melayu Konon!!!
Ceh!!

p/s:teringat tulis dan membaca jawi masa disekolah agama,rindu rasanya..sedih dah ramai melayu sendiri xfaham dan xpandai tulis Jawi..

(Firdaus-AMK-PKR)

Creedence Clearwater Revival said...

budak2 umno baru mmg mudah dipesongkan minded mereka apabila pemimpin umno menutup segala kedurjanaan mereka yg lampau tapi mereka x boleh nak pesongkan sejarah....

menteri pelajaran umno lah yg menghapuskan tulisan jawi ni.

Creedence Clearwater Revival said...

siapa dia menteri tu??? nanti aku bagi tau kalau budak2 umno buat provok di sini. ;)

Azizahns said...

firdaus amk. makin saya baca tulisan awak makin nampak kebodohan awak

Azizahns said...

untuk firdaus lagi. memperlajari bahasa asing dengan memertabatkan bahasa asing 2 tindakan yang berbeza.

belajar mate dan sains dalam bahasa inggeris tidak sama dengan menambah bahasa asing di papan tanda jalan.

menambah bahasa asing di papan tanda jalan adalah memartabatkan bahasa asing dan merendahkan bahasa kebangsaan.

belajar bahasa inggeris adalah untuk memartabatkan bangsa supaya lebih berilmu.

Firdaus AMK PKR said...

jijah kata memartabatkan bangsa jika mempelajari bahasa bangsa asing.
-lihatlah Jepun-Korea dan negara2 seperti mereka!mereka berbangga pada bangsa dan bahasa Mereka!

jijah kata menambah dan memasang papan tanda itu.
-anda membandingkan tindakan PR ya.
adakah anda tahu,tindakan itu dibuat pada kawasan pelancongan di Penang yg telah diwartakan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia.Tapi kamu tak terfikir apakah nama2 jalan disekitar Putrajaya?(Presint,Multimedia,mcm2)
Itu diwartakan pusat pelancongan atau UNESCO ke?

jijah kata kebodohan saya terletak pd gaya penulisan saya.
-selama ni saya menulis dgn tiada faktakah?
anda buta?
anda buat2 tak faham?
anda bangga dengan penulisan anda?
saya pun bangga dgn penulisan saya tapi tidak sedikit pun membodohkan penulisan org lain.Kecuali saya membodohkan pd diri penulis pencacai seperti kamu.
Anda jijah hanya menulis kritikan pd penulisan org lain bukan membentang fakta.Anda bleh rujuk penulisan anda dulu.Percayalah..

p/s:Teringat dulu2 jijah tulis dgn FONT BESAR.Dimana ya?

(FIrdaus-AMK-PKR)

MOHD AFIQ said...

Saya setuju. Biasanya, orang yang berpegang teguh kepada Islam akan menyayangi setiap apa yang dimilikinya, kerana ia adalah amanah daripada Allah yang Maha Pemurah.

Saya hairan juga, ada pihak yang mengaku memperjuangkan bangsanya walhal dalam masa yang sama merosakkan bangsanya sendiri,.

riuh rendoh... said...

Seragamkan ejaan tulisan rumi dengan jawi supaya tidak mengelirukan pembaca. Contohnya ejaan bahasa Melayu rumi lama"Kadhi" (pegawai bertanggungjawab dengan hal ehwal agama) memberi makna lain jika dieja dengan tulisan rumi moden "Kadi" (iaitu pengutip bola golf). Begitu juga istilah "Dhalalah" (sesat) membawa erti lain dalam bahasa Melayu jika dieja dengan tulisan rumi moden iaitu "dalalah" yang membawa makna berlawanan iaitu dalil atau petunjuk. Kenapa DBP tidur

PKR Negeri Sembilan said...

Fungsi DBP kena diperkuatkan semula.Bangunkan mereka dari tidur dan jgn tewas memartabatkan tulisan jawi..

Kerana politik, tulisan jawi hampir lupus sbb org yg menggantikannya tak punya pengetahuan luas atau mungkin tak pikir jauh...

*teringat filem P.Ramlee "Pendekar Bujang Lapok"-alif mim nun tendang wau=SARKAS...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...