Wednesday, November 5, 2008

Bicara kes Anwar kekal di Mahkamah Sesyen

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan perbicaraan tuduhan sodomi ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan di mahkamah itu.

Hakim M Komathy Suppiah membuat keputusan itu dengan menolak permohonan pendakwaraya untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dengan berkata, arahan perpindahan oleh Peguam Negara tidak sah.

Mahkamah menetapkan perbicaraan akan bermula Jumaat 14 November depan.

Sebelum ini, peguam Anwar membantah arahan perpindahan kes itu ke Mahkamah Tinggi kerana ia ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang didapati bercanggah kepentingan dengan kes Anwar itu.

5 comments:

Mesra Sokmo said...

Saiful menghadapi sakit ganjil akibat sumpah palsunya

Firdaus AMK PKR said...
This comment has been removed by the author.
Firdaus AMK PKR said...
This comment has been removed by the author.
Firdaus AMK PKR said...

bahan bukti dan fakta untuk mengaitkan DSAI pada kes liwat ini semakin kalut untuk dicari oleh pencacai ini yang ingin menjatuhkan DSAI...
untuk melambatkan kes ni dibicarakan berbagai alasan untuk memindahkan kes ini ke mahkamah tinggi..
ternyata ia gagal..
p/s:Gani Patail n da geng semakin kalut mahu berbuat apa lagi..

(firdaus-AMK-PKR)

Firdaus AMK PKR said...

alhamdulillah..
sumpah laknat telah melaknat diri si sumpah tu..

p/s:nasib baik saiful tak jadi sesumpah..

(firdaus-AMK-PKR)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...