Oleh SALMA HUSIN
KOTA BHARU, 5 Nov: Mursyidul Am PAS menyifatkan kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini merupakan satu perkembangan baru politik dunia.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perkembangan itu membuktikan rakyat Amerika menolak cara agresif George W Bush yang sebelum ini menindas dengan rakus negara-negara umat Islam.
"Apa yang diharapkan semoga Obama membawa harapan baru rakyat di seluruh dunia, sesuai dengan imejnya yang merupakan orang kulit hitam pertama yang bakal menjadi Presiden Amerika," ujarnya sebagai reaksi pertama ekoran kemenangan Obama yang kini menghampiri White House.
Beliau memberitahu demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini, Rabu lalu.
Di Washington Senator Barack Obama berjanji kepada rakyat Amerika Syarikat akan membawa negara itu ke era baru yang diharapkan semua pihak.
Beliau mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House setelah ditunggu dalam tempoh begitu lama.
"Pilihan raya itu merupakan satu detik yang bermakna ke arah perubahan Amerika," kata Obama ketika berucap pada kemenangannya di hadapan kira-kira 240,000 penyokongnya di Chicago Rabu lalu.Manakala lawannya Mc Cain mengaku kalah dalam pemilihan tersebut.
Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini Amerika telah meninggalkan kesan yang buruk kepada masyarakat dunia ekoran tindakan agresif yang akan diteruskan McCain dari Parti Republikan.
"Bush sebelum ini 'minum' darah dengan melancar peperangan di Afghanistan, Iraq, Palestin dengan menggunakan kuasa tenteranya," ujar beliau.
Beliau juga mencadangkan Obama menolak fahaman membezakan warna kulit seseorang, sebaliknya dilayan dengan sama rata.
Beliau berkata, semua bangsa di dunia ini sama ada mereka berkulit putih atau hitam sama di sisi Allah, dan apa yang membezakan antara mereka ialah ketaqwaan terhadapNya.
"Sekarang rakyat Amerika dapat menerima seorang pemimpin kulit hitam dan diharap selepas itu serangan terhadap umat Islam juga berakhir tidak sebagaimana dilakukan Bush," ujarnya.
Beliau juga berharap perubahan ke arah itu benar-benar berlaku dan tidak menjadikan Islam sebagai musuh .Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa turut mengucapkan tahniah kepada Obama yang kini mendahului kemenangan dalam pilihan raya Amerika Syarikat.
Menurutnya, kemenangan Obama membuktikan rakyat Amerika sendiri menolak pemimpin yang angkuh serta tidak menerima pandangan rakyatnya.
Katanya, sebelum ini Bush begitu angkuh dengan mengenepikan pandangan orang lain terutamanya pemimpin negara umat Islam.
"Jadi kita berharap Obama tidak meneruskan gaya berkenaan, sebaliknya lebih bersikap tolak ansur dan berperikemanusiaan," ujarnya.
32 comments:
AS mempunyai dasar2 yg tertentu.
Walau siapa yg menjadi President, dasar itu akan tetap diteruskan.
Oleh itu kita jangan terlalu berharaf AS akan mengubah dasarnye terhadap negara Islam.
untuk yong sai fuuu dan pengikut setia dap termasuk pkr dan pas. janganlah samakan pulak obama ngan lim guang eng. banyak bezanya.
walaupun berbeza kulit, obama masih menggunakan bahasa, budaya dan agama yang sama di US.
dan obama tak pernah lagi tuntut sekolah kenya diwujudkan di US.
Wednesday, 5 November 2008
Perubahan Sudah Berlaku Di USA
1. Kemenangan Barrack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang berkulit hitam pertama adalah suatu perubahan dalam mentaliti politik dunia khususnya bagi rakyat Amerika
2. Ramai yang mengharapkan kemenangan ini akan disusuli perubahan dasar luar Amerika terhadap Asia Barat ataupun Islam khususnya.
3. Menaruh harapan tidak mengapa tetapi orang Islam sendiri seharusnya menaruh harapan yang tinggi pada potensi diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
4. Bolehkah kita bekerjasama dengan Amerika dalam menentukan masa hadapan umat Islam terutama dalam isu Palestin, Iraq, Sudan dan Afghanisthan?
5. Sanggupkah Obama mencabut segala kekuatan dan mata rantai yang tertanam di dalam kepala sebahagian pemimpin negara Islam demi melakukan perubahan?
6. Dasar Amerika mungkin tidak berubah meskipun kulit presidennya sudah berubah. Tapi tak salah untuk mengharapkan sesuatu perubahan yang baik. Cuma tidak terlalu mengharap.
Posted by muhaiminsulam at 09:08
salam.
sekiranya tuanpuan mengikuti kempen mereka..
mccain bermatian cuba mengaitkan obama itu islam atau at least ada kaitan dgn islam.
manakala obama bermatian membuktikan sebaliknya..(yakni kristian)
pengajarannya fitrah manusia menekankan agama adalah syarat no 1.
Harap rakyat Malaysia tidak terlalu berharap kemenangan Obama akan merobah dasar luar Amerika. Dan yg keduanya, kita juga jangan terlalu berharap mentaliti rakyat Malaysia dapat mencapai mentaliti orang Amerika yg sudah lama maju itu. Jika rakyat Amerika membuang undi tanpa kongkongan prejudis perkauman, jangan harap rakyat Malaysia akan berjaya membebaskan diri dari metos perkauman sempit dalam tempoh terdekat ini.
Selagi parti perkauman bergelar UMNO, MCA, MIC, Pasuk Momugun dll itu masih wujud dengan wacana perkaumannya, jangan harap ada perubahan drastik dalam mentaliti orang-orang Malaysia. Perkauman sempit adalah sebahagian dari modal talian hayat parti-parti perkauman itu. Tanpa isu perkauman, sudah pasti UMNO, MCA, MIC dll itu sudah lama mati.
Jangan samakan Amerika dengan Malaysia. Mana ada parti perkauman bernama United Black National Organisation atau American Red Indian Congress atau American White Association di Amerika? Yang ada cuma parti Republican dan Democrat yang tidak bercakap mengenai isu perkauman dalam polisinya.
Saya percaya di Malaysia kita perlukan masa yg lebih lama untuk mewujudkan anjakan paradigma yg merobah pemikiran perkauman sempit itu. Kecualilah kita berjaya menguburkan parti-parti perkauman sempit itu ke Selat Melaka dan Laut Cina Selatan dengan segera, ketika itu baru mungkin kita dapat membebaskan diri dari mentaliti perkauman sempit yg sekian lama memenjarakan kewarasan kita. Lebih cepat, lebih bagus tentunya!!!
Iskarang rakyat Malaysia suda banyak maju, tara isrupa dulu.
Itu 4 negeri dan Wilayah Persekutuan suda di perintah wole PR. Ini membuktikan rakyat mau diperintah wole kerajaan yg tulus dan adil - PR!.
Ini BN/UMNO suda ketinggalan zaman. Terlalu perkauman. Ismua UMNO mau control.
Kaum cina dan india sangat selesa di bawah perintah PR. Ismua suda sokong PR sepunuh nye.
Iskarang apa macam, bole ka UMNO berkuasa tanpa sokongan kaum cina dan india? Itu worang melayu suda pica kapada PAS dan PKR.
bila rega baja & racun nak turun weeh...tok pa
sekurang-kurangnya rakyat dunia amnya dan amerika khasnya berharap obama boleh membawa perubahan tidak seperti najib yang mana hanya UMNO yang berharap....Berhenti BerharapLAH!!!
sekurang-kurangnya rakyat dunia amnya dan amerika khasnya berharap obama boleh membawa perubahan tidak seperti najib yang mana hanya UMNO yang berharap....Berhenti BerharapLAH!!!
Putra revolusi,saya setuju sejuta peratus pendapat anda!!!Saya bagi 7 juta bintang lagi....hehee...
SIAPA PUN JADI PRESIDEN AS SAMA JE, DIBELAKANG PRESIDEN TETAP JUGA YAHUDI YANG MENENTUKAN DASAR LUAR AS TERHADAP NEGARA UMAT ISLAM. PRESIDEN HANYALAH BAGAI BONEKA YANG AKAN MENURUT TELUNJUK YAHUDI. KALAU BUKAN YAHUDI YANG MELOBI, OBAMA TAK MUNGKIN AKAN MENANG..USAHLAH KITA TERLALU HARAPKAN PERUBAHAN DASAR AS TERHADAP NEGARA UMAT ISLAM.
salam.
anda semua betul.
from osama to obama..
tengok2 lah sapa chief of staff baru di lantik tu..rahm emanuel...
Bajet 2009: Suntikan RM700 Juta Dibatalkan
PARLIMEN: Timbalan Speaker Dewan Parlimen Wan Junaidi Tuanku Jaafar memutuskan peruntukan tambahan RM700 juta untuk menyelamatkan ekonomi yang dibentang oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan Najib Razak semalam dibatalkan. Tindakan itu dibuat berikutan Najib telah melanggar peraturan mesyuarat semasa menggulung bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 29 Ogos lalu. Sebelum itu, Ketua Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Perbekalan. Suara Keadilan
Sesuatu yang amat memalukan bagi sebuah negara demokrasi berperlembagaan seperti Malaysia, apabila seorang Menteri Kewangan ikut suka-suka hati dia buat suntikan bajet 2009. Kononnya, ia satu suntikan, walhal sepatutnya beliau hanya perlu menggulung bajet yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan terdahulu iaitu Pak Lah Badawi. Tiba-tiba pula dibuat penambahan, sedangkan Ketua Pembangkang membahaskan usul Bajet 2009 yang asal baru-baru ini. Jika ini terjadi kepada sebuah jabatan dan organisasi, sudah pasti pemimpin terbabit akan dicemuh dan dipecat oleh majikan. Sungguh memalukan !! Jika ia dibatalkan maka ini satu sejarah dan tamparan hebat buat kerajaan Barisan Nasional.
Rakyat akan hilang percaya terhadap Najib terutamanya yang sedang menunggu untuk menjadi Perdana Menteri. Jika sekarang beliau sudah “bohong kepada rakyat”, apatah lagi jika sudah berkuasa
http://pahangdaily.blogspot.com
BERTAMBAH JELAS DISINI ORANG PAS DAN PKR HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI BUKAN RAKYAT.
SUNTIKAN BAJET TU UNTUK SIAPA YE.
MEREKA MELEBIH-LEBIHKAN PERKARA REMEH TEMEH TAPI PERKARA DASAR UNTUK RAKYAT DIKETEPIKAN.
OTAK PEMIMPIN PKR DAN PAS MEMANG DAH BEKU DIRASUK DAP. BAGUSLAH JADI PAK TURUT. IKUT SAJA TANPA PERLU BERFIKIR.
Thursday, November 06, 2008
Malaysiakini - Najib "Pinocchio"
Yang ni laporan berita dari bernama bertajuk Kerajaan Yakin Malaysia Tidak Akan Mengalami Kemelesetan Ekonomi Teknikal Tahun Hadapan, Najib 05 November, 2008 13:14 PM
ringkasan laporannya -
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata penambahan RM7 bilion yang diumumkan semalam mencukupi untuk Malaysia mencapai pertumbuhan 3.5 peratus dan pada masa yang sama mengekalkan defisit fiskal pada tahap 4.8 peratus.
"Penambahan RM7 bilion amat sesuai sebab kita tidak mahu defisit kerajaan terlalu tinggi, walau pun kita ada kemampuan untuk tambah peruntukan," katanya kepada pemberita selepas wawancara khas "Rancangan Khas Pelan Penstabilan Ekonomi" bersama RTM di sini.
"Saya dah kata...ini (tambahan kepada bajet) bukan kali terakhir, kita tak perlu tunggu masa belanjawan kerana kita menghadapi keadaan yang luar biasa," katanya, apabila ditanya mengenai sama ada terdapat sebarang tambahan seterusnya rangsangan pada pelan penstabilan ekonomi seperti yang diumumkannya pada Selasa.
Berita hari ni pulak 05 November, 2008 23:47 PM dari sumber yang sama dan jugak kenyataan dari individu yang sama bertajuk Najib Minta Rakyat Bersedia Hadapi Masa Sukar Tahun Depan ringkasannya - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat bersedia untuk menghadapi masa yang lebih sukar tahun hadapan.
"Susah saya nak buat pandangan, saya tidak ada bola kristal (untuk meramal) tapi kita telah beritahu rakyat bahawa tahun depan tidak sebaik tahun ini.
Dah aku pulak yang pening... semalam cakap "Yakin tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal"... hari ni pulak suruh "bersedia hadapi masa sukar"... dah ni apa punya masalah teknikal pulak ni?
Belum masuk tahun 2009, bakal Pi Em sendiri dah ada masalah teknikal... esok dah jadi Pi Em macam mana la agaknya..?
Penyakit putar alam nampaknya memang dah tak boleh nak kikis dah dari diri bakal Pi Em ni... betul jugak orang-orang "veteran" cakap... anjing... kalau dah biase hidu taik, macam mana pun mesti nak hidu jugak...
Sebelum PRU12 Mat Bijan cakap harga minyak tak naik lepas PRU12... tau-tau...melantun sampai 78sen sekali naik... tu belit awal Mat Bijan... Kat situ dah nampak dah tokoh sebagai "perancang ekonomi"... bacaan Mat Bijan "jauh tersasar" dari apa yang berlaku... bukan sipi-sipi... tapi lari terusss...
Nampak sangat tak de kreadibiliti dalam bidang ekonomi... tu satu contoh yang kita kena renung.
Masa kecoh isu Saiful mengaku kena liwat dekat Anwar pulak, Mat Bijan cakap tak kenal si Saiful dan tak pernah jumpa pun si Saiful... tau-tau keluar la pulak gambar si Saiful dekat pejabat Mat Bijan... keluar la pulak statement "pinokiyo"... kata "pinokiyo" - owh... baru saya teringat... si Saiful datang pejabat saya mintak sokongan untuk biasiswa awal tahun dulu...
Keluar pulak tarikh gambar tu diambik... Mat Bijan gelabah lagi... keluar lagi satu statement "pinokiyo"... "pinokiyo" cakap Saiful datang mengadu masalah dekat Mat Bijan... tangan Saiful sejuk... Saiful cakap dia kene "anu" dekat si "anu"... kenal pulak aih...
Pulak dah... yang ni pun nak kene renung jugak...
Tahap mana la personaliti bakal Pi Em ni...
Bagi aku, tahap "pinokiyo" je... sebab kalau menipu... nampak sangat...
Bodo punya bakal Pi Em..!
Posted by Topengperak_Xinwugi at 9:00 AM
Thursday, November 6, 2008
Najib Lah - Aku Kata Gulung Hang Pii Suntik Buat Apa?
Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Mungkin Ada Yang Berkata
Ada Orang Mula Melanyak
Mohd Najib Abdul Razak
Sebenarnya
Mohd Najib Abdul Razak
Mula Melanyak Dirinya Sendiri
Mungkin ada yang lagi bertanya kenapa Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak bertukar-tukar portfolio dan kementerian beberapa waktu dahulu.
Ada kelemahan Abdullah Ahmad Badawi, ramai mengkritik Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi Abdullah Ahmad Badawi tahu ada kelemahan Mohd Najib Abdul Razak, ramai mengkritik Abdullah Ahmad Badawi.
Masih kah kau ingat?
PRU 12. Abdullah Ahmad Badawi kena kritik teruk. Mohd Najib Abdul Razak terlepas.
Tak apa.
Nah! Ambik engkau. Pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh.
Konfiden mula hilang ke atas kepemimpinan Mohd Najib Abdul Razak, seiring hilang konfiden ke atas kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Dirasakan jika Abdullah Ahmad Badawi terus kekal menerajui Barisan Nasional, kekalahan teruk dijangkakan dalam PRU 13. Namun kekalahan sama teruk akan dialami Barisan Nasional jika pun diterajui Mohd Najib Abdul Razak.
Setelah 8 Mac 2008, sehingga kini, para pemimpin Pakatan Rakyat terus kredibel, dan konsisten memihak kepada Rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.
Jika dilihat senarai calon yang menawarkan diri dalam pemilihan UMNO, kita sudah boleh menjangkakan barisan bagaimana yang bakal bersama Mohd Najib Abdul Razak menerajui negara.
Jika benar, apa yang ditunggu lagi, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, berani bertindak, berapakah di antara mereka yang dikekalkan untuk bertanding Disember 2008 ini.
Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Abdullah Ahmad Badawi mendapat pujian dari kalangan pemimpin yang berkepentingan sahaja. Tetapi ramai yang mengkritiknya. Pembangkang pun seronok sebab banyak poin kelemahan yang boleh ditedas di Parlimen.
Dalam mengkaji dan menunggu, bertukar pulak portfolio dan kementerian di antara dua pemimpin ini.
Masih kah kau ingat?
Pelan peralihan kuasa akan dilaksanakan tertakluk kepada performance Mohd Najib Abdul Razak dalam membahui kewangan negara.
Mujur Lah ada Menteri Kewangan I dan Menteri Kewangan II, teruk jadinya Bajet 2009. Jika ada Menteri Kewangan III dan Menteri Kewangan IV, entah Lah apa nak jadi kewangan negara kita.
Abdullah Ahmad Badawi dikritik hebat. Jika kekal pun sebagai Menteri Kewangan I, di Parlimen pasti berpeluh punya. Prinsip asas diketahui ramai, dan pandangan menyeluruh telah menjadikan kementerian ini kerdil penuh kelemahan.
Itu Lah yang menariknya bila pertukaran portfolio berlaku dan kini Mohd Najib Abdul Razak menjadi Menteri Kewangan I.
Abdullah Ahmad Badawi tahu, bahawa Mohd Najib Abdul Razak pun bukan tahu sangat hal-ehwal kewangan negara ini. Kita pun tahu bukan mereka berdua, ya siapa sebenarnya Menteri Kewangan Malaysia.
Tambatan Ringgit, kata Mahathir Mohamad dan beberapa pakar. Selepas taklimat Mohd Najib Abdul Razak kata tidak kepada Tambatan Ringgit.
Perlu disahkan fakta ini, namun di Blog Jed Yoong, ada disebut kerugian RM42.4 Billion untuk mempertahankan Ringgit Malaysia.
Kita pun tahu Anwar Ibrahim pun bukan tahu sangat perihal kewangan negara ini. Namun dia ada track record sebagai mantan Menteri Kewangan dulu. Setakat nak jentik kewibawaan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak aspek kewangan negara ini, bagi Anwar Ibrahim adalah mudah.
Lebih-lebih lagi jika niat mereka tidak memihak kepada kecapan nikmat oleh Rakyat Malaysia. Jika kuasa yang ada lebih subtle ialah membuka peluang kepada kita pun tahu siapa. Maka tidak perlu 10 tahun untuk memahami kemampuan Mohd Najib Abdul Razak dalam hal-ehwal kewangan negara. 2 bulan ini sahaja, kita sudah tahu performance nya dan kita boleh menjangkakan apa yang bakal terjadi bila Mohd Najib Abdul Razak menerajui negara kelak.
Jika Abdullah Ahmad Badawi bertanya:
Hang kata aku tak baguih sebagai pemimpin dan dari segi kepemimpinan dan mahu aku bersara awal?
Ya!
Hang pa pii tengok nuu...aku kata gulung, hang pii suntik buat apa?
Rakyat Malaysia, apa macam?
Bajet Najib itu adalah andaian sekira negara mendapat keuntungan RM7 bilion hasil daripada penurunan harga minyak yang dibuat kerajaan. Ia bukan satu angka tepat dan tidak perlu dibahaskan. Penggulungan bajet seharusnya merujuk kpd bajet awal yg dibentangkan oleh Pak Lah pada 29 ogos krn ia berdasarkan angka yang tepat. Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Seri Pendikar Amin Mulia yg bersetuju dengan pandangan DSAI bahawa dewan hanya akan membahaskan peruntukan yang dibentangkan oleh Pak Lah dan tidak menerima pakai selain pandangan dan hujah yang dibentangkan oleh Najib semalam adalah tepat. Najib ni berangan nak jadik hero sebenarnya. Dia ingat senang nak jadik PM. Putar belit dalam dewan cakap nak bagi suntikan bukan². Pigi mampos same ko la Najib...
Thursday, November 6, 2008
Berapa Juta RM Telah DiBelanjakan? Ini Baru Pencalonan Belum Pemilihan Lagi..!
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
01. Hakikatnya wang diperlukan untuk melaksanakan kempen ke arah kemenangan dalam pencalonan di peringkat UMNO Bahagian. Lantaran cadangan supaya kadarnya ditetapkan.
02. Pendedahan Mahathir Mohamad, rasuah politik wang berlaku di peringkat pencalonan UMNO Bahagian.
03. Pendedahan Tengku Razaleigh Hamzah, sejumlah berapa Juta RM telah dibelanjakan di peringkat pencalonan UMNO Bahagian.
04. Pendedahan seorang Blogger, jumlahnya mungkin mencecah hampir 4 kali ganda yang disebutkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
05. Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail sudahpun kenalpasti calon yang menggunakan rasuah politik wang untuk membeli undi di peringkat pencalonan UMNO Bahagian kali ini.
Persoalannya ialah:
Ini baru peringkat pencalonan UMNO Bahagian. Bagaimana pula dengan di peringkat pemilihan?
Patutkah Perhimpunan Agung UMNO dari 9 Mac 2009 dikembalikan ke tarikh 24 Disember 2008?
Khabarnya untuk mengelakkan rasuah politik wang yang berpanjangan.
Pun begitu, berapa tahannya pengamal rasuah politik wang untuk terus memberi jika Perhimpunan Agung UMNO ialah 9 Mac 2009?
InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...
Posted by Zubli Zainordin at 2:44 AM
Seperti yg pernah aku tulis dlm komen sblm ni,fitrah manusia adalah agama..tdk kira apa warna kulit, apa kaler rmbut,apa bahasa yg diucap,smuanya menginginkan agamanya menjadi pegangn diri dn diikuti oleh org lain..tdk terkecuali obama dn rakyat AS..diorg akn sblhnya memastikn kristian tetap mjadi dominan di AS..dn sebagai negara berkuasa,dominasi itu akn dilebarkn ke negara lain terutama Islam..
Igt lah saudaraku,gerakn kristianisasi tdk pernah terhenti smenjak perang salib..cuma yg terhenti adalah gerakn perang..caranya telah berubah kepada cara halus yg tdk kita sedar..slh satunya...menggesa org Islam bejuang berdasarkn kaumnya,tdk pada Islam tu sndiri..maka lahirlah puak2 yg könonnya hero kpd kaum masing2..kami di PR cuba utk hapuskn ini dgn menjadikan Islam sbg dominan..Islam akn dominan..Islam sbg pemandu malaysia..Allahuakbar
tahniah...kepala hotak pas tahniah...
tak tau ke depa tu la karang akan belasah umat islam di serata dunia...
jangkit penyakit agen us kat m'sia la tu.
Thursday, November 6, 2008
Parlimen hanya bahas bajet PM, speaker setuju dengan Anwar
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Speaker Dewan Rakyat, Tan Seri Pendikar Amin Mulia bersetuju dengan pandangan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa dewan hanya akan membahaskan peruntukan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan tidak menerima pakai selain pandangan dan hujah yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam.
Anwar semalam membidas kenyataan balas Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Husni Hadznallah bahawa jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri sebagai mengelirukan.
Sebelum itu, speaker menjelaskan kepada dewan bahawa perbahasan mengenai Bajet Tambahan yang diumum Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak sebanyak RM7 bilion tidak perlu dibahaskan.
Ini katanya, semasa menyambung perbahasan yang ditangguhkan oleh Timbalan Speaker, Tan Sri Junaidi Jaafar kira-kira selama 45 minit pada tengah hari semalam.
Beliau menegaskan RM7 bilion yang disebut itu adalah langkah-langkah yang akan dibuat kerajaan jika perlu dalam mendepani masalah ekonomi yang melanda dunia.
Katanya, mahu tidak mahu ia dijangka akan menjejaskan ekonomi Malaysia.
Wang tersebut katanya, seperti mana disebut Menteri Kewangan adalah hasil penjimatan subsidi minyak.
"Atas sebab itu saya dapati bahawa tidak ada unsur-unsur pelanggaran peraturan mesyuarat seperti dibangkit oleh Ahli-ahli Yang berhormat.
"Oleh yang demikian usul mengenai anggaran pembangunan dan maksud-maksud yang dijadual Rang Undang-undang Perbekalan 2009 adalah berasas," katanya.
Ketika ini, Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian) terus mencelah dengan bertanya kepada dewan bahawa 'jika perlu' yang disebut oleh speaker adakah perlu disegerakan?
Bagaimanapun kata speaker tugasnya adalah untuk memastikan peraturan mesyuarat diikuti dan tidak dilanggari.
Kerana itu, katanya persidangan ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang untuk beliau meneliti apa yang disebut oleh Menteri Kewangan kelmarin.
Beliau berkata tidak ada perubahan kepada bajet yang dibahas dalam peringkat dasar dan tidak ada perubahan risalah serta apa saja dokumen-dokumen yang diedarkan kepada ahli dewan sebelum ini.
Katanya, yang disebut menteri ialah sekiranya perlu bajet itu akan diluluskan.
Ketika ini pula, Azmin Ali (KeADILan - Gombak), bangun mencelah dan mempersoalkan sama ada perbahasan selepas ini bersandarkan kepada bajet yang dibentangkan pada 29 Ogos lalu oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ataupun bajet Najib.
Bagi menjawab pertanyaan tersebut speaker meminta, Husni menjawab.
Husni menjelaskan apa yang dibincang dalam mesyuarat peringkat Jawatankuasa nanti ialah angka yang dibentang oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos lalu.
Bagaimanapun, katanya bajet Najib itu adalah andaian sekira negara mendapat keuntungan RM7 bilion hasil daripada penurunan harga minyak yang dibuat kerajaan.
Mendengar jawapan tersebut, Lim Kit Siang (DAP - Ipoh Timur) terus membidas dengan berkata membuang masa saja membincang bajet tambahan yang dibentang oleh Najib.
Penjelasan Husni itu turut dibidas Anwar bahawa jawapan tersebut mengelirukan.
Katanya ini soal kewangan yang diperuntukkan dalam perlembagaan dan mengikut peraturan, tetapi soal andaian beliau tidak pertikaikan.
"Soalnya sekarang kita bahas di peringkat jawatankuasa maka keputusan tuan speaker tepat bagi saya iaitu kita kena pakai satu jumlah yang tepat dan oleh kerana yang dibentangkan oleh Perdana menteri pada 29 ogos berdasarkan angka yang tepat," katanya.
Katanya, hari ini penjelasan speaker dewan hanya akan membahaskan peruntukan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan tidak menerima pakai selain pandangan dan hujah yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan semalam
"Maknanya pandangan beliau bukan mengikut belanjawan, dan kami menolak penjelasan Menteri Kewangan," katanya turut dipersetujui oleh speaker. - mks. _
Sumber: HarakahDaily
Posted by AMK Melaka at 1:17 PM
kepala hotak kat pemimpin ngko dulu laa zali melayu laknat
Huh sape lak yg memperkepala hotakkan PAS tuh, hehee.. Pikir kepala hotak sendiri dulu brader, kita Melayu dah maju & bijak skarang, jgn sempitkan fikiran lagi, bukak mata wahai penyokong BN/UMNO, anda sedang hanyut di bawa arus dek pemerintahan kerajaan BN yg gila & zalim...
tekong darat
tak payahlah ko nak sebut tentang islam kalau diri ko sendiri tidak mengamalkan ajaran islam yg sebenar.sama juga seperti pemimpin PR seperti PAS dan PKR yg tahu cakap tentang islam tapi malangnya tindakkan dorang tu bertentangan dgn ajaran islam.
mangkuk@ayun...
ngko pun sama...
ucap tahnaih pun salah ke?? dah dia menang, dia pun belum menetapkan dasar2 luar nyer lagi, mana tahu dia arahkan tentera2 us kat irag tu, kan dah bagus, apa yg penting menteliti org2 us en zali...
kulit hitam pertama jadi presiden amarika tau?? yg umNO plak baru jadi pemimpin tertinggi PKNS dah menyalak... bukak mata... tu lagi besar presiden tau.. bkn PKNS...
jgn sibuk asik pasal melayu dan ketuanan melayu, tapi klu bangsa tak maju nak buat apa, maju dan kaya untuk kroni sahaja... watpe?? rompak duit rakyat jer. kenyang kan tembolok2 kroni2 jer...
akai ade pakai...
otak ade jgn simpan dalam kotak...
Hamba bila membuka ruangan komen ni mula2 sejuk hati hamba dari komen pertama mengupas dan memberi komen yg bersangkut paut dengan kemenangan Obama di u.s (rujuk komen Anonymous)
tetiba komen ke-2 dah menyimpang jauh dan menyentuh hal politik negara..(rujuk jijah)
agaknya jijah kurang faham laporan siasah ni..
p/s:kami tak tulis pun nak samakan Lim Guan Eng dengan Obama..mau cari pasal ka?
(Firdaus-AMK-PKR)
kelakar..
ada tulisan kata kami ucap tahniah pada Obama dan serta merta hamba Allah tu melabel kami agen US..
kelakar..
Hamba Allah tu cepat melatah dan tak terfikir sebelum memberi andaian..salahkah memberi ucap tahniah?
kelakar..
salah orang nampak,tak terfikirkah Pak Lah dan pencacainya turut serta mengucap tahniah pada Obama?
taknak label mereka tu agen US ke?
KELAKAR..
(Firdaus-AMK_PKR)
kesimpulan..
Zali berfikiran sempit..
Obama dan Bush sama sahaja, semua presiden Amerika berada dibawah telunjuk Freemason-Masonic. IIluminiti. Obama dan erdogan Husam sama sahaja. logonya
sama aje siapa jadi presiden us, dibelakangnya pasti yahudi laknattullah, begitu juga malaysia, jika anwar jadi pm dibelakangnya pasti yahudi laknat
apa bukti anda kedaikopi?
sila nyatakan dan jelaskan..
kami mahu fakta..
bukan AUTA ya!
(Firdaus-AMK-PKR)
Post a Comment