Wednesday, October 21, 2009

'PAS Untuk Semua' berjaya tarik golongan terpelajar, bukan Islam

Kejayaan polisi "PAS Untuk Semua" bukan sahaja melalui ucapan tetapi kenyataan, di antaranya berjaya menarik golongan terpelajar yang majoriti mereka menyokong dan bersama dengan PAS. 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini dapat dilihat daripada pengaruh PAS di bandar dan pinggir bandar, iaitu kawasan yang mempunyai kemudahan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui internet dan maklumat alternatif. 

Tambahnya, yang kedua ialah PAS telah berjaya memecahkan tembok dengan golongan bukan Islam. 

"Kita bukan sahaja sampai ke tahap kerjasama dengan parti dan NGO bukan Islam, dalam masa yang sama kita telah berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang disertai oleh orang-orang bukan Islam," ujarnya kepada media di Markas Tarbiah PAS Kubang Lembik, Manir, Hulu Terengganu, baru-baru ini. 

Beliau yang juga Penasihat PAS Terengganu berkata, mereka telah menyatakan sokongan kepada PAS dan membuktikan kesungguhan dalam kerja-kerja pilihan raya. 

Mengenai kelab itu menjadi sayap PAS, beliau berkata: ìSayap tak sayap begitulah. Sayap kita banyak dan (kelab penyokong) salah satu daripadanyaî. 

Ini, katanya untuk melonjakkan PAS setelah mencapai kejayaan tersebut. 
Tambahnya, mereka bukan sahaja memberikan sokongan kepada PAS tetapi mahu melibatkan diri secara langsung dengan parti. 

Mengenai kemungkinan ada calon PAS dari kalangan mereka dalam pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan. 

"Kita tidak gopoh dalam perkara ini... tengok kepada keperluan," ujarnya. 
Ini, jelasnya kerana PAS masih lagi bersama dalam Pakatan Rakyat yang juga sudah mempunyai calon-calon daripada kalangan bukan Islam. 

13 comments:

Atuk Banjar Masin said...

Kalau seko dua aje tak makne nya berjaye....

Udah le tu temberang aje yang lebih. Nambahkan melayu meluat lagi ade le.

Atuk Banjar Masin said...

Yang bukan islam tu nyokong PAS bukan makna nye nyokong perjuangan Islam PAS. Deme sokong untuk pecah belah kan perpaduan melayu/Islam aje.

Bodo punya PAS, kunun cine dan india nyokong PAS tu sebab nak sokong PAS negak kan negara Islam, ye?

Yea le tu agak nye, karpal singh pun sokong sebab nak tegak kan negare Islam kat Malaysia ni.

zain a ghani said...

Selamat kembali ke lapangan siber Siasahdaily
PAS bakal memerintah Malaysia insya-Allah.Itupun kalau tuan puan kuat menyokong dan ahli kuat kerja.

Atuk Banjar Masin said...

Jangan buat lawak bodo yeop, DAP tu kalau potong ko...nek nya pun tak kan setuju PAS tubuhkan negara Islam kat Malaysia ni.

Anwar Ibrahim pun tak pernah suarakan dia sokong negara Islam PAS.

PAPA GOMO said...

DEMI UNDI ISLAM PAS SINGKIRKAN http://www.papagomo.com/2009/10/pas-sayang-dap-lebih-dari-menyayangi.html

PAPA GOMO said...

salam lama hilang poi mano??? ekau ko yang kono TOREH dengan parang tu??? hu hu hu....

habis sos cili den ekau kebas buek lumur kat dahi ekau tu...

apo lah ekau ni jang!!!!

ironseven said...

tok gajah...

yahudi dan kafir masa di madinah yg sokong nabi tu pon bukan sokong islam pon. diorg sokong dasar perjuangan dan undang2 yg nabi buat. dan nabi tak pon tunduk pada depa sampai mencerca agama sendiri demi "menjaga" hati kaum kafir tu.

ada paham?

tabuan said...

Kekalahan yang amat teruk kepada calon PAS di Bagan pinang telah membuatkan pemimpin atasan PAS sujud dan rukuk kepada DAP

Keberalihan pengundi cina dan india dalam PRK tersebut yang menolak calon PAS, telah mengecut dan menyenakan telor Pemimpin kanan PAS.

Ini bukan sahaja kemenangan Tan Sri Isa tetapi kemenangan yang mat besar bagi DAP.

DAP telah berjaya mengerunkan kepada PAS.Tekanan yang kuat telah di berikan kepada PAS.

Kerana ingin menagih sokongan bukan islam ini PAS akan hormat dan sujud rukuk kepada DAP.

PAS nyata tak mampu bersuara lagi.PAS akan sentiasa mendengar segala kata-kata DAP, demi untuk undi bukan islam.

Para pemimpin PAS akan gadai semua nya untuk undi.Malah telor mereka pon akan di serahkan kepada DAP.

DAP tak suka pemimpin PAS seperti datuk Dr.hasan ali,dan datuk seri Azizan.

DAP suka pemimpin PAS seperti Nizar, yang senang di tarik hidung nya ke hulu dan ke hilir.

bagan pinang said...

tabuan...pelbagai janji & pelbagai rasuah...memanglah

Mesra Sokmo said...

Tabuan...kau ini mufti yang bahlul, sujud dan rukuk adalah utk Allah. Kau hina kepada perintah Allah. Baguslah Neraka menanti mufti sebegini.

Rasuah duit haram BABI bolehlah...menang besar. Macamana kenduri BABI baru ini..raikan kemenangan. Tabuanlah tukang bunuh BABI & tukang lapah kulit.....

B

roh_insan said...

Tebuan tu MUFTI???

Langsung aku tak pecaye,mane mau seorg mufti yg tulis mcm tu punye buruk...Mintak dijauhkan lah org Islam dpt mufti mcm tebuan tu..pakat mangko le yeop..Tp klu UFTI tu aku pecaye le.

Wak Labu Farm said...

ironseven said...

tok gajah...

yahudi dan kafir masa di madinah yg sokong nabi tu pon bukan sokong islam pon. diorg sokong dasar perjuangan dan undang2 yg nabi buat. dan nabi tak pon tunduk pada depa sampai mencerca agama sendiri demi "menjaga" hati kaum kafir tu.

ada paham?

October 21, 2009 5:31 PM


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepimpinan nabi tidak boleh disamakan dengan kepimpinan PAS hari ini. Malahan hingga hari kiamat pun tiada manusia yang boleh setanding dengan nabi.

Mungkin anda salah seorang pengikut 'nabi melayu' yang telah dijatuhkan hukuman sebat dan penjara itu.

Unknown said...

hambo tak kiralah kalu PAS nak wat lagu tu tapi harap2 dapatlah di Islam kan dulu hati semua2 ahli exco ni kerana ada diantara mereka ni tak berhati perut. Org Islam sepatutnya berhati mulia, tak gitu? Maaf lah Tok Guru sbb ambo kecek huduh. Hambo geram benar dgn sorang hamba YB Dato ni, aggah lagaknya.
Maaf sekali lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...