Tuesday, October 27, 2009

Kerajaan Pulau Pinang wujudkan wajah baru 42 rumah pangsa

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk memberi wajah baru kepada 42 rumah pangsa milik Kerajaan Negeri seluruh Pulau Pinang bermula pada tahun 2010 yang akan datang.
 
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata dibawah pentadbirannya kemudahan kepada rakyat adalah menjadi keutamaan.
 
"Selama ini penduduk rumah pangsa sentiasa berada dalam keadaan yang tidak selesa kerana pelbagai masalah infrastruktur mahupun masalah kebersihan di sekeliling mereka.
 
"Apa yang lebih ketara lagi ialah kegagalan pemantauan terhadap kebersihan, kerosakan lif, peti simpanan surat rosak dan memungkinkan berlakunya kegiatan jenayah sekiranya kawasan tersebut gelap dan lampu tidak berfungsi."
 
Sebelum ini masalah yang dihadapi oleh kebanyakan rumah pangsa milik kerajaan negeri seluruh Pulau Pinang tidak dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang singkat dan mendatang pelbagai masalah kepada mereka yang mendiami rumah-rumah tersebut.
 
"Perubahan akan dibuat mulai tahun 2010 dan ia dijangka siap dalam tempoh lima tahun yang akan datang.Tempoh masa yang agak lama ini adalah untuk memberi ruang kepada pihak kerajaan negeri untuk meneliti terlebih dahulu masalah yang dihadapi oleh penduduk dan memperbaiki keadaan dengan menyediakan kemudahan yang diperlukan."katanya lagi.
 
Ekoran itu maka Ketua Menteri bersama kepimpinan negeri telah turun padang bagi memastikan masalah yang sekian lama tidak dapat diselesaikan itu dapat diatasi dengan segera. 
 
Lim berkata demikian semasa sesi perjumpaan bersama pegawai Kerajaan dan penduduk rumah pangsa Kampung Melayu.Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Kesenian, Wong Hon Wei, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim, Pengerusi PAS kawasan Bukit Gelugor, Taqiuddin Hamzah serta pegawai kewangan negeri.

4 comments:

Mesra Sokmo said...

Taniah, walau pun baru 2 tahun pelbagai pembangunan telah pun dibuktikan bawah PR. Duit tak ada pun boleh buat projek. BN yang kaya,..hasil merampas hak rakyat...MP & ADUN BN yang nampak kaya...rakus kemeluk projek kerajaan Najib. Rakyat lapar tok rok nok kedaroh, dibiarkan aje. Kata-kata Rakyat Didahulukan hanya umpan semata...kalau tak percaya memandu kereta sambil memotong kereta Najib...pasti surat saman dikeluarkan. Nak sedah cakap mulut aje...aku tak mudah ditipu...UMNO

Mesra Sokmo said...

http://chegubard.blogspot.com/2009/10/kerajaan-negeri-sembilan-hutang-rm214-b.html

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
PENYATA KEWANGAN UNTUK NEGERI SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

HUTANG KERAJAAN NEGERI
Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang Hutan dan Projek Pelbagai.

Peningkatan baki pinjaman adalah disebabkan oleh pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri berjumlah RM291.98 juta pada tahun 2008.

Kedudukan hutang Kerajaan Negeri pada akhir tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah seperti di Jadual 4.39.

Analisis perbandingan antara jumlah baki hutang awam berbanding baki tunggakan bayaran balik pinjaman pada tahun 2008 adalah tidak memuaskan.

Ini disebabkan baki hutang awam dan tunggakan bayaran balik masing-masing telah meningkat sejumlah RM289.79 juta dan RM96.27 juta pada tahun semasa.

jiwakita said...

salam....

Berwajah baru macamana tu...
paling kurang cat baru..paling
kuatpun...bilik bertambah kot..

jiwakita said...

salam....

Biarkan hutang negeri bertambah..
asalkan ada pembangunan yg dibuat untuk
kesejahteraan rakyat keseluruhan...kerana
tiada hutang tiada duit tiadalah projek
untuk rakyat nikmati...duit tukan duit rakyat....

Macam Negeri Selangor contoh air percuma...rakyat dapat manfaat,syabas RM
dapat..kerajaan negeri rasa ralat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...