Friday, October 30, 2009

Husam cadang pembangkang boleh jadi timbalan Exco Kelantan

KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa mencetus idea baru apabila bersedia menerima wakil rakyat pembangkang di Kelantan sebagai timbalan Exco sekiranya ia tidak menyalahi peraturan.

Husam berkata, beliau sedia membincangkan cadangan melantik Adun pembangkang sebagai timbalan Exco sekiranya mendapat restu daripada Menteri Besar.

“Mungkin tiga daripada enam wakil rakyat pembangkang ada peluang menjadi timbalan Exco sekiranya perkara itu dibolehkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Enakmen Saraan Adun (pindaan) 2009 pada persidangan Dun hari ini.

Ketika ini Kelantan yang ditadbir oleh PAS mempunyai enam Wakil Rakyat pembangkang, semuanya daripada Umno daripada jumlah keseluruhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu.

Menurut Husam, pelantikan timbalan kepada anggota Exco daripada Adun yang mempunyai kelayakan profesional dapat membantu kerajaan bagi merancang lebih banyak lagi program untuk manfaat rakyat.

“Ini satu keperluan dan bukan sekadar mengisi mereka ke jawatan yang baru. Mereka akan menerima elaun tetap bulanan sebanyak RM1,500 dan kuasa untuk menjalankan tugas.

“Mereka boleh melawat jabatan-jabatan kerajaan sebagai menggantikan Exco yang kesibukan dengan pelbagai tugasan lain,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Exco tidak mempunyai kemudahan lain seperti kereta dan pejabat. Kelantan sekarang mempunyai 10 anggota Exco termasuk Timbalan Menteri Besar.

Sebelum ini kerajaan Kelantan mempunyai timbalan Exco, namun tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas.

12 comments:

AsyMok_ambo said...

In the Name of ALLAH SWT
Pedang ALLAH SWT Ready Bila-bila masa Mengetuai Pasukan Strategik Nasional Malaysia bumi Bertuah.
ALLAHUAKBAR.

Proton Saga said...

tak payah buat kerja sendiri orang pas apa kurang nya, pandai belaka.

AsyMok_ambo said...

Bukan soal PANDAI tuan...
Cara berfikir orang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat PASti berlainan dari cara berpikir orang Tok Pa. PASti memberi KELAINAN. Silap haribulan Tok Pa, Pak Alwi n the Gang masuk PAS dek TERKESIMA peribadi WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT dan Kebijaksanaan PEDANG ALLAH SWT HUSAM MUSA.
let's thinking outside the boxes.
Tarik benang dalam Tepung beb!
Benang biar dapat
Tepung jangan terabur.
ALLAH MAHA BESAR.

Unknown said...

Proton Saga said...
tak payah buat kerja sendiri orang pas apa kurang nya, pandai belaka.


masaalahnya ada sorang ahli exco YB Dato' ni panda kecek jah. Kalau kecek hal agamo, berlagak perihatin mace dia ni juruh benar tapi tak kotakan apa hok dia kata. Itu yg hambo jadi tak cayo ke YB Dato' ni.

Maaf deh kecek huduh.

Unknown said...

Tak perlu lantik dari kalangan UMNO. Kita dah ada pengalaman dengan Ibrahim Ali. UMNO ni kalau kita bagi ruang bernafas, depa akan tekup mulut dan hidung kita balik. Masih ramai ahli dan penyokong PAS yang berkaliber. Hanya perlu cari. Kalau tak jumpa, iklankan. Kami tak rela berketuakan UMNO walaupun hanya sebagai timbalan exco.

adam said...

Nampak sangat PAS yg nak sangat bergabung dgn UMNO dalam barisan kerajaan perpaduan demi bangsa & agama tp segan2 dgn DAP & PKR.ok jugak cadangan tuh.. testing dulu ok ke tak? tp aku rasa insyallah ok.sbb UMNO dr dulu tetap bagi peruntukan utk rakyat kelantan.
smpi Nik Aziz puji melambung Dr.Mahathir & Pak Lah.

Barisan bukan seperti PAKATAN. nama pakatan mcm org pakat je tiada ikatan kukuh.Mula2 tak puashati.. pastu sakit hati.. pastu mkn hati.. pastu PAKATAN pun dh tak pakat la.hahaha..

keris panjang said...

"...Silap haribulan Tok Pa, Pak Alwi n the Gang masuk PAS dek TERKESIMA peribadi WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT dan Kebijaksanaan PEDANG ALLAH SWT HUSAM MUSA..."

.....................................

Ehek,ehek,ehek, aku nk tgh loya ni, nk temuntah pun ada..Sifat wal Allah selisih 44 dgn wali kamu tu. Wali Allah disegani,doanya dimakbulkan, hidupnya penuh kasih sayang, bercakap yg baik2 sahaja, tidak menghina orang, tidak riak takabbur,tidak kata Allah mencarut, tidak akan sekali sanggup untuk berkawan dgn setan, dan hidupnya dipenuhi dgn keinginan untuk melihat semua umat islam bersatu agar islam kuat dan sentiasa dipandang tinggi, bukan jadi "keldai tunggangan DAP"!

keris panjang said...

Idea ni nk jadikan wakil rakyat yg inginkan tambahan RM 1,500 untuk dijadikan "beruk tunggangan" PAS tp rasanya mereka taklah bodoh mcm ada Melayu kat Perak tu yg sanggup dijadikan tunggangan. Contoh diPerak yg dh berlaku menunjukkan bagaimana org Melayu yg lupa diri sbb terlalu syok jd MB tp sebenarnya diperlakukan sebagai barua tunggangan. Kesian undang2 tubuh kerajaan Perak yg berniat sungguh murni itu, dilacurkan org Melayu yg berpendidikan tetapi buat2 bodo tidak memahami "semangat" undang2 itu. Kami org Melayu Perak kahsnya dan nusantara amnya, tidak akan sekali2 memaafkan mereka yg bersekongkol ini!!

adam said...

SEORANG pembaca menulis e-mel kepada saya bertanya sama ada mazhab Wahabi betul atau salah, dan sama ada ia boleh diamalkan atau sebaliknya. Saya menjawab, mazhab itu sebahagian daripada mazhab-mazhab dalam Islam, malah ia lanjutan kepada mazhab Hambali.

Bagaimanapun di Malaysia ia tidak diperlukan kerana kita sudah ada mazhab Syafie yang terbukti sesuai dengan cara hidup kita sejak zaman berzaman lagi.

Persoalan tentang mazhab ini merupakan persoalan semasa. Ia tiba-tiba lahir setelah sekian lama masyarakat kita tidak berhadapan dengannya.

Dalam persoalan seperti ini tentu sekali ada pro dan kontranya. Kerana ia tidak bersifat hitam putih, tetapi sebaliknya kelabu. Maksudnya, persoalan yang boleh menerima hujah dan alasan sama ada untuk mengatakan ya atau tidak.

Sebenarnya perbezaan pendapat tentang mazhab sudah lama berlaku dalam masyarakat kita. Bagaimanapun ia lebih bersifat sementara dan akan hilang begitu sahaja selepas beberapa ketika.

Dalam tahun 50-an pernah berbangkit perbezaan pendapat antara kaum Tua dan Kaum Muda. Sengit sekali perbezaan tersebut sampai membawa tuduh menuduh dan kadang kala berkelahi. Namun akhirnya ia hilang begitu sahaja setelah semua pihak merasa puas berbalah.

ada tahun 80-an, timbul pula persoalan tentang mazhab Syiah. Ia dicetuskan oleh kejayaan revolusi Iran di bawah pimpinan Ayatollah Khomeini.

Persoalan ini menjadi lebih hangat apabila melibatkan soal kafir mengkafir dan sebagainya. Malah ada yang masuk tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerana terlalu celupar sehingga mengancam keselamatan negara.

Bagaimanapun perbalahan ini semakin reda dengan berlalunya masa dan timbul isu-isu lain yang lebih menarik untuk diperbalahkan.

Budaya berbalah


Apa pun ceritanya, perbalahan tentang mazhab sebenarnya sebahagian daripada fenomena dalam budaya berbalah dalam masyarakat kita.

Tidak salah kalau dikatakan, masyarakat kita suka berbalah. Kalau tidak kerana mazhab, kerana politik. Kalau tidak kerana politik, kerana permainan.

Dulu sewaktu saya kecil, di Kelantan ramai orang berbalah kerana permainan kertok, permainan rebana, wau dan sebagainya. Perbalahan itu kemudiannya terhenti dengan begitu sahaja bila timbul isu-isu lain, termasuk politik antara Pas dan UMNO.

Apabila berlaku kerajaan campuran dan kemudiannya penubuhan Barisan Nasional (BN) yang diusahakan bersama oleh Perikatan dan PAS, perbalahan UMNO-PAS pun hapus dengan serta merta.

Hangat

Apabila PAS ditendang keluar daripada BN, perbalahan antara dua parti Melayu Islam itu pun marak kembali. Malah begitu hangat sekali seolah-olah mereka tidak pernah berkawan.

Maksudnya, persoalan yang ada di hadapan kita ialah bukan soal Wahabi atau Salafi atau Syiah atau Ahli Sunnah Wal-Jama'ah. Apa yang sebenarnya ialah soal budaya suka berbalah sesama sendiri.

Maksudnya, sesama Melayu dan Islam. Dalam sejarah kejatuhan kerajaan Melaka ada dicatatkan, salah satu sebab kota gagah itu jatuh ke tangan Portugis ialah kerana adanya perbalahan dalaman di kalangan orang Melaka sendiri. Mereka asyik berbalah sehingga pertahanan negara terabai.

*Di atas tadi hanyalah petikan sebahagian daripada tulisan Dr. Mahmood yang disiarkan oleh majalah Al Islam keluaran November 2009.

Tulisan Dr. Mahmood itu kemudiannya berkisar tentang persoalan-persoalan yang menarik, antaranya mengapa dahulu terdapat perbezaan pendapat antara para sahabat, Sisters in Islam diibaratkan sebagai pokok yang tumbuh tanpa ditanam dan tiga sebab mengapa Wahabi tidak sesuai diamalkan di negara ini.

Tulisan beliau itu sangat menarik, dan anda perlu membacanya sehingga habis. Selain tulisan di atas, artikel-artikel lain yang menarik dan perlu dibaca adalah:

*Sejadah mula bersolat. Kenapa?

*Tiga perkara kenapa Allah turunkan bencana - oleh Dr. Yusuf Qaradawi

*Ikan yang tertera tulisan 'Muhammad Rasulullah' di badannya

*Mas kahwin untuk si janda

*Kenapa biarkan iklan nampak ketiak?

*Diterimakah amalan kalau masuk Islam kerana berkahwin?

Rahsia said...

Sokong Husam...,
Satu permulaan untuk kerajaan perpaduan

masjid tinggi said...

Hai Keris Panjang, hang ni mamang buta hurup dan pekak.

Benda yang kecik macam ni pun hang tak buleh paham.

Apa yang jadi di Perak la ni tak pernah jadi di dunia ni. Kalau tidak sidang DUN tak akan kecoh macam tu, sebab UMNO/BN yang tak hormat undang undang tubuh Negeri Perak negeri aku sebab tu kecoh.

Senang je, bubar DUN ngundi lah rakyat Perak sekali lagi, sapa menang dia merentah lah tak dak sapa nak kacau lepas tu.

There's a will there's a way.

keris panjang said...

"...Senang je, bubar DUN ngundi lah rakyat Perak sekali lagi, sapa menang dia merentah lah tak dak sapa nak kacau lepas tu."

.....................................
Ckp mmg sedap! Kalau buat PR sekali lg belum tentu PR menang! Kalo kalah,ada alasan baru akan dicipta lg. Kita dh faham sgt perangai lidah bercabang dan cakap tak bole pakai puak2 PR yg tak pernah memahami dan menghurmati undang2 ni. Jika keputusan menyebelah awak, awak terima dan puji melangit tp kalo keputusan tidak memihak, pelbagai tohmahan dibuat untuk menidakkan. Kita dh faham sgt perangai2 "tak semenggah" puak2 ni. Kata tak sekolah, belajar tinggi! Tp otak tak mahu pakai!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...