Monday, October 26, 2009

Mesyuarat Khas Rabu ini bincang Isu EGM


Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu ini akan membincangkan cadangan yang di minta oleh Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa..


Setiausaha Agong Pas, Datuk Musyafa Ali berkata demikian dalam sidang medianya yang diadakan di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini.

 

Mesyuarat ini akan dihadiri oleh  ahli jawatankuasa dan semua pesuruhjaya PAS negeri. 


Surat jemputan untuk mesyuarat ini akan segera dikeluarkan dan akan dihantar kepada semua AJK Pas Pusat dan Pesuruhjaya negeri.


Menurut Mustafa beliau telah mendapat arahan dari  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar memanggil mesyuarat khas itu.


"Jadi apa-apa yang berkait kita akan bincang dalam mesyuarat pusat nanti," katanya.


Nik Aziz akan hadir sebagai Pesuruhjaya Kelantan dan jemputan khas bagi membolehkan beliau memberi penjelasan kepada ahli mesyuarat berhubung cadangan beliau dalam blognya agar diadakan satu muktamar agung khas.


Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang  telah mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu memberitahu,  mesyuarat agung luar biasa tidak akan diadakan kerana Nik Aziz sendiri mencadangkan ia digantikan dengan mesyuarat khas.


Menjawab soalan pemberita mengenai cadangan mengadakan muktamar khas, beliau berkata mengikut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa hanya boleh diadakan mengikut tiga cara.


Ia boleh dilakukan apabila ada arahan daripada presiden parti, ada permintaan bersurat satu pertiga daripada ahli jawatankuasa pusat, atau permintaan bertulis satu pertiga daripada PAS kawasan-kawasan.


Dalam sidang media yang sama Mustafa turut menafikan masalah komunikasi antara Nik Aziz dan Abdul Hadi atau dengan AJK PAS Pusat.


Mengulas kerjasama antara PAS dengan Umno, Mustafa menjelaskan ia "sudah ditutup sebagaimana yang telah diputuskan di dalam muktamar yang lalu.


"Kerjasama politik (dengan Umno), kita sudah tutup buku kerana keputusan muktamar. Tetapi perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan dalam konteks federelisme sebagai contoh isu royalti tidak jadi masalah," ujarnya lagi.


Mustafa juga yakin isu yang akan dibincangkan dalam mesyuarat ini akan dapat mencari penyelesaian yang baik.


Mustafa juga enggan mengulas sama ada kemungkinan artikel di blog Nik Aziz itu disediakan oleh pihak ketiga.

12 comments:

masjid tinggi said...

Aduhai....cerita yang sudah ditutup dibuka semula untuk memecahkan belahkan PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Siapa punya kerja nie????

Media pula pukul dan pusing dengan negatif habis dengan mengambil kesempatan ditambah pula dengan wakil wakil UMNO membuat berbagai kenyataan yang secara saikologi nya boleh melemahkan semangat kepada yang tidak faham dengan keadaan sebenar.

PPP, GERAKAN, MIC DAN MCA bermasaalah kenapa pemimpin2 UMNO / BN diam dan media putar secara positif supaya dilihat tidak ada masaalah dalam pakatan / komponen UMNO / BN.

Tak perlu lah dibesarkan terutama bekas orang no. 1 yang dah pencen tak payah buat komen la. Duduk diam diam.

Semua orang dia suruh pencen termasuk kawan baik Samy Vellu.

Tuan Guru Nik Aziz tak boleh pencen kerna dia menyampaikan dakwah dan menyuruh orang orang berbuat baik dan agar tidak lupa akan hari akhirat dan pembalasan. Itu memang kerja pendakwah sampai akhir hayat.

AMIN YA RABBIL ALAMIN.

keris panjang said...

Nik Ajis patut letak je jawatan tu. Dia dh jadi beban kpd PAS, sama mcm ex PM dulu. Dulu mulut tu bukan main sedap lg suruh Mahathir berhenti, skg kena btg hidung sendiri, nk tongkat dunia, tak nk lepas jawatan.

fitflex said...

masjid tinggi said
-----------
Aduhai....cerita yang sudah ditutup dibuka semula untuk memecahkan belahkan PAS dan juga Pakatan Rakyat.

Siapa punya kerja nie????


=========
kerja nik aziz la.dia yg tiba2 pi timbulkan isu.dah tu direct pi ke media.bukan reti bincang elok2 sama pas.nnti pakat2 la pemimpin2 pas kata media main isu....

addy said...

kita lihat sapa yang kena....

siapa nizar? pas tiada negara islam.
http://www.youtube.com/watch?v=rt7HAMhS8M0&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=DBrJXNQ9XJo&feature=related

bagan pinang said...

mesti ada batu api, mengacau....

Fixlex juga tak kurang batu api...dasar org bengong

addy said...

Perpaduan UMNO & PAS buat DAP & PKRZ kecut perot...

adakah..
Bukan berkerjasama dgn kaum kafir kita jadi kafir spt tafsir Hj.Hadi
Amanatnya yg terpesong jauh...
sekarang baru Hj.Hadi sedar sket..

PAS itu ISLAM??
UMNO tak islam??
hanya politik saja berbeza tp agama kita perlu bersatu.

islam utk semua!! tp awas bukan utk DAP ,org kafir harbi yg tidak beriman kepadaNYa seperti DAP bleh baca AL-QURAN?? spt dihalalkan PAS

hanya ada sejenis ’ubat’ sahaja yang mampu meleraikan masalah perpaduan di kalangan umat Islam negara ini iaitu kembali kepada apa yang telah ditinggalkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

eloklah kita semua merenung kembali apakah kita benar-benar layak mendakwa diri umat Muhammad padahal apa yang dituntut tak dituruti.

ironseven said...

addy kata,
"Perpaduan UMNO & PAS buat DAP & PKRZ kecut perot...

adakah..
Bukan berkerjasama dgn kaum kafir kita jadi kafir spt tafsir Hj.Hadi
Amanatnya yg terpesong jauh...
sekarang baru Hj.Hadi sedar sket.."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe...dia lupa pas tak pernah ubah dasar quran dan hadisnya just nak menjaga hati kafir. malah pas bertegas dan sanggup bergadoh dgn dap.

umno? hehe...umno jadi anjing mca, mic, gerakan, ppp, dll. sanggup buang quran dan hadis demi kafir. sanggup hina allah dan nabi demi kafir. sanggup tolak hudud demi kafir. sanggup persenda hudud demi kafir.

hehe...umno ni nampak same je taraf dgn kapir...

ironseven said...

kata addy lagi,
"PAS itu ISLAM??
UMNO tak islam??
hanya politik saja berbeza tp agama kita perlu bersatu."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

allah kata sapa2 yg tolak hukum islam maka dia kapir. atau boleh jugak diterjemahkan sama je mcm kapir. umno islam ke?

keris panjang said...

Salam semua,

Kecian Hj Hadi, Nasha, Mustafa, Hasan Ali dipermalukan Nik Ajis sedemikian rupa. Kalo benarlah beliau ni ulama spt yg didakwa, takkan tergamak dia nk malukan orang. Kalau ada pun isu, bawalah kemesyuarat tertutup sesama pemimpin PAS. Bincang baik2, dapatkan buah fikiran pemimpin2 lain. Kata konon nak contohi nabi !! Adakah nabi berkelakuan spt ini!! Jadi pemimpin ni bukan mudah, kepala kena sentiasa “dingin” dan akal kena “panjang”. Jika tidak kita akan diketawakan dibelakang oleh anak2 buah kita.

Nasiblah mereka yg kena “tembak” tu semuanya masih berfikiran rasional dan mampu kawal emosi. Aku tabik kat mereka. Nik Ajis kena belajar macamana nk kawal emosi mcm mereka semua tu!! Jikalah mereka tu cara fikirnya sama mcm nik ajis juga, dia orang kasi "peluru bazooka”, terduduk nanti tak terkata apa. “Tok guru” jgn ingat kuat sgt, kerana yg sokong kuat hanyalah PAS Kelantan saja sedangkan hj hadi dan nasha, sokongan untuk mereka meluas diseluruh semenanjung!! Jgn dengar sgt nasihat2 “erdogan” tu, mereka sendiri skg sedang tunggu masa untuk tersungkur.

Jelaslah org tua ni dh ada simpton alzamier tp kesian penyokong2 PAS masih lg nk guna khidmat org tua ni. Padahal org lain yg lebih berkelayakan spt Harun Din ada. Kenapa masih nk simpan org tua ni. Buah fikiran dia pun dh tak bolih pakai, dh ketinggalan zaman. Skg ni zaman face book. Dato Azizan pun apa kurangnya. Org mcm inilah yg boleh diharapkan untuk memimpin PAS.

Nampak sangat tak bijaknya org tua ni sampaikan peraturan untuk mengadakan EGM pun tak tau, jd apa fikiran dia yg boleh dipakai. Jadi eloklah timbang2kan pengganti org tua ni agar PAS tak dilanda sindrom "kemaluan besar". Ada ke patut, tulisan aziz bari tu dijadikan panduan ! Dulu kan ke dh tutup cerita kerajaan perpaduan tu sbb hampa semua kankah syuuuk sgt berdakapan dgn pemimpin parti yg tak basuh najis tu. Bangsa sendiri yg bersih hadath kecil besar tak mau pulak bersatu, sampai nk berpatah arang!! Apa punya umat ni. Eh, umat Nabi Muhammad saw macam tu ke? Orang2 PAS kan ke ramai yg hafal Quran dan hadith, takkan tak gunakan ilmu tu untuk tarbiah org2 yg dh tersasar dari panduan yg Quran dan Nabi bagi. Ingat tuan2, neraka yg paling dalam nnt ALLAH SWT dh sediakan untuk org2 yg ilmu agama islamnya tinggi tetapi malangnya mereka tidak memunafaatkan ilmu itu sebagaimana sepatutnya. Itu janji All

keris panjang said...

RALAT.

"Itu janji All"

Sebenonya,

"Itu janji ALLAH"

ironseven said...

lagi kata addy,
"slam utk semua!! tp awas bukan utk DAP ,org kafir harbi yg tidak beriman kepadaNYa seperti DAP bleh baca AL-QURAN?? spt dihalalkan PAS"
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe..addy sempit pikiran. org kapir buleh je baca quran. byk hujah ulama yg kata buleh. hehe..dap harbi ke?

ironseven said...

keris panjang said...

"Salam semua,

Kecian Hj Hadi, Nasha, Mustafa, Hasan Ali dipermalukan Nik Ajis sedemikian rupa...."
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehe...org2 tu tak rasa ape kau pulak yg lebeh2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...