Wednesday, October 21, 2009

SPRM diminta siasat kenderaan kerajaan kerap isi minyak

Oleh KHAIRIL ABDUL RAHIM

TEMERLOH: Pemuda PAS Pahang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun kewangan 2008.

Naib Ketuanya, Abdullah Abdul Karim berkata, laporan yang dibuat di pejabat SPRM Cawangan Temerloh pada 21 Oktober itu bertujuan meminta pihak SPRM menyiasat jika wujud penyelewengan kerana ia melibatkan kewangan kerajaan.

Laporan audit baru-baru ini melaporkan sebuah kereta milik kerajaan negeri Pahang dalam perbezaan satu minit saja, direkodkan mengisi minyak bernilai lebih RM100 sebanyak dua kali di sebuah stesen minyak yang sama di negeri itu.

Ini adalah penyalahgunaan kad inden bagi perolehan bahan api untuk kenderaan kerajaan yang didedahkan dan diedarkan di parlimen sehari sebelum itu mengenai aktiviti jabatan, agensi dan pengurusan syarikat kerajaan negeri Pahang 2008.

Laporan itu berkata semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian Bahan Api yang dikeluarkan oleh pihak pembekal pada tahun lepas mendapati sebanyak 24 kes pengisian bahan api dalam tempoh kurang dari lima minit melibatkan lima buah kenderaan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang.

Kereta-kereta terbabit dikenalpasti sebagai Proton Perdana bernombor pendaftaran CBD88 yang telah membuat sebanyak 18 kes pengisian bahan api dalam tempoh masa yang singkat dengan jumlah kos sebanyak RM4,177.

Laporan itu menyebut pada 14 Dis lepas, kereta tersebut telah mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Raub, Pahang pada pukul 12.14 tengah hari sebanyak 59.47 liter yang bernilai RM113 dan seminit kemudian pada 12.15 tengah hari kereta yang sama mengisi sebanyak 58.95 liter minyak yang bernilai RM112 di stesen yang sama.

8 comments:

Adi Satria said...

Bukan PAS for All tapi

PAS = Komunis For All

Kelantan = Serambi Beijing

Betul tak puak2 khawarij ooii!

jutawan said...

wolf.

lagi kerap isi minyak lagi baguskan. Tabuan pun setuju.

jutawan said...

wolf

wolf macam sinonim betul dengan komunis. kebanyakan komen pasti ada perkataan komunis. wolf bolelah ambil gelaran sebagai bapak segala komunis.

bagan pinang said...

wolf bolelah ambil gelaran sebagai bapak segala komunis.

Anjing salaklah bukit....heee

Unknown said...

Siapa KOMUNIS ?
Lihatlah disekeliling kita Bnaggunan Nama Apa ?

Sedarlah Wahai Melayu 52 tahun Harta Melayu Duk Kat Siapa: Siapa Yang JUAL
Renungkanlah:
Melayu apa ada bulu pun kena JUAL

Labu,,,Labu.....Labu pun Kena Jual.

aiman said...

wolf ni bukan apa,sebenarnya mak wolf ni sebelum kahwin ngan bapak wolf sudah mengandung ankara perlakuan sumbang ngan seorang lelaki.lelaki tersebut tidak mahu bertanggungjawab dan lari kedalam hutan dan menjadi kominis.ibubapa mak wolf telah mencari sesiapa yang sudi menjadi pak sanggup (pastinya ngan upah)untuk menutup aib.ada la seorang lelaki yang yang teruja dengan tawaran itu.cukup waktu mak wolf pun melahirkan wolf dan seterusnya di binkan ngan lelaki itu.cukup umur wolf sekolah.suatu hari waktu wolf memeras ugut seorang kanak kanak(teruk betul si wolf ni ,kecik kecik dah jadi samsing)ibu budak tersebut telah memarahi wolf dgn perkataan celaka betul anak kominis ni.si wolf tertanya tanya dan terus pulang kerumah utuk bertanya pada maknya,kenapa orang memakinya sebagai anak kominis.mak wolf telah menceritakan hal yang sebenar.sebab tu wolf marah sangat ngan kominis.kalau kawan kawan tak percaya,cuba tanya sendiri ngan si wolf tu.kalau dia menafikan dan memaki hamun saya maka memang benarlah cerita ini.

joe lenon said...

Serigala, kalau kau kata Kelantan Serambi Beijing, kau tengoklah, kat kelantan yang kaya sapa orang melayu, kalau kat belah kl ni sapa yang kaya tak ke bangsa lain (miskin memang orang melayu).. kat kelantan yang jadi pemaju melayu kalau kat kl rata2 bangsa lain .. pikir2 kanlah ..

ironseven said...

wolf mana la ada akai nak pikiaq. otak pon letak kat tumit. nama pon wolf. ape la ada pada binatang ni selain dari menyalak je kuat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...