Thursday, October 29, 2009

Kenyataan Media: Dewan Pemuda PAS Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat sedih dan cukup bimbang dengan suasana di Perak terutamanya apa yang telah berlaku semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada hari ini sebentar tadi.  

   

Krisis yang sudah hampir lapan (8) bulan berlalu ini seolah-olah tiada jalan penyelesaian kerana banyak pihak yang diberikan kuasa telah menyalahgunakan kuasa mereka mengikut perancangan-perancangan yang telah di susun oleh UMNO / Barisan Nasional (BN).  

   

DPPN Pk melihat bahawa krisis yang sepatutnya diselesaikan oleh rakyat telah diketepikan kerana terlalu gilakan kuasa dan sikap tidak sabar UMNO / BN untuk berkuasa kembali sebelum Pilihan Raya Umum ke - 13 sehingga sanggup membelakangkan nilai-nilai adab ketimuran serta adap-tertib kepimpinan.  

   

DPPN Pk sedar bahawa suara yang telah kami sembahkan kepada DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa mengadap baginda tempohari tidak membuahkan hasil sepertimana yang rakyat Perak harapkan.  

   

DPPN Pk amat bersimpati kepada seluruh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya malah masyarakat antarabangsa yang melihat sendiri krisis yang masih berlarutan ini tanpa penyelesaian konkrit serta terkuburnya demokrasi dan undang-undang yang menjadi asas keluruhan dalam Rukun negara Malaysia. 

   

DPPN Pk sekali lagi merafak sembah merayu kepada Paduka Seri Sultan Perak dan juga Raja Muda Perak membantu kami dan rakyat yang cintakan demokrasi untuk memastikan krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin melalui jalan musyawarah dan keluhuran perlembagaan.  

   

   

DR. RAJA AHMAD AL-HISS  

Setiausaha,  

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

9 comments:

blue_dream said...

sabo la yob,x lama lg bubar la dun tu

roh_insan said...

...Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka...

Prof Abd Aziz Bari:
(Disunting dr blog kerengge)

Klu ade yg mengucapkn tahniah pd pihak polis krn kepakaran mereke didlm KAWALAN KESELAMATAN sidang DUN...Make aku juge nak ambil kesempatan utk ucpkn TAHNIAH kpd Tn.Prof dr UIA ini atas KEBERANIAN n KESUNGGUHHANNYA akn MENEMPELAK KEBURUKKAN sistem undang2 di Melaya ni.

TAHNIAH PROF..

Unknown said...

POLIS-UMNOBN
SPRM-UMNOBNMCAMIC
HAKIM UNDANG-UNDANG UNTUK KEPENTING TERTENTU
BANYAK KES PELIK-PELIK KAT MALAYSIA
RAKYAT KENA BELASAH/
BILA MENGGUNDI JUMPA RAKYAT BILA NAK BERSUARA DITANGKAP?
PERAK KENA BUBARKAN ADUN PERKENA DARI KDYMMSP BUDIBICARA TUANKU.
TAKBIR .....

ironseven said...

hehe...

benda yg amat simple difahami org yg berakal.

1. 3 adun hilang tiba2 muncul bila speaker kata depa letak jawatan (hilang di pekan pulak tu...hehe)
2. puak2 umno-bn lantik ganesan jadi speaker masa sidang tak mula lagi (hehe..sah ke tu?)
3. ganesan diangkat jadi speaker masa speaker siva yg sah ade lagi kat kerusi dia (hehe..bukan menghina speaker tu?)
4. ganesan naik ke tempat speaker siva setelah speaker siva diusong disumbat ke store! (hehe..bertamadunnya umno...)
5. sekejap mahkamah kata ade pengasingan kuasa executive-legislative-judiciary, kejap takde pulak. kejap kata ikot perlembagaan, kejap tak payah. (hehe..nampak sgt mahkamah diperguna oleh umno..)

kalau umno-bn anak jantan bubar je le dun. hope sultan pon nampak le masalah rakyat ni. dan kalau ditakdirkan umno-bn menang maka ambik ler perak tu...

abe MIE 'TERJAH' said...

Aik, PAS pun ada raja ke? Tapi raja kapur aje...

keris panjang said...

".....suara yang telah kami sembahkan kepada DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semasa mengadap baginda tempohari tidak membuahkan hasil sepertimana yang rakyat Perak harapkan...."

...................................

Aku nk tegelak pun ada dgn statement kat atas tu. Rakyat Perak tu siapa beb, aku juga rakyat sana lah! Setau aku org kg aku, orgn kg kaum kerabat aku, org kg kawan2 aku, semua tolak PAS,adlah dua tiga kerat yg sokong, kerana kami sedar akan putarbelit parti yg jadi balaci PKR lebih teruk lagi jadi keldai tunggangan DAP. Jgn ingat PAS kuat sangat di Perak.Cubalah faham sikit, kami undi parti haprak korang yg gadai agama dan bangsa ni, sebab kami meluat dgn kebanyakan pemimpin2 UMNO zaman PM flip flop dulu. Kami sengaja nk ajar dia. Nk bagi dia sedar. Skg dh lain. Kami sedar dan yakin dgn keupayaan Najib. Sedarlah pd PR13 akan dtg,parti PR (Peliwat Rakyat) tidak akan mendapat peluang dari kami lagi. Kami tahu parti anda tidak ada kebijaksanaan untuk memerintah! Jika kami memilih anda bermakna kami menghulur leher kami untuk dipancung oleh puak2 gasar yg tidak bertamadun itu. Cubalah faham baik2, kami hanya mengalihkan undi kami untuk seketika sahaja kpd parti anda walaupun kami tahu parti anda tidak ada keupayaan dan pengalaman memerintah. Parti anda hanya pandai berceramah, menghasut,memfitnah dan mengadudomba semaksima mungkin serta mencari kesalahan pemerintah sahaja sedangkan anda sebenarnya hanya pandai "bercakap sahaja"- tidak punya sebarang perancangan dan idea untuk mamajukan negara ini. Parti anda hanya membangkang kerana suka membangkang tetapi tidak memberikan alternatif yg jitu untuk keutuhan agama dan bangsa. Jika anda berperasaan untuk memberikan khidmat kpd bangsa dan agama, aku cadangkan jointlah UMNO. Jgn ingat UMNO terhegeh2 kpd anda kerana sedarlah, siapalah parti anda!! Parti anda menang pun kerana kami! Parti anda tidak akan sampai kemana kerana perjuangan anda tidak bertunggakkan ISLAM tetapi lebih kpd kemarukkan kuasa sahaja!! Cuba buktikan apakah sumbangan parti anda kpd ISLAM dan bangsa setakat ini selain "dendam dan pecah belahkan bangsa dan agama" sahaja. Sebenarnya parti anda lebih memerlukan UMNO dan bukan sebaliknya. Maka terimalah kenyataan. Di Perak yg kebetulan undang2 tubuh negeri membolehkan parti anda meletakkan salah seorang ADUN anda sebagai MB (Ujian Allah sebenarnya),sedangkan parti anda bukanlah majoriti. Cubalah muhasabah apakah sumbangan yg telah diberi oleh parti anda melalui MB anda selain mengikut telunjuk DAP dan "menjoli katakkan" segala tanah2 kerajaan dgn cara yg tidak munasabah kerana konon2nya "terhutang budi" kpd DAP. Maka pertolongan Allah swt lah sebenarnya menyebabkan sedikit kuasa yg telah diberi, ditarik kembali bagi membolihkan parti anda berfikir dan bermuhasabah tetapi parti anda tetap dgn amalan lama yg telah sebati dgn cara sebahagian pemimpin2 parti anda berfikir!

ironseven said...

benda yg amat simple difahami org yg berakal.

1. 3 adun hilang tiba2 muncul bila speaker kata depa letak jawatan (hilang di pekan pulak tu...hehe)
2. puak2 umno-bn lantik ganesan jadi speaker masa sidang tak mula lagi (hehe..sah ke tu?)
3. ganesan diangkat jadi speaker masa speaker siva yg sah ade lagi kat kerusi dia (hehe..bukan menghina speaker tu?)
4. ganesan naik ke tempat speaker siva setelah speaker siva diusong disumbat ke store! (hehe..bertamadunnya umno...)
5. sekejap mahkamah kata ade pengasingan kuasa executive-legislative-judiciary, kejap takde pulak. kejap kata ikot perlembagaan, kejap tak payah. (hehe..nampak sgt mahkamah diperguna oleh umno..)

Proton Saga said...

DAH MAKAMAH PUTUSKAN ZAMBRI YANG SAH APA LAGI. TAK PERCAYA MAKAMAH BAIK TAK BAWA KIS KEMAKAMAH.

roh_insan said...

...DAH MAKAMAH PUTUSKAN ZAMBRI YANG SAH APA LAGI. TAK PERCAYA MAKAMAH BAIK TAK BAWA KIS KEMAKAMAH...

Sememangnye kite patut WAJIB percaye pd Mahkamah,cume persoalannye satu..

Cakap siape yg paling kite percaye??

1.Peguam2 yg menjalankn hukum di Mahkamah???

2.Org yg MENGAJAR mereke menjadi Peguam dlm menjalankn HUKUM MAHKAMAH( Prof Abd Aziz Bari).

Rasenye klu org yg diajar lebih betul dr org yg mengajar adelah lebih elok supaye dicadangkn kpd pihak UIA agar Prof Abd Aziz di tamatkn PERHIDMATANNYA.Sbb tak tau undang2 n tak layak jd guru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...