Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak agar ADUN Pelabuhan Klang,YB Badrul Hisham Abdullah untuk meletakkan jawatannya sebagai ADUN dengan kadar segera. Ini adalah untuk membolehkan seorang wakil rakyat baru dipilih setelah beliau gagal melaksanakan tugas dan amanah yang diberi rakyat dengan baik, demikian menurut satu kenyataan media daripada Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut.
Menurut kenyataan itu lagi, AMK Selangor amat menghargai ketegasan Dato’ Menteri Besar Selangor,Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim dalam isu YB Badrul Hisham di mana ADUN Pelabuhan Klang ini telah gagal menjalankan amanah rakyat yang diberi dan pelbagai masalah dan kerenah yang ditimbulkannya. Tindakan dan ketegasan Menteri Besar Selangor ini jelas mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat adalah amat penting dan terutama daripada kepentingan politik semata-mata.
AMK Selangor membuat desakan kuat ini agar ADUN Pelabuhan Klang yang menang dalam Pilihanraya Umum ke-12 menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat apabila mengistiharkan dirinya keluar daripada PKR perlu melepaskan jawatan ADUN tersebut segera. Tindakan beliau tidak melepaskan jawatan ADUN tersebut dan menyokong pembangkang Barisan Nasional di Selangor seolah-olah beliau sudah tidak mempunyai harga dan maruah yang tinggi lagi.
AMK Selangor merasakan tindakan beliau semasa mengistiharkan keluar daripada PKR dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas dengan menyerang kepimpinan tinggi PKR dan kerajaan Selangor, jelas membuktikan agenda perancangan busuk dan keji pihak tertentu untuk menjejaskan keutuhan dan kekuatan Pakatan Rakyat di Selangor. Malahan tindakan beliau seperti ‘kacang lupakan kulit’ yang sebelum ini memenangi jawatan ADUN Pelabuhan Klang menggunakan platform Parti Keadilan Rakyat.
Rakyat keseluruhannya dan pengundi di DUN Pelabuhan Klang sendiri sudah mengetahui segala-galanya berkenaan kegagalan total YB Badrul Hisham dalam melaksanakan tugas dan amanah yang diberi rakyat sejak sekian lama. Malahan kepimpinan parti dan juga negeri sudah beberapa kali memberikan teguran dan nasihat agar melaksanakan tugas dengan baik namun beliau sehingga kini gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat seperti yang diharap-harapkan.
AMK Selangor berpandangan pemimpin yang mendatangkan terlalu banyak bermasalah,karenah dan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan pengundi dalam melaksanakan tugas dan amanah perlu dihumban jauh-jauh daripada menjadi liabiliti kepada parti dan kerajaan. Dengan keluarnya YB Badrul Hisham daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membuktikan bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan dan mutu kerja yang cemerlang,bertanggungjawab dan bersih. Tindakan beliau keluar dan menyokong UMNO/BN membuktikan dan menjelaskan lagi itulah wadah politik yang amat sesuai dengan imej kini UMNO/BN yang penuh dan terpalit dengan pelbagai skandal,penyelewengan,rasuah dan jenayah politik.
AMK Selangor yakin bahawa imej positif Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat mendadak pada pandangan rakyat yang berharap pemimpin yang menerajui Selangor adalah kalangan yang bersih,bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dan amanah yang diberi dengan penuh berhemah dan komitmen. Isu ini juga sebenarnya memberikan gambaran bahawa menjelang PRU-13 ini,Pakatan Rakyat akan diwakili oleh pemimpin yang lebih berkredibiliti dan mempunyai rasa amanah dan integriti yang amat tinggi kepada rakyat untuk memimpin arus perubahan besar negara kelak.
AMK Selangor berpandangan pemimpin yang berhak memimpin perubahan perlu mempunyai jatidiri,integriti dan komitmen yang kuat untuk memimpin rakyat dan perubahan. Pemimpin yang lemah,rasuah,mempunyai pelbagai masalah serta kerenah, tidak mempunyai jatidiri dan perjuangan yang kuat sepatutnya tidak layak untuk bersama-sama dengan arus perjuangan rakyat semuanya.
AMK Selangor melihat pelbagai ‘kemelut politik kecil’ yang disensasikan oleh media yang melanda khususnya Parti Keadilan Rakyat akan mematangkan lagi proses pengalaman politik PKR yang baru berusia 10 tahun. Sebuah parti yang langsung tidak diberi harapan langsung dalam PRU-12 tetapi membuat kejutan dan tsunami politik besar bersama-sama rakan Pakatan Rakyat daripada PAS dan DAP atas semangat dan kesedaran memuncak rakyat.
AMK Selangor berharap agar rakyat terus memberikan keyakinan dan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk terus memimpin dan membawa perubahan. Kejayaan parti baru sepertiDemocratic Parti of Japan (DPJ) yang menumbangkan seteru kuat politik daripada Liberal Democratic Parti (LDP) yang memerintah selama 50 tahun di Jepun membakar semangat dan iltizam baru seluruh rakyat dan pendukung Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya dalam PRU-13 ini.
AMK Selangor menaruh harapan yang amat tinggi bahawa semangat dan dokongan rakyat di Selangor akan terus meningkat kerana terbukti kini bahawa Pakatan Rakyat amat mementingkan individu pemimpin yang mampu menjalankan tugas, amanah, mempunyai integriti dan jatidiri unggul untuk memimpin arus perubahan dan kepimpinan negeri.
Ini jelas berbeza dengan dasar pemilihan kepimpinan UMNO/BN yang akan terus mendambakan pemimpin yang rasuah, menyeleweng kuasa dan penuh dengan pelbagai skandal keji dan jijik. Memang layak YB Badrul Hisham untuk menghuni parti seperti ini yang hanya menunggu masa sahaja untuk karam dan pupus daripada kamus politik negara.
Akhirnya,AMK Selangor mengulangi pendirian tegas mencabar YB Badrul Hisham jika masih mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi untuk segera melepaskan jawatan ADUN Pelabuhan Klang dan bertanding semula atas tiket sendiri dalam pilihanraya kecil yang diadakan kelak.
Blog analisis, komentar dan berita politik Malaysia. SiasahDaily bukan versi internet Siasah cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan akhbar tersebut.
Friday, October 30, 2009
AMK Selangor Desak ADUN Pelabuhan Klang Letak Jawatan ADUN Segera
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
32 comments:
Pakatan Reput dah nak hancuss lagi ada hati nak suruh org resign.
Tak payah suruh resign @ bubar DUN Perak sebab x lama lagi BN akan kembali berkuasa di Selangor...
Pakatan Reput x kan dapat mengatasi kekuasaan Allah swt.
Takbir 3X
Baik suruh N.Ajis jer yang resign. Bukannye nak bangunkan Kelantan...musnahkan ada la...
salam....
sapa amk tu nak bercakap pasal norma-norma
mulia tu... sedang kes eli bogel,hutang jutaan ts khalid dan
suku sakat menjadi liabiliti sahaja kepada
pkr dan PR ni?
salam....
sebelum bercakap tentang dun p/klang..
lebih baik sound direct dengan lantang
kat mereka-mereka yg tak telus dan tulus
tu dulu..baru adil dan amanah bila bersuara!...PKR=PANTANG KELUAR RUMAH..kena hentam!
Baca apakah kata Raja Petra mengenai katak ini disini
[Raja Petra] Apa Yang Harus Dikatakan Lagi?
http://gomalaysian.blogspot.com/2009/10/raja-petra-apa-yang-harus-dikatakan.html
Sesiapa yang TIDAK mampu BerKHIDMAT
SILA BERAMBUS!!!
Tak kira nama besar mana sekalipun
PARA DAI'E FISABILILLAH TAK HAIRAN!
umpama HARGA LAPTOP kurang lebih RM30 000!
Setiap tahun LAPORAN YANG SAMA!
ITU DUIT RAKYAT WOI!
Ayuh Rakyat Malaysia...
Bersama WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT dan TOK GURU ABDUL HADI AWANG..
Kita Menuju BULAN PURNAMA.
ALLAHUAKBAR,
SUBHANALLAH,
ALHAMDULILLAH,
NASTAGHFIRULLAH.
Dulu Noh Omar handle MARA!
Laptop tu apa cerite beb?
ambo ghoyak doh, jangan hina WALI ALLAH SWT.
Nasib Noh sama Ali Rustam dan Muhyidin Yasin.
Terbaru ALLAH SWT bayar cash kepada Kementerian Pelajaran (Muhyidin) dengan Tragedi menyayat hati Kuala Dipang. Lepas ni KALIAN SATU MALAYSIA WAJIB TOLAK EJEN PERKAUMAN MUHYIDIN YASIN. Dengan SENGAJA Muhyidin cuba lagakan WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT dan TOK GURU ABDUL HADI AWANG.
Hanya Jauhari Mengenal Manikam.
ALLAHUAKBAR.
Malaysian said...
Baca apakah kata Raja Petra mengenai katak ini disini.
besar rantai leher dia pakai.pemimpin2 mcm ni la yg pakatan mau.yg mcm hassan ali pakatan x mau sebab sibuk nak hapus arak kat slngor....
Malaysian said...
Baca apakah kata Raja Petra mengenai katak ini disini.
besar rantai leher dia pakai.pemimpin2 mcm ni la yg pakatan mau.yg mcm hassan ali pakatan x mau sebab sibuk nak hapus arak kat slngor....
aku rasa takan badrul nak letak jawatan dan bertanding semula. Kan semua wakil raayat tu nak kan pangkat, harta, dan kuasa masakan ia nak lepaskan.
Adalah bohong jika ada wakil raayat mengatakan nak perjuangkan agama bangsa dan negara .
Tak percaya tunggulah danlihatlah permainan mereka ini, kita semua telah tertipu lebeh baik tengok dari jauh gelagat mereka ini jangan beria ia sangat yang untung siapa kalau bukan dia ORANG POLITIK.
ALLAHHUAKBAR,.
Semua MALAYSIANS...
Sila ambil Peranan masing-masing SEKARANG JUGA!
langkah pertama, DAFTAR SPR di pejabat pos!
Usah Berlengah lagi, MASA KECEDERAAN NIE!
Kepada para DAI'E FISABILILLAH
Sila Berlapang Dada...
Kita memilih Sistem Pilihanraya
berbeza Metodologi the Sufi GURU OSAMA bin LADEN dan Syuhada' Noordin bin Mat Top.
Ditambah Ummah seumpama buih-buih di lautan... Kita nak bercakap lebih-lebih pun tak akan sampai ke golongan sasar... APA YANG PENTING, KITA MESTI PEGANG PUTRAJAYA!!!
Sedikit Henjutan lagi Tuan Puan...
Up-to-date, civil servant@Perkhidmatan Awam Persekutuan di dalam Genggaman Erat Para DAI'E FISABILILLAH; Dengan penuh HIKMAH, FATANAH dan KEBIJAKSANAAN.
ALLAH SWT MAHA BERKUASA.
haha
asymok amboo,
nik ajih tu bukan wali Allah, tetapi wali parti peh je...
sikit pun tak jadi...
kepada wolf dan jam..
aku setuju ko kata bn kembali berkuasa tapi dengan pertolongan kuasa duit dan sprmla..kalau tak ada sampai mati tak leh...bn bolehla hulur duit dgn org2 mcm ezam mat nor,badrul ni,seman jail lu,lain org payah
tapi rakyat dah tahu dah mana2 aku pg seluruh selangor semua org meluat dgn rosmah yg dok monitor kerajaan bn..dahla menggerunkan!!
yg paling kelakar semua ideal anwar dan pakatan rakyat ilham semua di ciplak oleh kerajaan rosmah dan najib..
kepada wolf ko bukan org kelantan ko tak tahu..masa nik aziz pegang ke masa bn(mat yaakob )sebagai mb...paling hancur...kalau ko tahu masa mat yaakob pegang..kawasan balak semua di sapu oleh kroni bn,rakyat putih mata...pendek kata semua org kelantan tahu cara bn sapu duit kerajaan kelantan....kalau ko tak tahu tak payah cakap en wolf oiii..sekarang ni pun dalam pada bn kalah di kelantan sebuk jkkkp mereka pergi rumah orang miskin setiap penduduk tangkap gambar,pastu clim...dan duit dapat mereka yg balun.....kesian aku tengok!!
pasal kembali berkuasa di selangor tu... rakyat dah tahu...macamana penyelewengan pkfz...yg kelakarnya duit peruntukkan adun dari dap rm20 ribu itu sampai lubang cacing di korek..yg pkfz tu berbilion2 senyap je....malu kot...kena atas batang hidung sendiri...sekarang masa tan sri khalid pegang selangor satu sen pun aku gerenti tak ada penyelewangan,aku tahula...di kawasan aku setiap masa tan sri khalid nak up dates setiap peruntukkan adun dan apa yg exco jalankan..camana nak berlaku perkara yg tak diingini...tak mcm bn...duit kerajaan duit bn...mungkin motto mereka kot...tu la aku rasa bn wajar kembali berkuasa di selangor
KEPADA JIWAKITA
ELI TU MASALAH PERIBADI YG DIKOREK BN..MASALAHNYA YG CHUA SOI LEK TU...TERANG2 YG JIWAKITA DIAM JE....HEHE...
HUTANG JUTAAN TU MELIBATKAN SYARIKATLA...YG SEORANG PEMIMPIN BN KAT SABAH KALAH JUDI JUTA2 TU TAK KAN SENYAP JE...MAIN JUDI LAK KAT LUAR NEGARA...TAK PAYAHLA MAIN KAT LUAR NEGARA..KAT GENTING TU ADA..
SAPA YG SUKU SAKAT JADI LIABILITI..PADA AKU ROSMAH DAN NAJIBLA LIABILITI PADA BN.....
SAMPAI SEKARANG MEREKA TAK NAFIKAN KES MEREKA,SAMPAI KITA BERMASAM MUKA DENGAN KERAJAAN MONGGOLIA..
PADA EN JAM
AKU SETUJU NIK AZIZ BUKAN WALI ALLAH..TENGOK LA PAKAIAN DAN SIKAP PUN TAK MELAMBANGKAN WALI ALLAH BERBANDING DENGAN ROSMAH DAN NAJIB...ROSMAH TU AKU RASA PALING LAYAK DIGELAR WALI ALLAH..BERTUDUNG LABUH LAGI....
UMNO= YOUR MONEY NO OPTION= UMNO.UNTUK NAK DUIT TIADA PILIHAN JADI WAKIL RAKYAT UMNO JE
ASY_MOK AKU NAK GAK TAHU CERITA PASAL KEM SATU MALAYSIA KAT KUALA DIPANG TU...SENYAP JE BERITA KAT TV DAN AKHBAR...TU LA PPD DI POLITIKKAN OLEH UMNO..TEMPAT AKU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JADI PUSAT MESYUARAT UMNO CAWANGAN LG...
ASY_MOK AKU NAK GAK TAHU CERITA PASAL KEM SATU MALAYSIA KAT KUALA DIPANG TU...SENYAP JE BERITA KAT TV DAN AKHBAR...TU LA PPD DI POLITIKKAN OLEH UMNO..TEMPAT AKU PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JADI PUSAT MESYUARAT UMNO CAWANGAN LG...
hurry...
apa yang berlaku di Kuala Dipang itu JELAS TIDAK MASUK AKAL.
Untuk pengetahuan 1MALAYSIA...
bagi program perkhemahan adalah perkara biasa bagi budak sekolah...
ambo dulu pun amat suka naik jambatan gantung...
Para CIKGU pun TERKEJUT BERUK.....
Kontraktor apatah lagi..
JKR tidak dapat tidak akan diKAMBING HITAMKAN.....
sekadar ingin berkongsi...
senior ambo di Gunung Jerai sana mengkhabarkan.......
Para MALAIKAT ALLAH SWT begitu GERAM dengan KECELUPARAN si Perkauman Muhyidin Yasin. Ada ke Muhyidin kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat versus TokGuru Abdul Hadi Awang lantas puak Zaini hassan utusan malaysia apatah lagi MENGKOBARKAN berita DONGENG tersebut. cubalah pergi ke Rusila dan Pulau Melaka tuan puan..
Dua SOSOK tersebut bukan INSAN BIASA...
JANGAN MAIN-MAIN...
Kalau tak nak sokong PAS pun, jangan sesekali MENGHINA PARA WALI ALLAH SWT...
Tolonglah.....
ALLAH SWT Bayar CASH nanti!
hari ini, ambo yg duk kat jabatan kerajaa amt suka pendekatan NAJIB. dan hari tu bila NAJIB memanggil nama TOK GURU di TV3, ambo AMAT BERDOA ke Hadrat ALLAH SWT agar NAJIB masuk PAS suatu hari nanti. Kalau tak PAS pun, ambo doakan NAJIB tolong WALI ALLAH SWT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT menghancurkan terus REJIM ZIONIS PERIKATAN DONGENG umno-bn LAKNATULLAH!
Najib Boleh!
Ambo suka slogan
1Malaysia: Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.
Ambo SYUKUR bila karakter Muhyidin pula amat bertentangan dengan wawasan Najib. lagi CEPAT hancur DACING!
WALLAHU WALIYYUT TAUFIQ WAL HIDAYAH
INSYA ALLAH.
Sebab sebenar kenapa ADUN Pelabuhan Kelang sesuai untuk UMNO.
Posted by ASD at 3:46:00 PM
Bagi menutup malu setelah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan kepada PKR supaya meminta Badrul meletak jawatan kerana didakwa gagal menunjukkan prestasi yang baik.
Badrul mengatakan kononnya kes liwat yang membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara sebab beliau keluar PKR.
Bila ditanya mengapa beliau menunggu hingga sekarang untuk menimbulkan isu liwat itu, Badrul tidak memberi jawapan secara langsung.
Badrul juga memberikan alasan kononnya kerajaan negeri enggan menyelaraskan dengan beliau pemberian peruntukan tetapi sebaliknya, bertindak membuka pusat perkhidmatan yang berasingan di Pandamaran Indah untuk berurusan dengan pengundi di situ.
Tetapi sebenarnya itu hanyalah alasan-alasan yang telah ditulis untuk memburuk - burukkan Kerajaan PR Selangor. Ditulis untuk dibaca oleh Badrul.
Inilah antara sebab-sebabnya kenapa Badrul tidak layak berada didalam Kerajaan PR Selangor ...
1 ~ Badrul telah tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat di Dun Pelabuhan Klang sejak menang Pilihan Raya Umum, Mac 2008 lagi.
2 ~ Beliau jarang turun padang dan tidak mesra rakyat selain menghabiskan peruntukan yang diberi kerajaan negeri Selangor dari 2008 hingga pertengahan 2009 secara meragukan.
3 ~ Tiada program yang dibuat Badrul untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat di kawasannya.
4 ~ Beliau juga didakwa tidak memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri bahkan sering tidak hadir program rasmi kerajaan negeri yan diadakan di kawasannya sendiri.
5 ~ Sifat Badrul sendiri yang eksklusif juga didakwa menyebabkan bukan sahaja beliau terlalu sukar duhubungi dan ditemui rakyat, bahkan oleh pucuk pimpinan PKR sendiri.
Takkan PKR/PR nak simpan lagi kot pemimpin macam ni..
Menteri pelancungan, Madam Lau yen yen minta consaultance penjajah cantikkan tasik perdana. Berapa billion lagi utk ditaburkan keorang putih dari zaman penjajah sampai keMCA/BN...bodoh sangat keorg UMNO tak pandai nak hiaskan tanah air sendiri.
Gerakkan MCA syorkan Parti BN yang menpunyai pelbagai parti dibubarkan menjadi satu parti Parti One Malaysia (POM)
Petanda kita akan dapat PM yang tak berkhatam/bersunat...kahhh menjelang PRU13
alhamdulillah WOLF dah pandai bertakbir.
Rakyat didahulukan hanya penipu...Najib Altantuya utk org berkereta tua.
1) Pasang tali pinggang belakang
2) Bayar road tax first party
3) Kena tambah lagi dgn charge loding
4) Test puspakom
Itu ke? rakyat didahulukan, dasar penipu rakyat.
Kerajaan membebankan rakyat...
tabuan said...
Mari lah kawan-kawan kita pakat tolong lenyapkan BN (Barua Najib)...UMNpigs sedang menuju kehancuran,...
Wahai kawan-kawan, biar UMNO/BN manpus dalam PRU13 nanti...haram kita undi BN, semua yg Allah haramkan dihalalkan oleh BN, kita tertipu 52 tahun dah berlalu
Rasuah, zina, mabuk, makan hasil babi ada belako...tak caya tanya Tabuan/MAZA tukang sembelih babi bersama Mai Isa dibukit pelanduk...najib bagi RM75 juta duit rakyat 1Msia
Adakah anda redha RM75, duit kita dilabur kekandang BABI...fikirkan.
Yang haram takkan jadi halal, tetapi itulah UMNO suka menghalalkan yang dah tentu haram...penasihat terdiri dari Ong teng kiat, Chua sue lek & samy velluu....semua boleh...halal
Gomo telah terima satu transkrip rakaman perbualan antara Menteri Besar Selangor Khalid dan Anwar Ibrahim pada hari di mana Adun Pelabuhan Klang keluar PKR. Ini adalah transkrip rakaman perbualan itu: http://www.papagomo.com/2009/11/gempar-transkrip-rakaman-antara-anwar.html
Ya, aku sokong buat PRK, kita nk tguk parti Parti Kerjakan Rakyat (PKR)ni bole menang ke. Kita pun bukan minat dgn wakil Rakyat yg dh terdesak baru nk lari ke parti lain dan cipta alasan haprak yg org bodo sahaja bole percaya.
Org kalo ikhlas, tak payah bila org dh kata pergi, baru nk berlakon konon2 baru sedar yg pemimpin dia yg ntah haper haper tu rupanya tak bole pakai punya.
Berentilah berlakon!! PAS sedia terima tu!
SEORANG pembaca menulis e-mel kepada saya bertanya sama ada mazhab Wahabi betul atau salah, dan sama ada ia boleh diamalkan atau sebaliknya. Saya menjawab, mazhab itu sebahagian daripada mazhab-mazhab dalam Islam, malah ia lanjutan kepada mazhab Hambali.
Bagaimanapun di Malaysia ia tidak diperlukan kerana kita sudah ada mazhab Syafie yang terbukti sesuai dengan cara hidup kita sejak zaman berzaman lagi.
Persoalan tentang mazhab ini merupakan persoalan semasa. Ia tiba-tiba lahir setelah sekian lama masyarakat kita tidak berhadapan dengannya.
Dalam persoalan seperti ini tentu sekali ada pro dan kontranya. Kerana ia tidak bersifat hitam putih, tetapi sebaliknya kelabu. Maksudnya, persoalan yang boleh menerima hujah dan alasan sama ada untuk mengatakan ya atau tidak.
Sebenarnya perbezaan pendapat tentang mazhab sudah lama berlaku dalam masyarakat kita. Bagaimanapun ia lebih bersifat sementara dan akan hilang begitu sahaja selepas beberapa ketika.
Dalam tahun 50-an pernah berbangkit perbezaan pendapat antara kaum Tua dan Kaum Muda. Sengit sekali perbezaan tersebut sampai membawa tuduh menuduh dan kadang kala berkelahi. Namun akhirnya ia hilang begitu sahaja setelah semua pihak merasa puas berbalah.
ada tahun 80-an, timbul pula persoalan tentang mazhab Syiah. Ia dicetuskan oleh kejayaan revolusi Iran di bawah pimpinan Ayatollah Khomeini.
Persoalan ini menjadi lebih hangat apabila melibatkan soal kafir mengkafir dan sebagainya. Malah ada yang masuk tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kerana terlalu celupar sehingga mengancam keselamatan negara.
Bagaimanapun perbalahan ini semakin reda dengan berlalunya masa dan timbul isu-isu lain yang lebih menarik untuk diperbalahkan.
Budaya berbalah
Apa pun ceritanya, perbalahan tentang mazhab sebenarnya sebahagian daripada fenomena dalam budaya berbalah dalam masyarakat kita.
Tidak salah kalau dikatakan, masyarakat kita suka berbalah. Kalau tidak kerana mazhab, kerana politik. Kalau tidak kerana politik, kerana permainan.
Dulu sewaktu saya kecil, di Kelantan ramai orang berbalah kerana permainan kertok, permainan rebana, wau dan sebagainya. Perbalahan itu kemudiannya terhenti dengan begitu sahaja bila timbul isu-isu lain, termasuk politik antara Pas dan UMNO.
Apabila berlaku kerajaan campuran dan kemudiannya penubuhan Barisan Nasional (BN) yang diusahakan bersama oleh Perikatan dan PAS, perbalahan UMNO-PAS pun hapus dengan serta merta.
Hangat
Apabila PAS ditendang keluar daripada BN, perbalahan antara dua parti Melayu Islam itu pun marak kembali. Malah begitu hangat sekali seolah-olah mereka tidak pernah berkawan.
Maksudnya, persoalan yang ada di hadapan kita ialah bukan soal Wahabi atau Salafi atau Syiah atau Ahli Sunnah Wal-Jama'ah. Apa yang sebenarnya ialah soal budaya suka berbalah sesama sendiri.
Maksudnya, sesama Melayu dan Islam. Dalam sejarah kejatuhan kerajaan Melaka ada dicatatkan, salah satu sebab kota gagah itu jatuh ke tangan Portugis ialah kerana adanya perbalahan dalaman di kalangan orang Melaka sendiri. Mereka asyik berbalah sehingga pertahanan negara terabai.
*Di atas tadi hanyalah petikan sebahagian daripada tulisan Dr. Mahmood yang disiarkan oleh majalah Al Islam keluaran November 2009.
Tulisan Dr. Mahmood itu kemudiannya berkisar tentang persoalan-persoalan yang menarik, antaranya mengapa dahulu terdapat perbezaan pendapat antara para sahabat, Sisters in Islam diibaratkan sebagai pokok yang tumbuh tanpa ditanam dan tiga sebab mengapa Wahabi tidak sesuai diamalkan di negara ini.
Tulisan beliau itu sangat menarik, dan anda perlu membacanya sehingga habis. Selain tulisan di atas, artikel-artikel lain yang menarik dan perlu dibaca adalah:
*Sejadah mula bersolat. Kenapa?
*Tiga perkara kenapa Allah turunkan bencana - oleh Dr. Yusuf Qaradawi
*Ikan yang tertera tulisan 'Muhammad Rasulullah' di badannya
*Mas kahwin untuk si janda
*Kenapa biarkan iklan nampak ketiak?
*Diterimakah amalan kalau masuk Islam kerana berkahwin?
Pakatan Rakyat sekarang macam KAYU yang dimakan anai-anai di dalamnya. Luaran nampak ok tapi dalam dah REPUT !!!
PKR memang sentiasa merencatkan momentum perjuangan dan kemaraan PR dalam manghapuskan pengaruh UMNO/BN di Malaysia... Diharapkan PAS akan sentiasa persistent dan tawadhuk dgn perjuangan yg telah berlangsung puluhan tahun di negara tercinta ini... Semoga Allah sentiasa bersama anda! Dan semoga rakyat akan terus yakin dan beri sokongan tak berbelah bahagi kepada PAS.
- PKR... biasa la... dari UMNO dia datang, kepada UMNO dia kembali... tak dak duit sikit mula la dia nak menggelupoq! La ni nampak mcm dah pakai timbang kilo dah... senang sangat!
Post a Comment