Wednesday, July 27, 2011

Tindakan keras hadapi Bersih, Najib disabotaj?

Hari ini, sekumpulan diketuai pemuda PKR ditahan di stesen KL Sentral, dalam perkembangan terbaharu berkaitan tuntutan Bersih dan tekanan pihak berkuasa terhadap gerakan ini.

Peristiwa yang meningkatkan lagi kemarahan terhadap pentadbiran Najib berlaku sekitar masa yang sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggerakkan persediaan secara agresif untuk BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Tindakan pihak berkuasa terhadap kempen Bersih sejak sebelum 9 Julai lalu sepenuhnya mengikut garisan keras berbentuk amaran, sekatan dan tangkapan yang dilihat sebagai taktik mencetuskan ketakutan supaya ramai akan mengelak daripada menghadiri perhimpunan itu.

Tindakan-tindakan pihak berkuasa sehingga kini mudah dijangka, iaitu berbentuk sekatan dan tekanan tanpa sebarang ruang kompromi yang dilihat ramai termasuk pemimpin-pemimpin dalam Umno dan BN sendiri sebagai mampu memberi kesan negatif terhadap BN pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pihak berkuasa dilihat telah bertindak berdasarkan sikap dan bahasa lama politik kuasa, tanpa melayan langsung hak-hak demokratik pihak penggerak Bersih, sehingga pentadbiran Najib terlalu mudah menerima liputan negatif di media.

Penerusan sikap kerajaan itu, sehingga semakin hampir Pilihan Raya Umum ke-13, berpotensi menjejaskan lagi imej pentadbiran Najib.

Setakat ini, hanya seorang pemimpin Umno yang menunjukkan sikap agak positif terhadap Bersih, iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau walau bagaimanapun dikecam sesetengah pihak dalam parti ekoran sikapnya itu

Pemilihan hanya satu bentuk tindakan oleh pihak berkuasa mendorong sesetengah pihak melihatnya sebagai tindakan sabotaj dalaman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Kerajaan BN telah menghadapi impak negatif ekoran laporan media tempatan dan antarabangsa semasa protes Bersih pada penghujung 2007. Tindakan kerajaan kali ini telah mengakibatkan kesan negatif yang sama, malah dijangka lebih buruk disebabkan tekanan yang dikenakan hingga selepas perhimpunan 9 Julai.

3 comments:

Anonymous said...

Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak sedar dipergunakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat supaya mereka boleh menang pilihanraya dan mendapat apa yang mereka kehendaki walaupun merosakkan keamanan negara, perpaduan masyarakat, keharmonian negara, kemakmuran negara serta kesejahteraan negara.

Perlu diingatkan bahawa dalam sesebuah negara, perlukan pembangunan supaya rakyat mendapat kemudahan itu dan ini untuk hidup yang selesa. Pembangunan memerlukan dana kewangan, dana kewangan kerajaan bergantung kepada hasil cukai dan hasil pelaburan kerajaan. Hasil cukai adalah dari sektor perniagaan. Sektor perniagaan dapat bayar cukai sekiranya mereka mendapat keuntungan dalam perniagaan mereka. Keuntungan oleh pemilik perniagaan adalah di ketika ekonomi negara ini stabil dan baik. Ekonomi negara stabil dan baik adalah di ketika negara dalam keadaan aman.

Berdasarkan fakta di atas, keamanan adalah perlu untuk pembangunan negara kerana ekonomi negara akan stabil dan berada dalam keadaan baik hingga perniagaan menjadi untung serta peniaga dapat beri cukai pada kerajaan, dapat beri peluang kerja pada rakyat supaya rakyat dapat pendapatn. Berdasarkan sikap Pakatan Rakyat yang suka memporak perandakan negara, apakah ini akan memberikan kebaikan kepada negara. Pakatan Rakyat sibuk ekonomi negara tidak berapa baik, tetapi yang menjadi perosak hingga ekonomi negara tidak berapa baik adalah Pakatan Rakyat sendiri di mana ketika pihak kerajaan Malaysia sibuk nak bangunkan ekonomi negara demi rakyat, semasa itu jugalah Pakatan Rakyat sibuk buat kekacauan hingga ekonomi negara punah kerana tamakkan kuasa politik. Orang yang berfikir dengan menggunakan hati nurani yang suci dapat menilai perkara ini, tetapi sekiranya berfikir menggunakan nafsu serakah, orang sedemikan hanya melihat kelemahan orang sedangkan salah sendiri bertimbun-timbun, tetapi masih tidak sedar diri.

Anonymous said...

Pakatan Rakyat sendiri kononnya memperjuangkan keadilan dan kebebasan, tetapi Pakatan Rakyat sendiri juga yang menentang keadilan dan kebebasan. Buktinya komen-komen rakyat yang berasa tidak senang dengan sikap buruk Pakatan Rakyat menjadi perosak negara dalam blog-blog pimpinan Pakatan Rakyat telah dipadam dan disekat, inikah kebebasan dan keadilan? Malahan komen saya sendiri yang menentang sikap tidak senonoh Pakatan Rakyat yang banyak mencetuskan permasalahan dalam negara ini dalam Blog Harapan Baru Malaysia, milik Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR telah disekat apabila beliau dan kuncu-kuncunya gagal menjawab persoalan yang saya lontarkan berkenaan kegagalan dan sikap buruk Pakatan Rakyat. Malahan slogan Anwar Ibrahim yang kononnya "Kalau Takut Dikritik, Usah Bicara Soal Perjuangan", tetapi komen saya dipadam dan disekat kerana mengkritik beliau, cakap macam orang tidak berpendiri, cakap saja lebih, tindakan macam pengecut.

Begitu juga dengan blog milik Drs. Dzul, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr.Dzul's Blog yang telah menyekat komen saya selepas beliau dan kuncu-kuncunya gagal menjelaskan berkenaan kegagalan, salah laku, penindasan, penyelewengan, penipuan yang berlaku di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat termasuk di kawasan parlimen beliau sendiri. Begitu juga isu-isu berkenaan sikap tidak senonoh Pakatan Rakyat yang sering melakukan kekacauan tidak dapat dijawab oleh Drs. Dzul dan kuncu-kuncunya hingga menyebabkan mereka mengambil jalan pengecut dan bacul iaitu memadam dan menyekat komen saya.

Sekiranya tidak puas hati boleh balas balik komen itu, boleh kemukakan bukti kalau saya tulis tidak betul, nak saman pun tak apa, samanlah, tak ada masalah, tetapi mengapa padam dan sekat komen saya. Ini menjadi persoalan yagn hanya mereka saja yang boleh jawab dan hanya Allah Taala sahaja yang tahu.

Anonymous said...

Saya adalah Mohamad, penulis komen di blog Harapan Baru Malaysia milik Anwar Ibrahim yang kononnya "Kalau Takut Dikritik, Usah Bicara Soal Perjuangan", tapi Anwar padam dan sekat komen saya sebab saya kritik dia dan Pakatan Rakyat dan kritikan saya itu tidak mampu dijawab dengan jujur sebab akan menyebabkan beliau dan Pakatan Rakyat pecah tembelang.

Begitu juga dengan Drs. Dzul, pemilik Dr.Dzul's Blog yang telah menyekat komen saya selepas kegagalan beliau dan kuncu-kuncunya gagal menjawab banyak pertanyaan saya berkenaan kegagalan, penyelewengan, penindasan, salah laku, salahguna kuasa, penipuan yang dilakukan di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat termasuk di kawasan parlimen Drs. Dzul sendiri, iaitu Parlimen Kuala Selangor. Selain itu isu-isu kerosakan dan sikap pemusnah keamanan oleh Pakatan Rakyat yang telah dikupas oleh saya telah menjadi suatu ketakutan kepada Drs. Dzul hingga dia padam dan sekat komen saya malahan saya rasa ramai lagi yang disekat dan dipadam komen mereka kerana ketakutan beliau menghadapi kebenaran.

Sekiranya tidak puas hati dengan komen saya, tidak usah dipadam, balas balik, kalau kata saya tuduh melulu, saman saya pun tak apa, itupun kalau benarlah saya buat tuduhan melulu, dan kesannya sekiranya saya dipihak benar, maka tanggunlah nanti. Berani kerana benar, takut kerana salah, kalau asyik padam komen dan sekat komen orang, maka golongan pengecutlah itu semua dan golongan buat salah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...