Monday, July 11, 2011

Bersih berjaya, BN habis modal?

Oleh JOHARI M

Penilaian mudah terhadap perhimpunan Bersih kedua 9 Julai lalu ialah protes besar-besaran itu berjaya mencapai matlamatnya, tanpa peserta perhimpunan mencetuskan kekacauan atau keganasan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Pandangan ramai yang menyifatkan cara pemerintah menangani perhimpunan menjejaskan imej dan undi menambahkan lagi poin negatif untuk pentadbiran Najib.

Sasterawan Negara, A Samad Said dengan yakin menyatakan bakal berlaku perubahan besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, selepas kejayaan perhimpunan Bersih 2.0.

Samad Said semakin menonjol dalam aktivisme beberapa isu sejak beberapa tahun lalu, menjadi wajah popular kepada gerakan kepembangkangan masa kini.

Sasterawan ini menjadi salah seorang tokoh yang berdiri di barisan hadapan protes terhadap usaha mengangkat bahasa Inggeris melebihi bahasa kebangsaan di sekolah, protes yang menyaksikan beliau terkena tembakan gas pemedih mata.

Ketegasan Samad Said dalam isu-isu ini kelihatan mencemaskan pemerintah Barisan Nasional, disebabkan kedudukan berprestij beliau dalam dunia seni budaya negara.

Pada masa yang sama, Marina Mahathir, pejuang liberal anak kepada bekas perdana menteri turut sama menyertai perhimpunan 9 Julai, dan menjadikan penyertaannya satu bahan berita.

Secara tidak langsung, sedikit tempias Tun Dr Mahathir Mohamad terkena pada pentadbiran Najib ekoran penyertaan Marina.

Kritikan Mahathir telah menjejaskan teruk Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu, dan kini Najib kelihatan berdepan ancaman yang sama.

Marina boleh dilihat sebagai mewakili golongan menengah elit negara ini yang kritikal terhadap pemerintah hari ini, golongan yang tidak dapat diperhatikan dengan jelas perwakilannya dalam protes-protes di negara ini sebelum ini.

Selama ini, dalam demonstrasi jalanan, sukar untuk didapati golongan seniman dan kelas elit muncul dengan berprofil tinggi seperti yang ditunjukkan Samad Said dan Marina.

Adakah ini bermakna penolakan terhadap BN kini meliputi semua kelas dan golongan di negara kita?

Sekiranya benar, apakah lagi modal yang ada untuk digunakan BN menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti?

3 comments:

Anonymous said...

Sokong Datuk Najib

Cepat sgt buat kesimpulan tu Jo. Banyak lagi modal dalam lengan baju Najib. Bila dah jadi kerajaan, siapa2 pun akan jadi cekap melepaskan diri dari tersepit. Mungkin berjaya, mungkin tidak, tapi cuba banding mainan media baru Umno setahun sebelum dengan sekarang. Buku jingga pun banyak Najib dah jawab, sampai Pakatan segan2 nak dah nak sebut. Ingat orang muda tak terliur dengan tawaran rumah Najib? Orang pendapatan rendah tak lebih senang dengan kedai 1Malaysia? Silap kalau Pakatan nilai ikut Bersih 2.0 semata.

Anonymous said...

anon ; slh tu!bkn dlm lngn baju dia tp dlm kain istri dia.bkn PM yg mntadbr tp FLOM.Tun Mahathir pun tau !

Anonymous said...

TERHARU dgn perjuangan Datuk A. Samad Said...wlpun dh berusia senja..tp kekuatan perjuangan beliau menampakkan bahwa beliau bukan shj seorg pejuang yg hanya menulis..tp menunjukkannnya secara jelas dgn menjadi pemimpin dlm menuntut hak yg benar demi kebaikan negara, bangsa & agama.
Sepatutnya beliau wajar dijadikan contoh kpd golongan muda utk berjuang menuntut hak & keadilan demi survival bangsa, agama & negara di masa depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...