Saturday, July 2, 2011

Album: Lawatan Pemuda PAS dan PAS Selangor memerhati pilihan raya di Thailand

Dewan Pemuda PAS dan PAS Selangor menyempurnakan program lawatan kajian dan diskusi di Thailand semalam, 1 Julai 2011.

Program diketuai Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad al-Hiss dan disertai Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairudin Othman, pengarah pilihan raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan timbalan 1 Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar.

Lawatan selama dua hari dipenuhi dengan kunjungan dan lawatan ke program-program dua parti terbesar, Parti Demokrat dan Puea Thai yang diketuai Yingluck Shinawatra, adik kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.

(Gambar atas, Raja Ahmad menyampaikan cenderamata daripada Pemuda PAS kepada Yingluck Shinawatra, dalam pertemuan yang disusun pada rali terbesar Puea Thai di Stadium Rajamangala, Bangkok.)

Lawatan selama dua hari ini dihoskan oleh Swarup Roy dan penerbitan beliau Asean Affairs, penerbitan global isu-isu Asean berpangkalan di Bangkok, Thailand.

Dalam lawatan ringkas ini, wakil Pemuda PAS dan PAS Selangor berpeluang memerhati perjalanan pilihan raya di negara yang kini mempunyai lebih 40 parti politik.

Program dimulakan dengan diskusi di ibu pejabat Asean Affairs, diikuti lawatan ke ibu pejabat Parti Demokrat dan diakhiri dengan pertemuan dengan pemimpin Puea Thai di Stadium Rajamangala, program terakhir terbesar sebelum pilihan raya Ahad ini.



























2 comments:

tungkaran hati said...

cubalah tunjukkan sejujur atau sebersihnya apakah peranan PAS di Selangor....kami melihat PAS hanyalah pengampu atau pecacai untuk DAP dan PKR!
Apakah pentadbiran PR hanya dimonopoli oleh DAP dan PKR sahaja hinggakan suara-suara dari PAS dibuang bagitu sahaja atas nama musyawarah?

Anonymous said...

Zombi Kg Pisang

Aku kira komen "kami" dalam konteks artikel tersasar bak nak beli kasut di kedai repair motor.

Lawatan & pemerhatian mana-mana pihak ketika pilihan raya sudah diterima dunia sebagai satu kaedah pembelajaran & pungutan data guna diselidiki lalu dimanfaati jika bersesuaian.

Soal peranan PAS di Selangor, walau pun wujud legitimasinya - tapi bukan dalam konteks suasana politik di Thailand. Di negara gajah putih itu tiada parti politik mengaku Islam yang bertanding, apa lagi wujud suatu siasah berteras tahaluf-siasi yang dapat dibuat perbandingan.

Mungkin yang boleh dilihat ialah aspek-aspek lain seperti kempen, peranan pihak berwewenang seperti polis, media dll.

Kita masih perlu tunggu & lihat sama ada kemenangan lebih 80% pendokong Thaksin itu benar-benar terjelma - di Turki dulu pun parti Refah pimpinan Erbakan pernah menang lebih 80% tapi tentera camput tangan.

Atau Thailand kembali dengan perarakan bersilih ganti di antara Baju Kuning & Baju Merah ...

Di sini paling mutakhir, kita lihat Agung "cuba" memberi nasihat supaya perhimpunan rakyat tidak dibuat - dipakai atau tidak nasihat itu kita pun masih kena tunggu & lihat.

Aku cuma berharap kumpulan yang pergi ke Thailand ini tidak balik kosong macam biasa sebaliknya dapat memberi laporan serta kupasan bernas untuk manfaat bersama.

Menuduh PAS sebagai pengampu & pencacai adalah kerja paling mudah terutama apabila dibuat secara sembrono.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...