Tuesday, May 1, 2012

Bersih antara NGO dan alat politik pembangkang

Isu identiti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, yang lebih diperkenalkan sebagai Bersih jarang dipersoalkan oleh pihak yang menyokongnya.

Sejak digerakkan pada 2007, perhimpunan Bersih dimobilisasikan atas usaha parti-parti pembangkang utama terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Walau bagaimanapun, kekecohan akibat daripada apa yang dilihat sebagai dicetuskan oleh pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali telah memulakan debat yang hangat dalam kalangan pembangkang dan masyarakat sivil berhubung kaitan rapat Bersih sebagai pertubuhan bukan kerajaan dengan Pakatan Rakyat.

Kepimpinan Bersih menegaskan autoriti mereka terhadap gabungan pertubuhan itu tetapi pada masa sama mengaku tidak dapat mengawal tindakan pemimpin-pemimpin politik.

Pemimpin-pemimpin pembangkang memang telah menunjukkan dominasi ke atas Bersih, yang salah satu kes yang dapat diperhatikan sebelum kes terbaharu ini ialah berkaitan pembatalan demonstrasi Bersih kedua oleh Anwar

Terbaharu, tindakan Anwar yang dilihat sebagai mahu mencetuskan konfrontasi yang berpotensi menjadi ganas telah sekali lagi membawa dakwaan penguasaan parti politik ke atas Bersih.

Tindakan itu yang dirakam melalui video rata-rata dilihat sebagai arahan Anwar untuk memasuki Dataran Merdeka, tindakan yang tidak menjadi sebahagian rancangan Bersih 3.0.

Apa yang berlaku itu menimbulkan dakwaan bahawa Anwar mahu insiden yang boleh digunakan untuk menjejaskan pentadbiran Najib berlaku, selepas perhimpunan berlangsung dengan agak aman sejak malam sebelumnya.

Sikap defensif Anwar dan Azmin dalam sidang media menjawab dakwaan bertanggungjawab mencetuskan insiden pada 28 April itu, dan amalan biasanya mengaitkan semua soalan yang kritikal dengan Umno  juga mencetuskan lagi persoalan dan pandangan bahawa pemimpin PKR tersebut mahu mengelak daripada bertanggungjawab.

Perkembangan selepas perhimpunan Bersih 3.0 menyaksikan kali pertama pemimpin politik terutama Anwar dikecam dan disifatkan sebagai liabiliti kepada pakatan pembangkang.

Hakikatnya, program tuntutan pilihan raya adil paling utama memberi manfaat kepada parti-parti pembangkang, antaranya kerana persaingan dalam pilihan raya umum ialah antara parti pemerintah dan pembangkang.

Pihak yang paling berkepentingan untuk menggerakkan massa bagi mencapai persepsi menerima sokongan ramai dan memberi kesan negatif kepada pemerintah ialah parti-parti pembangkang.

Boleh dijangka bahawa perhimpunan Bersih tidak akan dapat mengumpulkan puluhan atau ratusan ribu orang tanpa sentimen kepartian yang menjadi faktor penting.

Parti-parti pembangkang walau bagaimanapun tidak dapat menggerakkan kempen pilihan raya bersih dengan sendiri kerana akan memperlihatkannya sebagai satu agenda politik kepartian semata-mata, dan inilah yang menyebabkan identiti NGO diperlukan.

Program ini, yang menjadikan penyertaan massa sebagai sumber legitimasi, dilaksanakan oleh parti-parti pembangkang dengan kerjasama NGO - yang sering tidak dapat dibezakan dengan pembangkang - di seluruh dunia, yang dapat diperhatikan dalam "revolusi warna" di negara-negara bekas Soviet.

Dalam trend politik global terkini, demonstrasi massa melibatkan tuntutan pilihan raya adil ialah yang paling dapat menarik sokongan dalam dan luar negara, menjadi pilihan untuk melaksanakan perubahan rejim.

Perkembangan terbaharu mengaitkan Anwar dengan provokasi semasa Bersih 3.0 mungkin menjejaskan imej Anwar sebagai pemimpin pembangkang dan gerakan Bersih yang menjadi senjata paling berkesan pembangkang dalam menghadapi parti pemerintah.

Walau bagaimanapun Anwar dan pemimpin parti-parti pembangkang tidak dapat dielakkan daripada menguasai atau terus menjadi faktor penting dalam pergerakan Bersih.


3 comments:

Anonymous said...

Sekali lagi tahniah diatas kegagalan kerajaan Najib utk mengotakan janjinya membawa pembaharuan di dlm sistem demokrasi negara selepas bersih 02.

Jelas Najib terperangkap dng perancangan pihak tertentu didlm kerajaan yg mahu menjatuhkan reputasinya setelah kempen duduk dan bantah di dataran merdeka di halang.

Malang sungguh Najib, rupanya beliau dikelilingi oleh org yg sebenarnya merancang mahu menjatuhkannya
.......begitulah dunia politik, musuh disangka rakan,
manakala rakan disangka musuh.

Anonymous said...

apa yang kau mengarut ni haris

tungkaran hati said...

Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah menggagalkan tujuan perlakuan-perlakuan jahat dari penganut PAS-DAP-PKR dan pro-Komunis untuk menjadikan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir, Mesir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...