Monday, June 20, 2011

Siapa punya kuasa batal demo Bersih?

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan mengejutkan baru-baru ini, mengatakan perhimpunan besar-besaran Bersih kedua boleh dibatalkan atas permintaan beliau sekiranya perdana menteri menjamin pilihan raya bersih.

Dua isu dalam kenyataan Anwar menimbulkan persoalan besar; iaitu kedudukannya sehingga boleh meminta Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan dan janji daripada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Isu pertama memberi maksud beliau berkuasa penuh ke atas Bersih sehingga boleh mengarahkan perhimpunan dibatalkan, sedangkan badan itu diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenevasan.

Ini juga menimbulkan persoalan sama ada Ambiga hanya boneka yang menerima arahan daripada orang berkuasa di belakang tabir, yang kelihatan pada masa ini seperti Anwar.

Anwar dalam Bersih 2007 muncul pada saat akhir, menyerahkan memorandum kepada Istana dan diwawancara media berita luar negara, sehingga didakwa sesetengah pihak sebagai merampas perhimpuan rakyat itu untuk membina imejnya sendiri.

Soalan lain yang timbul ialah apa jaminan yang boleh diberikan oleh Najib, dan kepada siapa? Apakah sandaran jaminan itu, dan bagaimanakah Najib diharapkan untuk menunaikan janji pilihan raya Bersih? Adakah dengan memberi arahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya?

Tuntutan-tuntutan Bersih sejak 2007 bukan ditujukan kepada perdana menteri tetapi kepada seluruh sistem yang juga melibatkan Parlimen. Ini menjadikan tuntutan janji pilihan raya bersih hanya daripada Najib sesuatu yang pelik dan tidak berdasarkan asas yang betul.

Kenyataan Anwar itu juga memberi gambaran peranan parti-parti politik dalam Bersih, walaupun selama ini cuba digambarkan sebagai badan bukan kerajaan dan disokong oleh parti-parti politik.

Parti-parti politik merupakan pihak yang paling mendapat manfaat daripada perhimpunan bersar-besaran Bersih yang lalu, pada 2007.

Bersih kali ini walau bagaimanapun meletakkan Mohamad Sabu dari PAS sebagai wajah utamanya untuk mengumpul massa.

PAS walau bagaimanapun mempunyai kerusi paling sedikit di Parlimen dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat.

Ambiga juga telah membuat kenyataan bahawa Anwar tidak berkuasa ke atas Bersih 2.0, dan perhimpunan yang dijadual pada 9 Julai nanti akan diteruskan, walaupun pemerintah memberi jaminan pilihan raya bersih.

Terbaharu, SPR juga mengajak Bersih 2.0 bertemu dan menggesa pertubuhan itu membatalkan perhimpunan yang dirancang.

9 comments:

Jalan Bersih said...

"...mengatakan perhimpunan besar-besaran Bersih kedua boleh dibatalkan atas permintaan beliau sekiranya perdana menteri menjamin pilihan raya bersih. ..."

Anwar atau siapa pun boleh "minta". Tapi yang bermakna di sini khususnya, Ambiga tak payah dipinta "jika" PM "menjamin".

PM sekarang ni jamin kosong dan menghina rakyat dengan janji-janji mahupun ucapan-ucapan yang hipokritnya itu. Dengan kedudukan dan keadaan UMNO sekarang, hanya janji kosong boleh mereka beri. Sifat, langkah dan motif UMNO tak sejajar dengan nilai ketelusan, bertanggungjawab atau berlaku etikal. Hanya satu arah saja yang UMNO boleh tuju - kehancuran dan kegagalan dan kekalahan "UMNO"/BN sebagai Kerajaan.

Di Sarawak baru-baru ini dalam PR DUN, nyata sekali Ali Mahmud, adik Taib Mahmud di Muara Tuang patut dibatalkan kemenangannya tapi Pengerusi SPR sendiri tidak mengendah peraturan sah! Perbelanjaan pilihanraya lalu disembunyi dan tidak disahkan dalam waktu yang diperundangkan. Lagi pun butir-butirnya tidak disiarkan bagi pengesahan. Ini kelakuan khianat dan keji. Dalam masyarakat yang 'madani' Aziz patut dipecat dan dipenjarakan!

Dalam pentadbiran UMNO dan BN ini tak apa!

Apa asasnya SPR boleh bersih???

Anonymous said...

Minta pemimpin PAS (Presiden atau Timb. Presiden) keluar kenyataan bahawasanya demo Bersih mesti diteruskan walaupun ada jaminan dari PM untuk Bersihkan pilihan raya.

Kenyataan itu harus ditambah dengan ayat "PAS hanya tidak akan menyertai demo Bersih sekiranya semua tuntutan dilaksanakan, bukan sekadar jaminan mulut...". (guna ayat 'tidak akan menyertai' bukan 'minta membatalkan' kerana itu sahaja bidang kuasa PAS)

Sekaligus kenyataan itu akan 'menyepak' sikit muka Anwar Ibrahim yang perasan dia jadi ketua pada 'semua orang' tu. Jangan rasa semua org adalah ahli PKR yang dia boleh tentukan apa sahaja keputusan mengikut kepala hotak dia.

Satu perkara lagi, ketika pidato pelancaran Bersih 2.0 di dewan himpunan cina Ahad lalu, semua wakil Ngo dan parti politik bangun berucap mengenai komitmen mereka terhadap himpunan Bersih, setiap seorang dari mereka di beri masa 3 minit. Tetapi PKR yang diwalkili Naib Presidennya, Nurul Izzah guna kesempatan dalam ucapan tersebut cakap pasal bapaknya tidak ada kena mengena dengan keputusan perwakilan PAS membuat perubahan dalam kempimpinan parti itu di muktamar PAS baru-baru ini.

Tetiba jer....apahal?

Anonymous said...

Zombi Kg Pisang

HELLO MALAYSIA .., Bersih ni ada sejarah & pengasasnya. Jika Bersih ni ada brand, maka nama brand itu ialah Mat Sabu. Noktah

Anonymous said...

menang sorak kampung tegadai....fikir2 lah

Anonymous said...

betul, sanggup gadai kampung asalkan menang sorak. itulah mat sabu, wira pas.... libya oh libya now in malaysia. kami tepuk tangan.. DAP

Anonymous said...

tengok dulu tuntutan bersih... dari pandai cakap n sibuk berhalaqah tapi tak ada apa tindakan... habuk jer... tak nak tg semua pimpinan akan terima fikrah khalifah baru nak gerak kot...

Anonymous said...

"Mungkin tak orang orang ni dibayar gaji??" - Anon 10:31 PM

Ini tuduhan ajen-ajen pembangkang untuk kata siapa yang berani berbeza pendapat dengan Pakatan Rakyat dibayar oleh Umno. Apa yang batu api? Hujah yang mana yang menghasut dan memfitnah? - Usop Ali

Anonymous said...

kami tabik Mat Sabu

Anonymous said...

Melihat gerombolan BERSIH dan 'bintang' idaman Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim yang berapi-rapi menghasut orang dalam gambar di atas, amat meluat saya melihatnya. Apakah dengan berdemontrasi liar, ceramah maki hamun, menghasut, mencaci kerajaan, menghina kerajaan, mengapi-apikan masyarakat boleh memberikan keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kemakmuran dan kedamaian kepada negara ini? Berapa ribu peluang kerja dapat diwujudkan sekiranya dibuat demontrasi liar seperti BERSIH itu? Lebih banyak yang kena berhenti kerja sebab pelabur dari luar negara hentikan operasi di negara ini adalah. Apa tidaknya, siapa yang mahu berniaga di negara yang bermasalah? Itulah Pakatan Rakyat hanya pandai buat masalah tapi pandir dalam membantu negara. Kalau sekadar melalak di jalanan macam orang tak siuman, anda lebih teruk dari orang sakit jiwa di rumah sakit jiwa, ini kerana orang sakit jiwa pun tak berperangai sedemikian rupa. Bila harga barang naik salahkan kerajaan, tapi lihatlah siapa petualang perosak negara kalau bukan Pakatan Rakyat. Keadaan ekonomi yang stabil dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak pada rakyat, peluang niaga juga banyak untuk rakyat, maka rakyat akan dapat manfaat, itu kalau ekonomi baik dan tidak ada petualang sasau wayar putus membuat demontrasi liar seperti gerombolan BERSIH dan Pakatan Rakyat itu.

Harga barang naik disalahkan pada kerajaan, itu sikap orang buta kayu, berfikir guna nafsu serakah, mana nak jumpa jawapan, yang dia jumpa hanyalah dengki khianat, iri hati, dan tamak haloba saja. Harga barang dijual oleh peniaga, bukannya kerajan jual barang, jadi bengonglah orang menuduh kerajaan naikkan harga barang kerana kerajaan tidak pernah pergi paksa mana-mana pekedai naikkan harga barang, nak salahkan, maka pekedailah. Tapi kena lihat juga sebab pekedai naik barang, kos pengeluaran tinggi, harga bahan mentah naik, kemarau, banjir, gempa bumi, ribut taufan dan lain-lainnya yang menyebabkan berlakukan kekurang bekalan hingga harga melambung tinggi disebabkan pihak petani dan pengeluar terpaksa mengenakan harga yang tinggi disebabkan untuk tampung kerugian akibat kejadian diluar jangkaan berkenaa. Fikirlah guna otak, kalau guna nafsu serakah, sampai bila tak jumpa jawapan, yang dijumpai adalah tamak haloba, dengki khianat dan iri hati. Serban sebesar bakul dan jubah putih melepak tidak berguna kalau perangai macam orang tak berakhlak, kalau ada ijazah berjela pun, tapi buat perangai bodoh berdemontrasi liar hingga menyusahkan orang, lebih baik buat tisu tandas sahaja ijazah berkenaan kerana jelas sekali walau ada ijazah berjela-jela, tapi tak reti berfikir. Budak tadika lebih baik dari orang sedemikian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...