Saturday, June 4, 2011

Mohamad Sabu menang timbalan presiden PAS, hangatkan debat kepimpinan ulama

Mohamad Sabu disahkan memenangi jawatan timbalan presiden PAS untuk penggal 2011-2013, menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad mendapat undi tertinggi , 420, Nasharudin memperolehi 224 manakala Tuan Ibrahim mendapat 399 undi.

Naib pula dimenangi dua penyandang Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa.

Perubahan kepimpinan ini meletakkan semua timbalan dan naib presiden bukan daripada kalangan agamawan atau ulama, mencetuskan persoalan tentang konsep kepimpinan ulama yang menjadi ikutan banyak pihak dalam parti itu.

Ini merupakan kali kedua Mohamad mencabar jawatan timbalan presiden selepas tewas pada 2009 dalam persaingan melibatkan penyandang dan Husam.

Kemenangan Mohamad ini meletakkan tokoh bukan agamawan di kedudukan nombor dua PAS, kedudukan yang dilihat bakal pengganti presiden.

Perkembangan ini dijangka akan menghangatkan lagi debat berhubung konsep kepimpinan ulama, yang dijadikan hujah untuk memastikan kedudukan timbalan sentiasa dipegang agamawan.

Beberapa tokoh PAS, Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib dan Subky Abdul Latif menyatakan sokongan terbuka terhadap calon agamawan untuk jawatan timbalan presiden menjelang pemilihan kali ini.

Mohamad walau bagaimanapun berpendapat kepimpinan ulama tidak semestinya bermakna jawatan tertinggi, tetapi Majlis Syura Ulama.

Mohamad mendapat sokongan dipercayai sebahagian besarnya berdasarkan kemampuannya menggerak massa dan peranan yang dikaitkan dengan peranan semasa pilihan raya umum akan datang.

Beliau pernah memangku jawatan ketua pemuda, menjawat jawatan naib presiden dan menjadi ahli Parlimen.

Demonstrasi Bersih pada 2007 yang dikaitkan sebagai penyumbang kemenangan besar pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-12 digerakkan sebahagian besarnya oleh Mohamad.

1 comment:

Anonymous said...

Zombi Kg Pisang

MSO jilat ludah & makan sayur sejuk. Tak pasal-pasal analisisnya jadi betul setelah berperanan besar menekan Tuan Ibrahim supaya bertanding jawatan Timbalan, malah menyalahkan tiada kompromi di antara dua calon golongan ulama sebagai faktor kekalahan.

MSO juga membodohkan perwakilan kerana berdalil mereka terpengaruh dengan cubaan Utusan Malaysia yang menyokong ulama .., ulama yang menyokong UMNO.

Lepas ini kita lihat apa lagi kata MSO kepada Timbalan Presiden PAS yang sebelum daripada ini beliau labelkan sebagai hanya ahli politik ceramah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...