Menurut laporan akhbar pemerintah, lebih 350 laporan polis sudah dibuat oleh pelbagai pihak yang menentang perhimpunan dijadual pada 9 Julai itu nanti.
Ahli Parlimen Zulkifli Noordin merupakan ahli politik paling lantang menentang perhimpunan itu, mengaitkannya dengan gerakan yang dikatakan anti-Islam.
Menurut Zulkifli, orang Melayu-Muslim bakal dipergunakan dalam perhimpunan itu oleh pihak yang mempunyai agenda yang berbeza.
Pertubuhan Melayu berhaluan kanan, Perkasa diketuai Datuk Ibrahim Ali juga kuat menentang perhimpunan Bersih 2.0 itu, sambil menyatakan kesediaan menggerakkan ratusan ribu orang untuk berhimpun menentang perhimpunan pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan itu.
Ahli politik Umno turut menyatakan tentangan terhadap demonstrasi yang dirancang pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan terbabit, dengan mengaitkannya dengan usaha pemimpin-pemimpin pembangkang membina semula populariti.
Pemerintah dilihat bimbang dengan kesan yang boleh dibawa oleh perhimpunan Bersih kedua nanti, yang berpotensi mengulangi persembahan cemerlang pembangkang dalam pilihan raya umum tahun 2008.
Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan pembangkang yang kemudian bersatu sebagai Pakatan Rakyat memenangi lima negeri, menjatuhkan pemerintahan BN di empat negeri dan mengekalkan kuasa di Kelantan yang dikuasai PAS selama dua dekad.
Pembangkang, sejak awal tahun ini cuba membina sentimen rakyat antaranya dengan mengaitkan kebangkitan di Afrika Utara dan Asia Barat yang telah menjatuhkan dua pemimpin diktator dengan potensi di negara ini.
Media dikuasai pemerintah memberi tumpuan laporan dan komentar pada kesan negatif yang dikatakan akan terhasil akibat perhimpunan Bersih kedua.
Peniaga dan pemandu teksi dikatakan bakal mengalami kerugian jutaan ringgit sekiranya perhimpunan besar-besaran yang dirancang itu berjalan.
Dalam perhimpunan pertama Bersih pada 2007, lebih 100,000 orang membanjiri ibu negara dari seluruh negara, sebahagian besarnya berbaju kuning, warna rasmi pergerakan itu.
PR berhasrat mengulangi skala perhimpunan lima tahun lalu, dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjadi penggerak utama perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.
2 comments:
Zombi Kg Pisang
Aku suka nak ulang balik kata-kata penuh hikmah oleh Presiden PAS Haji Hadi Awang sejurus selepas keputusan PRU 2008 iaitu betapa SEMUA pihak tak kira UMNO, MCA, MIC dll termasuk PAS, DAP, PKR dll - semuanya kena berlapang dada & berdingin kepala berhadapan dengan keputusan serta kemahuan rakyat yang disampaikan melalui keputusan PRU itu.
Isu paling kritikal Bersih 2.0 ini ialah wujud suatu kemungkinan bakal berlaku satu "pertembungan" (boleh dibaca dengan pelbagai makna/tafsiran - sila rujuk kamus DBP) di antara (bahagian ini yang amat sangat-sangat perlu diberi perhatian) dua (2) kelompok/puak/gerombolan seperti berikut:-
1. Satu kelompok dengan jumlah sasaran sekurang-kurangnya 100 ribu orang terdiri daripada rakyat biasa/marhaen Malaysia Melayu/Islam pendokong PAS dijangka mewakili lebih 80% manakala bakinya mewakili DAP, PKR & NGO-NGO; dgn
2. Satu kelompok yang boleh dianggar sekitar 50 ribu orang terdiri daripada rakyat biasa/marhaen Malaysia Melayu/Islam pendokong Perkasa, UMNO, Pekida dijangka mewakili lebih 60% manakala bakinya mewakili PDRM, RELA dll sama ada terang-terangan atau sembunyi-sembunyian.
Maka apa natijahnya?
Siapa Menang Apa?
Siapa Dapat Apa?
atau sebenarnya ...,
Menang jadi abu
Kalah jadi arang
Mana lapang dada?
Mana dingin kepala?
Atau sebenar-benarnya kita Melayu/Islam ini dah kena kutukan laknat di langit tinggi & tak sabar-sabar kemaruk gila mahu memusnahkan di antara satu sama lain???
Jika inilah "KEJAYAAN" pemimpin2 Melayu/Islam kita tak kira UMNO/PAS/PKR/NGO2 - aku ada saran yang jauh lebih baik .., iaitu kita kumpul ramai2, kita kepung & tangkap semua pemimpin kita, lalu kita semua humban mereka ke dalam laut.
Noktah.
Waktu Perak jatuh, org Melayulah yg ke depan berdemo. Sepanjang DAP perintah Perak, org Melayu tak dapat apa, Cina dpt tanah 999 tahun. Bersih 2.0 nanti, org Melayu memberi khidmat sekali lagi.
Post a Comment