Tuesday, June 14, 2011

Zul Noordin terus kritik Bersih, persoal niat berdemo

Ahli Parlimen bebas, Zulfikli Noordin meneruskan kritikan terhadap perhimpunan Bersih kedua dijadual 9 Julai nanti, mempersoal niat penganjur yang dilihat mahu menjatuhkan kerajaan dengan meniru demonstrasi di dunia Arab.

"Niatnya jelas. Cuba baca twitter, facebook dan laman web kaum pelampau ini. 'Mari kita tumbangkan kerajaan 9 Julai ini.' 'Jom sapu-bersih Be End 09 Julai'. 'Dataran Merdeka Dataran Tahrir.' 'Basahkan bumi KL dengan warna merah.' 'Kalau rakyat Mesir berjaya, kita juga akan berjaya.'"

"Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membawa kepada satu sahaja rumusan, mereka berniat mahu menjadikan 09 Julai sebagai hari rusuhan, kekacauan sebagaimana berlakunya dinegara-negara 'Arab. Dengan niat supaya Kerajaan yang dipilih rakyat ini tumbang secara ganas, kasar dan haram," tulis Zulkifli di blognya.

Beliau turut mempertikaikan penganjur yang dikait dengan sikap "anti-Islam," mengingatkan PAS tentang hal itu dan menggesa umat Muslim tidak dipengaruhi dan diperalatkan.

"Teman cukup yakin dalang-dalang disebalik himpunan haram ini mempunyai agenda mereka sendiri. Ambeega Sreenavasan, bekas Pengerusi Majlis Peguam, badan yang terkenal anti Islam, sudah pasti mahukan kerajaan yang ada pada hari ini tumbang kerana 'terlalu Islamik.' Yang ini takkan rakan-rakan dalam PAS dah lupa."

"Dengar kata manusia yang ditabal bininya sendiri dah pukul kompang nak turun. Apa niat Majlis Peguam, terutamanya Ambiga Sreenavasan yang dilantik menjadi Pengerusi Himpunan Haram ini? Apa niat dan agenda Anwar dan kaum Anwarinas untuk mengadakan himpunan haram ini. Insyallah akan teman kupas dalam masa terdekat ini," tulisnya lagi.

7 comments:

maie1958 said...

zul kulim lagi banyak bercakap lagi nampak sengalnya....aku nasihatkan kau zul kau bawak beg big mama mana dia pegi dan kau ampu kuat sinajib nescaya kau kaya cepat dan terkenal sebagai pencacai angkat najis najibrosmah....kau ada ingat movie p.ramlee....haha mari kita lihat sapa yang kena!!!!!

Anonymous said...

Zombi Kg Pisang

Pada satu keadaan demo Bersih2 ini masih boleh diberi justifikasi kewajarannya namun terdapat banyak unsur-unsur yang tidak ada ketika Bersih1 yang boleh juga merencatkannya. Paling kritis ialah keberadaan PAS yang dilihat sebagai rakan kongsi sahaja manakala Bersih1 dahulu PAS adalah "brand" yang paling terkehadapan. Ahh .., oh ya itu tahalluf siasi!

Kemudian anggapan Bersih2 menjadi klon demo-demo rakyat yang berlaku di dunia Arab.

Hello .., berjayakah demo-demo di sana? Jatuhkah kerajaan, atau sebenarnya yang lari hanya satu susuk demi meredakan suasana? Di Tunisia, Mesir, Bahrain, Libya, Yemen dll., apakah sudah terbentuk sebuah kerajaan yang mendaulatkan rakyat, atau cuma bersalin kulit?
Siapakah atau golongan manakah yang kekal berkuasa di sana?

Apakah contohnya, ulamak dunia Sunnah nombor wahid Sheikh Dr Yusuf Qaradawi sendiri mendokong demo-demo tersebut, atau sekadar berfatwa goyah?

Dan kita (baca rakyat) terheret lagi dalam satu kemelut yang sebenarnya hanyalah untuk mencapai sasaran-sasaran politik dangkal pihak-pihak berkepentingan.

Pembelaan Zul Nordin terhadap tuan barunya iaitu UMNO/BN boleh saja dianggap sebagai usaha bodek yang perlu beliau lakukan .., namun di sisi lain kita (baca pendokong gerakan Islam/Melayu) harus juga berhati-hati supaya tidak dijadikan alat atau kuda tunggangan musuh di dalam selimut.

Nanti yang kita kejar tak dapat, yang kita kendung berciciran.

Anonymous said...

Mat Sabun jadi tunggangan sekarang ini. Masa perlu nak dipakai,Mat Sabun akan dikerah menggerak ahli-ahli Pas turun berdemo. Zul Nordin hanya mengingatkan.

- Berahim Mat Ali

Anonymous said...

aku bila baca komen zul nordin cukup menyampah..dia yg dah jadi alat sebab dia tau nasib dia lepas ni..hujah pun lebih teruk dan extreme dari parti bn dan perkasa..dia ada 3 elemen penting iaitu bekas ahli pas, akademik dan jadi pencacai umno...saya rasa dia pun tahu apa yg lebih baik untuk dirinya dari yang ada sekarang ni...jadilah diri anda yang sebenar, buangkan ego...fikir dgn hati yang terbuka...

Neo_kaslan said...

pembangkang mmg suka bagi alasan 'makan suap' kalau orang lompat parti....mmang trend...kalau x ada,x sedap makanan

Anonymous said...

susulan tanda dakwat hitam selepas mengundi.kalau tak tipu nak takut apa.berani kerana benar,takut kerana salah.

Anonymous said...

zul zul pru 13 kamu brtanding bebas. deposit pun hilang lepas tu satu term tk dapat pencen yanagberhormat. terpaksa jual kitab agama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...