Wednesday, October 17, 2007

Malaysia bukan 'boleh' tetapi 'bodoh' - akhbar Australia

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Sebuah akhbar Australia bukannya menyifatkan Malaysia sebagai "boleh" tetapi "bodoh" apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas.

Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.

"Thas not Malaysia "boleh", that's Malaysia "bodoh" (stupid)," tulis Backman mengakhiri tulisannya yang disiarkan 15 November 2006 lagi ketika Malaysia sedang mengwar-warkan akan menghantar rakyatnya ke angkasalepas.

Ia disebarkan secara meluas dalam internet selepas Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muzaffar Shukur dihantar ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini.

Menurut Backman, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia.

Antaranya, Malaysia menggunakan syarikat minyak miliknya, Petronas untuk membina Kuala Lumpur City Centre (KLCC), iaitu bangunan yang tertinggi ketika ia dibina.

"Malaysia sangat berbangga dengan bangunan ini. Padahal mereka hanya membuat sedikit sahaja untuknya.

"Duitnya datang dari bumi (minyak Petronas), juruteranya dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan.

"Bahkan, mereka tidak pun menguruskan kompleks perniagaan yang ada di bangunan ini. Ia diuruskan oleh syarikat Australia, Westfield," tulis Backman dalam tulisannya.

Tentang angkasawan, Backman menulis, rakyat Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja.

"Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata 'boleh". Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka," tulis Backman.

Laporan lanjut dalam Siasah Ahad ini.

5 comments:

karule said...

alah australia baru nak tau..saye lame tau dah....tapi australia tak le pandai mane pun..u are stupid convict also..memang pemimpin2 malaysia ni suke menunjuk2 kepandaian untuk menjadi yg terbodoh...wasting time to discuss it..tukar jer jahanam2 semua tu..tak pun biar kan aje jahanamkan terus..kite takkan tinggalkan dunia ni hidup2..long live hadhari...

mustika said...

macam la australia tu pandai sangat....kalo pandai, apsal die tak wat roket die sendiri??? p j yang d kat australia tu?? kanggaroo??? tu pun ciptaan ALLah, bukan dorang....cakap org pandai la....at least d gak rakyat malaysia g space, dorang??? ayat2 yang ditulis, ayat org dengki j....malas nak layan....

luncai said...

tp bukan malaysia bodoh...tp pemimpin2 atasan yang bodoh...
program angksawan x brmakna lgsung pd malaysia...klu kita org 1st g agkasa xpala...byk kos dilaburkan, tp nama je dpt....ish2.. bodoh tul pemimpin...

jamie said...

dia ckp betul apa. kite ni kekadang taksub sgt dgn benda2 superficial mcm program angkasawan. Ooops bukan kita tapi pemimpin kita. Australia pandai lah dia tak nak buat rocket. Buat apa buat rocket kalau tak perlu. Mustika, kalau Australia tak pandai kenapa pak lah pun nak ada rumah kat sana? kita lah bodoh terhegeh2 kat dioran

Opy aDa said...

kepada cik mustika,
memanglah dorang tu pandai sebab dorang dah tau pegi angkasa tu waste time dan buang duit je,dahle tu menumpang kereta orang lainle klu kereta sendiri banga juge aku,klu dia pakai duit sendiri takpele ni guna duit rakyat juge.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...