KUALA LUMPUR, 8 Okt: Nama orang yang memberikan pita video rakaman perbualan Datuk VK Linggam dengan seorang yang dikira sebagai Ketua Hakim Negara sekarang akan didedahkan jika satu Suruhjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehingga kini orang berkenaan tidak bersedia untuk didedahkan maklumat tentang dirinya kerana 'bimbangkan keselamatan dirinya'.
Anwar berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas dua pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) merekodkan kenyataannya berkaitan perkara itu.
Anwar berkata, beliau telah memberitahu kedua-dua pegawai BPR itu, beliau tidak bersedia untuk mendedahkan sumber pita video itu melainkan di depan satu Suruhanjaya Diraja.
Anwar juga berkata, dia akan mendedahkan baki rakaman video 14 minit itu tidak lama lagi selepas mendapat kebenaran dari sumbernya.
Anwar dan dua orang kanannya diugut akan dipenjarakan jika enggan memberikan sumber pita video Linggam itu.
1 comment:
Salam 'Aidil Fitri kpd warga Siasah dari bakaq a.k.a. ~penarik beca a.k.a. sang kutu sekeluarga.. من العائدين والفائزين
Post a Comment