Thursday, September 29, 2011

Makna kenyataan Pakatan Rakyat tentang hudud

Kata sepakat parti-parti Pakatan Rakyat dicapai hasil pertemuan empat jam pemimpin-pemimpin semalam.

Keputusan yang dicapai ialah kompromi yang boleh dijangka bagi sebuah gabungan parti politik berbeza ideologi.

Apa yang dicapai dalam mesyuarat pemimpin PR itu sebenarnya bukan sesuatu yang baharu, kerana sekadar menegaskan sekali lagi bahawa PR ialah satu gabungan dengan agenda bersama.

PR telah bersetuju dengan dasar bersama dan agenda yang dicatat dalam Buku Jingga yang dilancarkan pada konvensyen gabungan itu pada Disember tahun lalu.

Hal yang tidak dipersetujui, yang berkaitan dengan ideologi tidak menjadi agenda PR, termasuk pelaksanaan hukum jenayah hudud dan undang-undang Islam lain, seperti yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu di bawah pimpinan PAS.

Semua parti terlibat, terutama PAS, perlu menyedari apa yang dimaksudkan dengan agenda bersama ini, dan bersedia berkompromi dalam hal-hal tertentu. Di sinilah letaknya had kerjasama parti-parti PR.

PAS juga perlu menyedari bahawa parti-parti PR yang lain secara ideologinya tidak akan bersetuju dengan hudud dan undang-undang Islam lain.

Apa yang dinyatakan oleh Karpal Singh, pemimpin veteran DAP di konvensyen tahun lalu sebenarnya telah menjelaskan dengan terang pendirian DAP, iaitu bersedia berkompromi tetapi tidak menerima agenda negara Islam (termasuk hudud) PAS.

Pendirian Karpal dalam pertikaian terkini dengan PAS hakikatnya tidak berbeza langsung dengan apa yang disebut semasa konvensyen itu, seperti dirakam SiasahDaily:

"PAS sama sekali tidak boleh membaca dengan berlebihan kenyataan Karpal Singh itu dan menganggap debat isu tersebut sebagai sudah selesai dan DAP menerima ide negara Islam PAS.

"Apa yang berlaku hanya satu kompromi, dan menunjukkan PR ialah satu usaha sama parti-parti pembangkang dalam hal yang dipersetujui sahaja."

Setiap parti sememangnya akan membawa agenda yang difikirkan mewakili kepentingan nasional untuk diangkat sebagai agenda perjuangan PR, dan PAS tidak boleh terkecuali daripada usaha ini.

Banyak agenda dan pendekatan parti DAP dan PKR turut tidak selari dengan dasar Islam PAS, dan kedudukannya sebagai salah sebuah parti utama orang Melayu.

Ini bermakna PR ialah satu ruang dan peluang kerjasama politik, dan tidak boleh dianggap hujung jalan perjuangan PAS.

6 comments:

Anonymous said...

Nampaknya PAS pun dah jadi macam UMNO.
Percayalah! PAS tetap tidak akan berjaya memperjuangkan mengikut kehendak agama Allah, selagi PAS masih lagi bersekongkol dengan DAP.
DAP terang -terangan menunjukkan reaksi negatif terhadap ISLAM.
Malangnya, tiada langsung peminpin PAS menyerang DAP.
Sebagai manusia biasa, saya menilai PAS mempunyai kepentingan politik.

Sudah tiba masanya, Ustaz - ustaz yang sering menghentam UMNO, perlu juga menghentam pemimpin PAS.

Jangan terus membisu kerana keuntungan yang sedikit di dunia, ingatlah kehidupan di akhirat kekal abadi.

Anonymous said...

"PAS juga perlu menyedari bahawa parti-parti PR yang lain secara ideologinya tidak akan bersetuju dengan hudud dan undang-undang Islam lain." Habis UMNO boleh ke di harap menyokong PAS dalam hal Hudud ni??

Anonymous said...

Anon 6.14, semua dah tahu apa pendirian Umno. Umno bukan isunya. Kalau menang PRU 13, PAS jadi kerajaan dengan Pakatan. Soalnya ialah selepas Umno tak bersetuju, apa pulak pendirian komponen Pakatan? Bolehkah hudud mendapat sokongan dan jadi agenda Pakatan???

Anonymous said...

Pas kena buktikan bahawa undang-undang Islam itu adil dan seksama, mana-mana negeri yang ditadbir mestilah mempunyai unsur keamanan dan kemakmuran hasil dari tarbiyah yang berlandaskan dari hukum Islam, Pas mesti menjadi peneraju dari kedua-dua unsur tersebut, dengan demikian keraguan terhadap hudud akan terhakis dengan sendirinya, tak guna banyak bercakap kalau buktinya tak ada, jawab dengan fakta dan kurangkan retorik kata-kata.

Anonymous said...

Quote:
"kalau buktinya tak ada, jawab dengan fakta dan kurangkan retorik kata-kata."

Yang di biincangkan sekarang adalah undang-undang dalam Islam yang dinamakan hudud.

Bukti sesuatu undang-undang itu bukan sahaja ilmu berkenaannya tetapi semestinya diikuti dengan pelaksanaannya.

Dalam suasana negara Malaysia yang telah ada undang-undangnya tersendiri yang tidak semestinya selari dengan undang-undang Islam.
Undang-undang yang sedia ada perlu dipinda dahulu sebelum mana-mana bahagian undang-undang Islam boleh di terapkan dalam undang-undang Malaysia.Pindaan itu memerlukan dua pertiga majoriti di Parlimen.
Ini bermakna kerja-kerja tarbiyah yang meluas termasuk kepada orang-orang bukan-Muslim adalah amat diperlukan untuk disegerakan.
Operasi penyampaian yang memerlukan cara step-by-step ini memerlukan sokongan dan dokongan semua pehak yang akhirnya dapat menyaksikan bagaimana undang-undang hudud, mithalnya , boleh menjadikan Malaysia sebagai negara mithali untuk mencegah jenay besar dan kecil, dari rasuah dan penyelewengan berbilion RM kepada kes curi ayam atau bawa lari isteri orang.

Anonymous said...

kalau xmengaji agama jgn sembarangan komen pasal hudud,,,boleh batal keislaman,,, :),,klau xtahu apa2 lebih baik DIAM,,,,DAP xsetuju dia punya pasal,,,UMNO xsetuju yg kita pelik dan tkut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...