Thursday, December 2, 2010

Tangguh pemilihan parti untuk elak sabotaj

Keputusan Umno menangguh pemilihan parti selama 18 bulan semakin menjelaskan usaha parti itu mempersiapkan diri menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Tanpa mengira bila pilihan raya umum akan diadakan, tindakan itu boleh mengelakkan pelbagai perasaan negatif dalam kalangan pemimpin dan ahli parti sehingga mampu mencetuskan sabotaj.

Pemilihan parti tidak dapat dielakkan daripada mencetuskan pergeseran dan rasa tidak senang sesetengah kelompok, terutama yang kalah.

Dengan sasaran besar menawan Selangor dan mengembalikan sokongan orang Melayu dan memenangi undi bukan Melayu, Umno tidak mahu perebutan dalam parti menjejaskan pertaruhan besar dalam pilihan raya umum nanti.

Pilihan Raya Umum ke-12 telah menunjukkan kepada Umno bagaimana rasa tidak senang ahli telah membawa kepada bencana sehingga kehilangan majoriti yang besar.

Tindakan menangguhkan pemilihan ini merupakan tindakan yang bijak bagi pihak Umno dalam menangani ahli dalam persiapan pilihan raya.

Dalam keadaan parti-parti Pakatan Rakyat berdepan pelbagai risiko hasil pemilihan kepimpinan parti, Umno memutuskan untuk menangguhkan masalah itu ke masa depan.

Ini juga boleh menjadikan ahli-ahli Umno lebih fokus pada pilihan raya, yang masih ramai menjangka diadakan pada separuh pertama tahun hadapan.

3 comments:

Unknown said...

satu analisis yang boleh diyakini.

Anonymous said...

bagi saya keputusan ini menandakan najib dan umno tak yakin penoh dengan diri sendiri.....apa mesej yang akan di imbau olih pihak lawan....apa kata ahli2 yang ambitious...potong jalan kan ??, munkin mereka marah...dan juga calon2 umno akan diberi pada basket yang lama....bukan basket baru...ini pon bolih buat haru biru, jadi keputusan tanggoh pemilihan umno ada mesej2 terseniri...baik didalam dan diluar umno....

abdullahngah said...

Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin pernah berkata Umno sudah mula pulih, Tapi nampaknya hanya cakap sedap mulut saja.Tidak lebih daripada itu.

Mengapa tidak? Jika umno sudah pulih mana mungkin Najib dalam mesyuarat MT UMNO memutuskan untuk menangguhkan pemilihan semua peringkat, pusat, bahagian dan cawangan pada tahun depan.

Sahlah tahun 2011 ialah tahun yang sangat malang bagi UMNO, sebab itu diisytiharkan penangguhan pemilihan parti untuk mengelakkan berhadapan dengan kemelut yang pernah berlaku sebelum ini agar tidak berlaku lebih parah lagi yang disebut “medan pergelutan politik”.

Perdana Menteri berkata Umno juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam Umno walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.

Beliau tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi di ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti yang membenarkan berbuat demikian.

Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menangguhkan pemilihan 2011 yang dijadualkan diadakan bermula awal tahun depan selama 18 bulan bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada awal tahun 2012.

Langkah itu walaupun lazimnya diambil oleh Umno menjelang pilihan raya umum pada masa-masa lalu tapi ia jelas bahawa umno belum benar benar pulih dari kemelut yang menjadi factor hilangnya sokongan pengundi China undi penentu mempertahankan Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13 nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...