Wednesday, February 18, 2009

Sokong politik damai

Cadangan Siasah agar semua parti politik mengambil pendekatan politik damai dalam menghadapi krisis ekonomi mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk para pemimpin PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang tidak menolak jika diwujudkan persefahaman politik antara Kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan Kerajaan Pakatan Rakyat supaya kerajaan masing-masing tidak diganggu gugat antara satu sama lain sehingga menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun persefahaman tersebut mestilah berasaskan kefahaman demokrasi, hormat menghormati dan keikhlasan.

“Kita tidak menolak jika ada pihak berusaha mewujudkan persefahaman politik (antara Pakatan dengan BN) supaya kerajaan yang ada tidak dikacau antara satu sama lain. Kami bersetuju tetapi persefahaman itu mestilah berasaskan lunas-lunas yang betul”.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawap pertanyaan pemberita pada sidang akhbarnya selepas berucap menutup program Ekspo Penerangan PAS Temerloh 2009 di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini 15 Februari lalu.

Laporan penuh dalam Siasah Jumaat ini.

7 comments:

anakkancil said...

TESTING...

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS dah tak mahu Anwar Ibrahim lagi bila cakap begitu?

Adakah PAS takut hadapi realiti yang PKR ada masalah moraliti sebagaimana diperkatakan oleh Karpal Singh?

Politik damai- siapa amal politik rusuhan? Halang kereta Sultan, Hina Mufti perak, Hina sultan dan keluar fatwa kononya derhaka kepada sultan tak apa dan jangan derhaka pada Allah, Masuk Pakatan baik....

Damai atau sudah hendak tewas??

SiasahDaily said...

Cadangan ini datangnya dari sidang editor Siasah kerana kami sendiri sudah muak...terlalu lebih politik...sedangkan kita nak hadapi ekonomi meleset ni. Jangan kaitkan PAS atau Pakatan nak kalahlah.

SiasahDaily said...

Kalau Umno fikir nak teruskan berlawan...go ahead...kito lawe be...Muhyidin yang jaga kementerian berkaitan pun dah mengaku..

TEKONG DARAT said...

kaki terjah...
terjah jer...
takde kerja lain...
artikel tajuk cantik pun nak terjah...puak ngko ingat kami kebulur sangat ker?...
nak lawan sangat, biar sampai meletup pc...

ReFoRmAsi said...

Salam..buat abang mie terjah..nk join BN leh..huhu dapat banyak kelebihan pangkah untuk pakatan rakyat
knp kerajaan PAS kelantan x maju?cube tanye org cine kelantan.bahgia x dia kat sane?siap leh ckp melayu..perpaduan kuat..Bn pon susah masuk..ekonomi sama rata..x perlu bangunan pencakar langit..yang penting rakyat cerdik,mampu jana ekonomi sendiri..tengok berapa ramai pelajar terbaik dari kelantan?sekolah terbaik?...jap2 nk tanya lar..perlis,sabah,serawak tu maju sangat ke?kelantan dengan ekonomi disekatmacam2 lagi oleh kerajaan persekutuan..tgk org kuat UMNO..Ali Rustam,Muhyiddin Yassin..maju x negri diorg?sbb pe?pk la sendiri malas ckp..mlk bukit2 da banyak botak,gondol,bukit2 ditarah..ble datang azab,bencana baru tunjuk muka..terhegeh2..padahal keje sape?sape luluskan projek?laut2 ditambak..merosakkn ekosistem...sape punye keje?tu la da banyak sgt wit rakyat utk pepentingan sendiri..pojek banyak poket pon kembung la..allah jela yang tau allahuallam...

shyufi said...

abe MIE 'TERJAH'....
nak terjah umah sape plak pas ni?
skali ngan khir toyol botox ke?
jgn sampai ko plak terbogel..
wahahaha..

buang smua bangkai...
sokong politik damai!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...