Tuesday, February 3, 2009

PAS Pusat sokong langkah Pakatan Perak

IPOH, 3 Feb: PAS Pusat menyokong penuh langkah Pakatan Rakyat Perak memulakan proses sehingga pilihan raya kecil diadakan untuk Dun Behrang dan Changkat Jering.

Keputusan sokongan penuh ini dicapai dalam mesyuarat Lajnah Politik PAS dengan anggota Dewan Harian PAS Perak malam tadi.

Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Turut serta adalah Naib Presiden Mohamad Sabu, Ahmad Awang yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Setiausaha Agung Datuk Kamarudin Jaffar, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin dan lain-lain.

Dalam pada itu, PAS juga penuh keyakinan pilihan raya kecil perlu diadakan di Behrang dan Cangkat Jering kerana apa yang dibuat di Perak sekarang adalah berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.

Peguam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Asmuni Awi berkata, surat perletakan jawatan yang dihantar kepada Speaker Dun Perak adalah asal dan sah dari segi undang-undang dan tidak pernah ditarik balik oleh kedua-duanya sebelum ini.

Speaker Dun Perak, V Sivakumar memaklumkan kepada SPR pagi tadi tentang kekosongan dua kerusi Dun itu ekoran perletakan jawatan Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Speaker memohon agar diadakan pilihan raya kecil di kedua-dua Dun berkenaan ekoran perletakan jawatan itu.

"Saya rasa inilah cara terbaik untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku di negeri ini iaitu melalui pilihan raya kecil," kata Asmuni dalam sidang medianya bersama Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang.

Menurutnya, apa yang berlaku selaras dengan Perkara 35, mengenai perkara perletakan jawatan ahli Dun dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Perkara 35 menyebut, "Perletakan jawatan ini boleh berlaku apabila dia menulis surat secara sendiri dan dihantar kepada Speaker."

Apa yang berlaku adalah, Speaker telahpun menerima kedua-dua surat perletakan jawatan itu melalui sesaorang yang tidak dikenali. Berdasarkan surat itu, Speaker telah menghantar surat kepada SPR.

5 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

PAS sokong semua...
janji aje tak buat...
kata PAS nak berdakwah...
PAS hanya parti gila kuasa sebab Nizar dari PAS...

orang Melayu ramai kena berhenti kerja..PAS bukan nak tolong cari pelabur...

gaji kat kelantan pun sejak 20 tahun sama aje..RM300 sebulan..kesian budak2 sana...

PAS menang, melayu jadi tak ada maruah...

Islam dikencing...

PAS tetap dapat jadi MB...

abe MIE 'TERJAH' said...

sekadar peringatan buat budak2 hingus dalam siasah yang tak tahu sejarah dan pemahaman politik...

atzmand said...

abe mie semakin marah nampaknya..
marah2 sayang ke abe mie..

TEKONG DARAT said...

marah kat orang kelate ke?...
hormat laa sikit...
orang dah pilih...
melayu jadi tak ada maruah bila digadaikan maruah dia utk kesenangan sekejap...
sedangkan orang kelate yg pilih tak bising(yg bising hanya orang umno..tu pun bila ada PRU/PRK), buat apa orang lain nak bising...
nak bising pun, bising laa betul2...ni tak...habis nama binatang disebut...habis carut disebut...
nak berkempen ker nak maki?...
tujuan kempen nak tarik orang, bukan menghalau...aku baca blog ngko pun runsing...kesian..tapi marah sama sekali takda...

darwin said...

Najib juga mengesahkan, Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim kembali ke pangkuan Umno.???? hahaha...da agak da org umno bermuka2...tau pkr ujung tanduk kena keje...msk blk bn utk jwtn n dapatkan wit rasuah...hahahahaa...mana la agaknye 2 bekas adun pkf pegi ek..xkn lar kerajaan negri nk kontek pon pyh klu demam..hp botol air lg ke?atau kat luar negara terima rasuah wit rakyat dari tpm?hahahahah...

alasan tadika ditutup?jkkk ditutup?ape ingat kerajaan pr xde otak ke pk ape akibatnyer?so korg tau angkara siapa?khianat sape?benda kecik pon kuar media macam nk rak..hilang kesusahan ekonomi rakyat dek pemutar belit..depa ada media.len kali bace sumer akhbar baru wat rumusan..rakyat da Bijak BN..bukan mcm zaman dulu ikut2tan jek x tau brite sbnrnyer..macamla israel pertahankan seranagn dia wlupon tau niat dia kan...UMNO da X macam dulu..jd kerajaan sebab perjuangan pejuang2 umno dulu...umno skrg cume boneka..gunakan sejarah kaburi mata rakyat..setiap ceramah sekolah,belia,mane2 lah..ckp hargai la umno,BN,kerajaan..klu pemimpin Rasuah?Klu Pr jd kerajaan adakah ekonomi mundur?ipta xde?apakah dalam PR xde org terpelajar?xde DR,Peguam?ustaz?nsb sbb dulu umno bgnkn malaysia tp skrg hanya pada nama untuk kemegahan..tapi pimpinan?apakah akan hilang bantuan untuk rakyat jika PR memerintah?lom cube lom Tau..mcm2 perjanjian selame ni tp sape yng ingkar?pk lar...Jika PR memrintah PR juga Kena ikut perlembagaan Malaysia..so..pk la..xkn Hilng melayu didunia..ingt juga jasa anwar ibrahim membela nasib melayu sewaktu jd pemimpin pelajar..knp kena pecat?sebab liwat?x logik dek akan baru kena tuduhan terus kena lucut jwtn...chua soi lek?da agak nie sumer politik..anwar pon pakar ekonomi..da ramal harga2 brg akan nek..tp BN menyangkal sepenuhnya..biase la janji palsu yg x abes..mnyk xkn naik..nah..sekrg rase la akibatnye penangan BN..Dan Rakyat Mulai Sedar BN>>>TakbiR!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...