Wednesday, February 25, 2009

PAS yakin boleh menang di Bukit Gantang

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin PAS akan beroleh kemenangan di dalam pilihan kecil Bukit Gantang nanti.

"Insyaallah, kita akan menang," katanya dalam wawancara dengan beliau.

"Undi Melayu 40 peratus untuk kita itu tidak berubah. Selebihnya Umno, iaitu yang atas pagar, dia dapat sebab dia beli.

"Yang 40 peratus ini adalah pengundi tegar, tidak berganjak. Cuma yang kita nak, tambah dalam 20 peratus lagi untuk dapat 60 peratus," katanya.

Beliau berpendapat, undi bukan Melayu mungkin meningkat dengan perkembangan kerajaan negeri di Perak di mana kaum Cina dan kaum India memberi sokongan yang lebih meningkat.

"Kita pertahan undi yang dulu dan harap boleh tambah lagi pengundi-pengundi muda seperti di Kuala Terengganu," katanya.

Menurut beliau, pengundi muda di Kuala Terengganu mengundi PAS dalam pilihan raya kecil itu.

"Dan kita harap di pantai barat pun begitu. Kalau berlaku perubahan yang sama, kita mendapat kekuatan. Tetapi undi bukan Islam yang tidak berubah, bahkan lebih baik," katanya.

23 comments:

Hamba Miskin said...

Insya Allah,menang.

perunding said...

Inshaallah, kempen kuat, kerja kuat, doa kuat, taktik bagus.

KEMBARA said...

insyaAllah PAS akan menang..

karat ijau said...

jom pakat ramai2 join ari penamaan calon.

Mesra Sokmo said...

Kesemua Pakatan Rakyat boleh menang termasuk diSerawak ....kan PRU13, PR nak ambil alih kuasa diPutrajaya. Selamat berjuang walaupun kita yakin menang. Kalau Parlimen Teregganu Majoriti sejumlah 2K lebih, Nak tengok Majoriti 10,000 pula. Isya'Allah

Wak Labu Farm said...

Wak pun berpendapat PAS aka PR akan berjaya mempertahankan Bukit gantang pada PRK yg akan datang ini. - InsyaAllah.

karat ijau said...

Aku ngidam sgt, bila la nk PRK kt PEKAN nun.

joe lenon said...

abg me terjah banyakkan membaca dan fahamkan apa yang di katakan orang .. insyallah PAS pasti menang

atzmand said...

bacaan tuan guru HA simple je, tak payah susah2 perah otak pikir macam think tank BN buat..

40+20 aje. dah tentu menang.

ayuh kerja kuat hapuskan BN laknatullah. insyaAllah bumi Malaysia milik PR.

Pahlawan Hijau said...

Insyaallah PR akan Menang dan akan membuat kejutan di sarawak, tp kerja keras perlulah dilakukan dari sekarang agar rialiti nya akan menjelma

ibrahim ujar said...

Insyallah menang tu, Allah bersama orang yang tertekan dek nafsu serakah puak2 BeeeeEnd tu..

joe lenon said...

Allah bersama orang yang sabar ... PR pasti menang..

shyufi said...

insyaallah pas di mercu kejayaan!!..

Firdaus AMK PKR said...

Kami akan membantu kempen2 PRK di Bukit Gantang...
Kami PR akan bekerja keras..
sepertimana di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu..!!!

shyufi said...

mandi biar basah!!
berjuang habis2an pakatan rakyat!!

dewatawanberapi said...

nak tergelak baca komen2 bodoh kat atas ni...

hahahahahahahahahahahahahahahahaha

sapphire said...

hati dewata sedang marah berapi-api tapi buat2 gelak, saya gelak bersama2...

Hahahahahahahahahaha...muah!!!

Saya rasa si najtantuyyy akan beritual bersama2 mr. ji di seri putra malam ni... Mr Ji akan berserapah agar tak der lagi PRK yg akan muncul mengganggu hidupnyer...

dewatawanberapi said...

bodoh betul si sepphire ni...

percaya benda2 tahyol mahyol tu...

shyufi said...

dewata...
tau plak tahyol mahyol..
nickname 2 xtgk ke?
si sapphire 2 bagi perumpamaan..
yg kurang cerdik 2 kamu la..
jgn bela 'toyol' ye..

roh_insan said...

Yeop!!! tumpokn bn.

joe lenon said...

pr harus menang untuk kestabilan masa depan ... takbir ...

mat_terab said...

Mari sama sama kita turun berjuang ke dua bukit dan satu batang ni.....
Semoga kemenangan bersama kita....
Tadkbir......
Reformasi.....
Makalsakti.........

bereh said...

yakin 100%

keyakinan 2 penting..

nak test lawat web saya..
www.modalniaga.com/mn1712.htm
http://www.igetworld.com/azrie7774

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...