Wednesday, February 4, 2009

Nik Aziz pohon supaya Sultan terima nasihat dari yang layak

KOTA BHARU, 6 Feb: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain.

Bagi beliau, Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja.

"Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Raja dan demokrasi

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45). Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Bertarikh : 9 Safar 1430

12 comments:

anakkancil said...

Allah hu akhbar (allah maha besar)
Harap-harap rakyat perak jangan bertindak spt geng idris jusoh....
Berfikir sebelum melakukan sesuatu...yeob

TP said...

biarlh rakyat Perak yg tentukan pemimpin mereka melalui pilihanraya smula..xkshlh mereka nk plh BN atau PR..bg mereka bt pilihan..dan bkn dgn cara paksaan spt ini..dan Sultan atau Raja mstilah mmbuat kptsn dgn adil..dan tidak memihak kpd mana2 pihak..jika tidak institusi beraja d negara kita akan terus terhakis..

OrangKB said...

Sokong 100% dengan Tuan Guru. Pemimpin macam nilah yang kita semua mahukan.
Kami rakyat Kelantan takkan sama sekali berganjak dari perjuangan PAS.

ZawaL said...

hai..dh buat mcm2 kt sultan sekarang merayu plak bila dh di ambang kejatuhan?...apa la...

Ronn said...

Mengapa tidak memilih sidang khas biar Ahli Dewan membuat keputusan.

Mengapa tidak mengusulkan sidang dewan digantungkan sementara menunggu keputusan mahkamah

Mengapa memilih untuk menderhaka

anakkancil said...

zawal said...
hai..dh buat mcm2 kt sultan sekarang merayu plak bila dh di ambang kejatuhan?...apa la

ini lah sikap pakatan...jgn melampau batas spt pengikut UMNO.
Bangun jatuh dah biasa bagi Pakatan cuma UMNO saja tak boleh terima hakikat sampai sanggup main wayang kulit....
Ambil lah lembu lembu tu buat kurban utk thn nie....kita org tak ingin pengkhianat pada perjuangan

Mohd Yusoff said...

Selamat memerintah negeri Perak. PKR kena jaga ADUN dia baik-baik kalau tidak ada yang melompat lagi. Lebih baik dibuat undang-undang anti lompat parti, barulah menang 1 kerusi pun tidak jadi masalah. Selagi tak ada undang-undang anti lompat parti, Anwar Ibrahim pun ada cita-cita nak jadi PM 16 September 2008.

jay said...

Hairan, saya dengar dari TV3 dan RTM serta Bernama bahawa TGNA memberi nasihat kepada MB Nizar jangan cabar keputusan Sultan tapi kenyataan yang saya baca di atas jauh api dari panggang.

Para pemimpin Pakatan harus berhati2. Dah banyak kali bagi tahu dah, berhati2 dengan media masa ala Zionis ini, masih jugak nak beri press statement kat depa.

Sekarang ini, fokud berita bukan Rampasan Kuasa, Kerajaan Haram UMNO di Perak tapi kebiadapan kepada Sultan dan demostrasi jalanan serta ancaman Para pemimpin Pakatan kepada keselamatan negara. Nak pusing ceritalah ini. Haram jandah punya media massa ala Zionis. Apa yang kita boleh buat?

jay said...

@ Mail,

Sebenarnya lompat melompat tak salah di sisi perlembagaan negeri dan persekutuan sebab tak ada undang2 anti-lompat.

Kenyataannya cara itu salah, tidak bermoral sebab kalau nak lompat, lompatlah tapi ini macam kes nak balas kekalahan di PP & KT serta kehilangan DUN Bota. Tambahan pula TPM nak tunjuk bahawa dia yang dah kehilangan sokongan setiap hari sekarang melonjat naik khususnya semasa Persidangan Agung UMNO dan bakal PM. So, jelas ini muslihat.

Apalagi, 2 ADUN hilang begitu sahaja, 4-5 hari depa hilang, keluarga tak tahu, MB tak tahu, tak pi kerja, tiba2 kata ada di Pekan, Pahang, ada di KL, tiba2 kata sakit, ada MC tapi ngapa sakit tak bagi sapa2, hairan pegawai kerajaan, org atas tak tahu, telepon cal pun tak buat, keluarga, isteri pun tak tahu.

Tiba2 muncul di depan TPM di KL bersama ADUN DAP dan Bota. Apa cerita? rakyat bodoh ke?

Macam ada manupulasi, penculikkan, penipuan, muslihat, tiba2 4 ADUN boleh hilang. So, bukan masalah lompat tapi cara, 4-5 hari sebelum lompat, apa yg terjadi, cara mereka diragui, adakah ugutan, ancaman, sogokan dll.

DSAI berbeza, rancangan take over 16 Sept dibuat mengikut lunas2 undang2, peralihan kuasa dibuat secara baik2, DSAI kata ada nak hijrah, join Pakatan, 30 lebih AP, tapi DSAI tak sembunyikan mereka, tak culik mereka, mereka tak hilang, mereka tak diugut, diancam, malahan BN lah yang menghilangkan mereka selama seminggu dengan membawa mereka ke Taiwan. DSAI mohon PM panggil persidangan Parlimen, buat undi tak percaya, begitu juga Speaker, tap[i depa tak bagi. U see, DSAI buat cara betul tapi cara BN di Perak buat ialah Rampasan Kuasa, kudeta, cara haram, penuh keraguan, dan muslihat.

Sultan dibabitkan sama2. Entah apa hal Sultan pecat MB Nizar dan terus lantik MB baru dari UMNo is best know to Him. Tapi persepsi rakyat kat Sultan terjejas, so the burden is on the Sultan bukan salah rakyat atau Pakatan!

Kamu nak cadang lepas Perak di rampas baru nak luluskan undang2 anti melompat.

Tunggu dulu, DSAI is not stupid, peristiwa di Perak adalah pemangkin, akan ada kejadian luar jangkaan. Rasionalnya, if Perak, BN setuju, Sultan setuju, kalo DSAI ambil kerajaan Persekutuan, BN @ UMNO tak boleh bising2, buat demostrasi dan DYMM Yang Dipertuan Agung jugak kena setuju berdasarkan kes Perak.

So, my friend, be careful, insya Allah, apa yang berlaku di Perak will back fire.

Ingat, politic is the art of posibilities dan imposibilities.

Time Will Tell.

iskandartan said...

Ala kawan kalau BN boleh buat kat PR di Perak, macam mana kita perkena mereka balik di Parlimen. Buat rayuan dan tawaran kepada MP2 Sarawak lepas itu suruh mereka isytihar bebas dan buat surat aku janji sokong PR. Ha! baru tahu dia orang. Kalau bising sangat, tanya mereka macam mana di perak

apam taiping said...

U r right,mr jay...i agree with u...

moloyue said...

Sultan dng pemimpin UMNO adalah spt gigi dng lidah bekerjasama mengunyah dan menelan org melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...