Monday, February 23, 2009

Ketua Eksekutif PNSB diminta bercuti

SHAH ALAM, 24 Feb: Ketua Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Datin Hajah Khairiyah Abu Hassan dan Pengurus Kewangan, Puan Nora Azmin Radzuan diberi cuti bergaji selama 30 hari supaya kajian selidik dan kemaskini rekod perakaunan PNSB dapat dilakukan.

Tindakan ini diambil oleh Lembaga Pengarah PNSB selepas mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat milik Perbadanan Menteri Besar itu.

Antara rekod-rekod yang disyaki terlibat termasuk penyerahan dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan urusniaga pembelian serta penjualan hartanah di Mekah diantara tahun 2006-2007.

Demikian beritahu Sekretariat Akhbar, Pejabat MB Selangor dalam kenyataannya hari ini.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sangat mementingkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan pentadbiran Kerajaan serta pengendalian anak-anak syarikat Kerajaan Negeri.

Baru-baru ini, katanya, Dato’ Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Selangor telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod perakaunan syarikat PNSB.

Keputusan ini untuk menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam dalam soal memantau selia, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan semua agensi, badan berkanun, pihak-pihak berkuasa dan pertubuhan yang berkaitan dengan atau di bawah pentadbiranKerajaan negeri Selangor selaras dengan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor”, kata kenyataan media itu.

4 comments:

Mesra Sokmo said...

Syabas MB Selangor, siasat lagi terperinci fail Khir Toyo yg lama tu dan kita serah maklun kebawah Duli YM Tuanku Sultan, CC sahaja keSPRM. Biar Tuanku tangkap musang berjanggut.

Firdaus AMK PKR said...

Khir Toyol...xjemu2 menyerang MB Selangor TSK!!
mengapa Khir?
rakyat telah menolak anda...
telah menyingkir anda..
saya amat simpati pada TS Khalid yang x habis2 dihentam dengan dakwaan tidak berfakta sampai tempias pada keluarga beliau..
KHIR ANDA MELAMPAU!
sudah tiba masanya TS Khalid jgn berdiam diri dan keluarkan segala fakta dan penyelewengan ketika selangor di bawah pemerintahan KHINZIR! oops! KHIR!

Firdaus AMK PKR said...

saya ada memasuki laman blog Khir dan bertanya secara baik dan rendah diri pada beliau bertanya tentang ruduhan Khir pada TS Khalid..adakah ia rekaan atau kenyataan?
kamu tahu?
saya di `KICK` oleh beliau dan dicemuh oleh pencacai beliau di dalam blog itu..
Telus ke tu..
Berani kerana Benar..
saya hanya bertanya..

roh_insan said...

Kite same2 tunggu ape ujung cerite nye c mamat tempe tu.

Ape pun aku rase mamat tu itam blk la pas ni.Silap ari bulan jd BUDAK SAMPAH pd umno,bwk PENYAPU kehulu kehilir.

Aku nak peringat kat mamat ni,die jgn ingat die bolih mng ketue pemude umno,die da tak jage LUBUK EMAS lg,selangor tmpt LEMBU2 UMNO cari mkn da ketangan org lain,jd ape sbb org mau undi sama lu....Lu mimpi la mat....Bersedielah akn nasib kamu yg akn jd seperti Abu Hassan mantan mb sel.

Mmg aku tersangat geli bile die ckp pasal rahsuah n slh gune kuase.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...