Wednesday, January 21, 2009

PAS kalah undi Cina dan wanita, menang undi muda, kata penganalis



KUALA TERENGGANU, 21 Jan: Penganalisis mendakwa, PAS kalah di kalangan pengundi Cina dan wanita dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu namun menguasai undi di kalangan orang muda.
(Gambar atas: Anak muda di Kuala Terengganu meraikan kemenangan PAS dengan berarak sekeliling bandaraya Kuala Terengganu)

Profesor Sains Politik dari John Hopkins Universiti, Bridget Welsh dalam analisannya yang disiarkan dalam satu laman web berkata, pengundi Cina dan wanita lebih banyak mengundi BN berbanding calon PAS.

Welsh berada beberapa hari di Kuala Terengganu terutama menjelang hari mengundi mengesahkan undi orang muda berada di tangan PAS.

Ariffin Deraman, pengarah bilik gerakan PAS di Kuala Terengganu mengesahkan majoriti pengundi muda menyokong PAS dalam pilihan raya ini.

Beliau juga dalam kenyataannya berkata, PAS kalah di kalangan pengundi muda masyarakat Cina.
Katanya, daripada 61 saluran muda, 42 daripadanya berpihak kepada PAS manakala 19 saluran kepada BN.

“Pengiraan dibuat dengan mengambil kira saluran dua sebagai saluran muda sekiranya hanya terdapat saluran 1 dan 2 sahaja di pusat mengundi, saluran tiga dan empat akan dikira saluran muda sekiranya terdapat 1 hingga 4 saluran di pusat mengundi, begitu juga saluran empat dan lima dikira saluran muda sekiranya terdapat saluran satu hingga lima di kawasan terbabit.

“Undi tersebut sekiranya tidak mengambil kira undi pos, kita menang majoriti dengan 3,584, sebaliknya mendapat 2,631 majoriti sekiranya dicampur undi pos,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, PAS mendapat undi paling banyak daripada golongan muda di Losong Masjid dengan 274 undi manakala undi paling merosot di Kampung Cina iaitu di saluran empat dengan kekurangan 95 undi.

Bagaimanapun katanya, PAS berjaya menawan golongan muda di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Bukit Besar iaitu tempat calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengundi iaitu sebanyak 65 undi melebihi parti lain.
Selain dari analisa di atas, Briget Welsh juga membuat kesimpulan berikut:

1. PAS tidak dapat majoriti undi Cina. Ramai yang takut tindak balas jika tidak undi Barisan Nasional (BN). Pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) dan DAP pula balik awal. Mereka ingat apabila sambutan masyarakat Cina hebat pada awal mereka datang, kerja sudah selesai.
2. Dari pengundi Melayu pula, majoriti yang undi PAS adalah pengundi muda. BN mungkin kehilangan pengkalan masa depannya.

3. Umno mendapat undi kaum wanita - Cina dan Melayu. Orang perempuan, terutama di pusat bandar, takut untuk undi PAS.

4. Kakitangan kerajaan, walaupun tidak berani membuka mulut, ramai yang undi PAS.
5. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan tidak mempunyai sokongan majoriti rakyat Malaysia.

6. SPR dan polis lebih profesional dalam pilihan raya kali ini.

21 comments:

bn@umno said...

dgn pengundi cina dan india sudah hilang kepercayaan kepada PR, aku yakin pada PRU13 akan datang BN dapat menawan semula selangor, pulau pinang,KL, perak yg mempunyai ramai pengundi cina dan india yg akan mengundi BN.nampaknya PR kempunen lagilah untuk membentuk kerajaan baru.

Kapak Batu said...

jangan lupa pengundi melayu dah percaya pada PR, jadi faham2lah ya

perunding said...

kaji betul betul.
rajin rajin membaca.
pengundi muda bagus untuk masa depan.

anjar said...

"Pas kalah undi cina dan wanita, menang undi muda"

apa nak heran, memang bangsa cina dan india agak takut nak undi Pas, bukan kat KT je, PRU 12 dulu pun mcm tu jugak, merekani masih banyak yang terpengaruh dengan dakyah bohong Umno/bn mengenai Pas.

Tapi perlu ingat bn@umno....

dulu kalau ada 100 pengundi cina dan india, BN akan dapat 100 undi, Pas 0, tapi sekarang kalau ada 100 pengundi cina dan india BN akan dapat 51 undi Pas 49, BN masih menangkan? jadi analisis tu kira betulla.

pasal pengundi muda biasala, banyak dah yang cerdik pandai, mana nak terpengaruh politik gula-gula Umno/BN, org dah tak guna parti zaman purba macam umno.

PR kempunan nak bentuk kerajaan baru? ikut kau la nak kata apa, dulu kau yakin sangat kata PRK Permatang Pauh BN pasti menang, sudahnya kalah dengan hina, lepastu PRK Kuala Terengganu pun BN pasti menang, alih-alih Wan Farid hilang jawatan menteri. pada aku kau mana pandai buat analisis, semua analisis kau keputusannya pasti terbalik, jadi paham-paham ajela...

P/s dengarnya Wan Farid dah nganggur sekarang, susah gak nak carik kerja sekarangni, ekonomi global meleset, banyak yang kena buang kerja, kalau dia nak keja aku ada keja kosong tapi jagi kuli, gaji ciput, taknak takpe banyak org lain.

aisal said...

PAS tak kalah undi cina..tapi PAS dah cukup menang sebenarnya..

dulu2 depa ni takut nak mendekati PAS. Tp skrg depa ni dah berani sokong PAS. Kelab penyokong PAS yg bukan islam pn dh ada..dh ramai bukan islam menyertai kelab ni...

interpretasinya PAS tetap menang...dan jalan kemenangan itu sememangnya terbuka luas sekarang !

gunawan mohamad ali said...
This comment has been removed by the author.
Juraimi Zainal said...

Cian dgn bn@umno. berpijak la dibumi yang nyata..

kaiban said...

ana yakin yg sebenarnya PAS menang dengan majoriti lebih besar.
ttetapi manusia hanya mampu merancang hanya ALLAH yg menentukan,pasti pertolong dr ALLAH yg memenangkan PAS.

Firdaus AMK PKR said...

Be End@umNO..
ckit2 yakin..
ckit2 yakin..
tinggal jelah yakin ko tu..
tak kemana..
apakah alasan anda diatas kekalahan parti anda?
PRK sudah 2x parti anda gagal!
rakyat sedang mengkaji dan melihat apa yg tela berlaku pada parti anda!
PRK KT,parti anda kalah ditempat sendiri!
berpijaklah pada bumi yang nyata wahai saudaraku!

abe MIE 'TERJAH' said...

PAS menang tapi melayu tetap miskin dan tak ada kerja macam di Kelantan... dan selangorpun dah kena jangkitan chikungnya dari Kelantan, kerja tak ada tapi diperintah oleh PKR...

kesian, macam cerita pak pandir,
ayam menang tapi tanah tergadai...

(sekadar nasihat sebelum terlambat)

http://pkrpasdap.blogspot.com

ajkumno.. said...

NAMPAK NYER KEBAJIKAN PEKERJA2 DI NEGERI PAKATAN RAKYAT LEBIH MENDAPAT PERHATIAN.. DARI PKR TENTU,, DARI BN PUN DTG JUGAK... SEBAB BN MEMANTAU ADA MANA ISU YG NAK KETENGAH KAN MENJADI ISU..

TAPI YG MALANG KEBAJIKAN PEKERJA2 DI NEGERI2 BN.. DIABAIKAN...

ajkumno.. said...

TERNYATA KEYAKINAN RAKYAT KPD KERAJAAN PKR MAKIN BERTAMBAH.. RAKYAT DAH MULA SEDAR BANYAK DITIPU OLEH BN...

KT MENJADI BUKTI BERTAPA RAKYAT TIDAK MEMANDANG LANGSUNG PEBANGUNAN MEGA YG DIJANJI KAN NAJIB.. SEMUA SUDAH MUAK JANJI PILIHANRAYER JANGAN DISUAP MASA NAK TARIK UNDI RAKYAT.. SAHAJER... RAKYAT BUKAN BODOH..

ajkumno.. said...

Moga Ketuanan Rakyat akhirnya menjadi kenyataan.

unanjaga said...

Pengundi muda adalah pemangkin pada politik masa depan.Dan dia merupakan teras pada kekuatan pada sesuatu parti itu.Nyata muda mudi telah memilih PAS(PR) sebagai wadah perjuangan politik nya.Ini lah zaman kebangkitan.

Koperasi Temasa Berhad said...

Makin ramai keluar dari PLKN dan yang berhutang PTPN makin ramai yang sokong pembangkang. Sabah juga bakal terlepas kpd pembangkang jika tidak diambil perhatian serius...sebab ramai YB yang mungkir janji. Contoh : JANJI YB ROSNAH bagi bantuan RM 5k sejak 2007 hingga kini belum tertunai lagi...

Koperasi Temasa Berhad said...

Pengundi muda ramai dah celik. Mereka muak bila tengok pemimpin UMNO anak beranak dam kaya raya tapi rakyat maish ada papa kedana...

anakkancil said...

Kepada bn@umno...ramai org cina dan india pada pr12 yg lalu tidak segan silu memakai jesi PAS ketika
memasang bendera parti jika di banding dgn jesi Umno kebanyakan yg menyarungnya adalah dari kroni yg ambil upah.ada fulus bendera naik tara fulus kerja tara bikin.

PAS KUALA TERENGGANU said...

umno kalah sebab terlalu jujur,

tuk perak said...

kitakena faham sebab yang mengebabkan orang cina dan tidak mengundi PAS di k.terengganu adalah disebabkan orang cina ni sememang nya dri dulu lagi dia mengamalkan politik selamat,lebih2 lagi suasana diterengganu ni orang cina terlalu minority...jadi kalau lah mereka ni mengundi PAS dah tentu la kerajaan negeri sekarang ni diperintah oleh orang BN(UMNO) iaitu satu spesis pendendam ni akan membalas dendam...jadi mereka fikir lebih baik berpolitik cara selamat...lagi pun kalau menang PAS pun tk boleh jugak nak perintah negeri...hatta pusat pun tak dapat lagi....wahai orang2 BN(UMNO) kalau nak tu tungulah PRU13 ..boleh tau la nasib mike nanti..

tuk perak said...

PAS menang dengan pengundi muda bukan nya disebabkan orabg muda ni dia suka pada PAS sangat pun...orang PAS terutama Ustaz Wahid Endut dan ajk di K.terengganu kena study mengapa pengundi muda mungundi Pakatan Rakyat sejak akhir2 ni...sdr kena post motem mengapa pengundi muda ni mengundi kita..insaallah dengan kajian saudara di K.terengganu ni kita boleh gunakan untuk seluruh Malaysia..insaallah Kita berkeyakinan dalam PRU13 nanti kita akan dapat sapu bersih pengudi muda ni..biorkan BN(UMNO/GER/MIC/MCA) ni tingge yang dah tua bangke je..dan lepas ni tiga parti ni kita boleh ubah kepada persatuan orang2 tua(kalau wanita pulak PESATUAN MONOPOS)..Dr.M tentu tersenyum dengo komen teman ni,,

pemerhati said...

salam abe mie terjah, kau nilai miskin atas apa sebenarnya.. rumah buruk?kereta buruk?pakaian buruk? kalau miskin bagaimana shopping malls boleh tumbuh bagai cendawan di kota bharu atau depa invest mengharapkan orang terengganu ataupun kl mari belanja. Malah kelantan paling kaya dengan institusi pendidikan agama islam, bukan islam hadhari!!... kelantan tidak banyak peluang kerja sebab bn tidak bersikap demokrasi, kau pikirlah sendiri apa maksud aku cuma aku boleh bagi contoh yang semua orang boleh nampak ( cthnya, terengganu semasa bn ada royalti apabila pas ambil alih tiada royalti) ni budak x sekolah pun tahu.nilah sikap kerajaan pusat kepada negeri diperintah bukan dari bn. maaflah jika menyiggung perasaan.bukan niat aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...