KUALA TERENGGANU, 10 Jan: “Mana peruntukan? Saya tahu duit dah turun (dari Pusat), dah sampai kat Terengganu, tapi orang (jentera BN) bawah merungut duit tak sampai kepada mereka,” begitulah lebih kurang bunyi luahan kecewa Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Razak beberapa hari lalu.
Menurut satu sumber yang rapat dengan BN negeri, pertanyaan yang lebih berbentuk sergahan itu ditujukan oleh Najib kepada para pemimpin Umno Bahagian Kuala Terengganu.
Selaku Pengarah Pilihan Raya BN di Kuala Terengganu, Timbalan Presiden Umno itu dikatakan telah dimaklumi bahawa peruntukan sangat besar telah dikeluarkan oleh parti itu di peringkat Pusat.
Duitnya juga telah sampai ke Terengganu dan dipercayai berada dalam simpanan seorang pemimpin kanan Umno bahagian.
Bagaimana pun, jentera BN peringkat bawahan, khususnya peringkat Unit Peti Undi (UPU) dan cawangan-cawangan merungut kerana peruntukan yang mereka tahu sangat banyak itu masih tidak melimpah kepada mereka.
3 comments:
kah kah kah
wang besar wang besar wang besar.
oppsss
sorok lahhhhhhhhh
Duit-duit, di mana kau duit. Hehehee, takde duit, takde cerita. Harap, pakatan kekalkan budaya sukarela dan konsep pengorbanan dalam perjuangan. Barulah terasa manis kemenangan yang dikecapi. Berjuanglah wahai kaum Muslimin.
Mungkin duit duit itu masih tersorok dibawah bantal dalam mimpi mereka,macam orang yang mengigau...dalam mengigau itu betul betul pegang duit,tapi bila celik...hampas.
Post a Comment