KUALA TERENGGANU, 17 Jan: Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut mendapat tujuh undi pertamanya apabila beliau, isteri serta lima anak mereka mengundi di SK Pusat Cabang Tiga kira-kira jam 8.15 pagi tadi.
Ketujuh-tujuh mereka sampai ke sekolah itu kira-kira jam 8.00 pagi ketika para petugas BN hampir belum ada di luar kawasan mengundi itu.
Sementara itu, pengundian di Kuala Terengganu berjalan lancar dengan para petugas PAS menguasai kebanyakan tempat mengundi kecuali di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman yang dikira banyak dikuasai penyokong BN.
(Gambar: Wahid bersama petugas Muslimat PAS)
Di tempat mengundi yang lain, SK Wakaf Mempelam, Sk Losong, SK Seri Nilam, SK Pusat Cabang Tiga serta SMK Tengku Bariah yang di tinjau dikuasai para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.
Calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar bersama isterinya.
Di situ, para penyokong dikira sama kuat antara BN dan PAS. Namun jirannya iaitu di Pasir Panjang, iaitu di SMK Tengku Bariah, penyokong PAS menguasainya.
(Gambar: Husam turun merayu undi di pusat pengundian)
Abdul Wahid ketika ditemui di SK Sri Nilam iaitu pusat mengundi untuk Merbau Patah berkata, pihaknya yakin bakal mencapai kemenangan jika tidak ada sebarang masalah besar sepanjang tempoh pengundian yang akan tamat jam 5 petang nanti.
Beliau melahirkan rasa kesal kerana Pegawai Pengurus Pilihan Raya ini, Datuk Mat Razali Kassim terpaksa meletakkan jawatan.
"Ini memalukan orang Terengganu sahaja kerana tidak pernah berlaku perkara sebegini sebelum ini.
"Pengerusi SPR orang Terengganu, Setiausaha orang Terengganu, kedua-dua calon orang Terengganu. Tiba-tiba RO kita Datuk Bandar Kuala Terengganu letak jawatan," kata Wahid kepada Siasah.
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid juga yakin pihaknya akan menang berdasarkan segala gerak kerja penerangan yang dibuat menepati sasaran dan berjalan dengan baik.
"Kalau kalah pun kita amat berpuashati dengan kerja yang telah kita buat," katanya kepada Siasah.
(Gambar: PAS mempamirkan senarai nama pengundi yang mencurigakan di pos mereka)
Hampir 80,000 warga Kuala Terengganu akan membuang undi hari ini selepas lebih 1000 pengundi pos telah membuang undi sebelum ini.
Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dan akan ditutup pukul 5 petang.
Pilihan raya kecil ini yang dilihat sengit dan disifatkan sebagai sangat penting untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menyaksikan persaingan tiga penjuru.
Persaingan itu membabitkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari BN, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas).
(Gambar: Mustafa Ali turut mengundi di Kuala Ibai)
Daripada 80,229 pemilih yang layak mengundi kali ini, seramai 1,035 merupakan pengundi pos di mana kira-kira 96 peratus telah pun mengundi.
Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di bahagian ini adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.
13 comments:
Kita tunggu dan lihat kuasa mutlaq Allah taala.
nik ajis pesan :
"Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah dan bukan hamba duit dan sebagainya."
tok...pinjam shumpit tok...
Tahniah.
Semoga terus mendapat rahmat daripadaNya.Penentuan hanya dapat ditentukan malam ini.Siapa yang menang perlu tunaikan tanggungjawab, bukannya duduk senang lenang saja.
Salam....
Kemenangan Pas bermakna kekalahan umat Islam(Melayu) dalam PERANG SALIB era moden.
kemenangan PAS untuk apa haaaaa????
orang melayu berkopiah putih akan makin ramai bersembang dikedai kopi ....
"ISLAM" SUDAH MENANG>>>
fikir macamana nak jalankan hudud....
yang untung.. dapat pajakan tanah 9999999 tahun....,, undang2 hudud PAS yang pertama telah terlaksana..,,.
fikirrr jangan tak fikir,,..
tok2 garu... garu,,.. jangan tak garu...//
guano mung gitu
perunding said...
guano mung gitu
sdr perunding'
Beritahu saya negara2 Islam yang sedang menjalankan hukum hudud 100%? Saudi? ..Iran?.. Qatar?... dengan fakta2.. jangan tulis jer.
Hukum Hudud sebenarnya adalah Sunnatullah. 'Tidak ada perobahan pada sunnatullah'.
belum ada yg bt 100%...
kita sedang berusaha, sedang menuju ke arah tu...
kenapa nak ikut orang?...
kita laa kena ke depan...
hmm...
kalau hendak seribu daya.. kalau tak mahu .. macam2 alasan. Minta macam2 faktalah ... Gosok dada, tanya iman. Kalau sendiri dah tak mahu, tak payah pengaruh orang lainlah.
ada yang terperangkap dalam isu yang di bawanya sendiri
rescue...rescue...
salam perdamaian telah tercapai,
mungkin ini komen sebelum perdamaian.
itulah,dipanggil kronological masa.
saya tidak terperangkap dalam 'kapsul'masa.
saya menahan dari membalas tulisan atok.
salam.
ISMAIL said...
hmm...
kalau hendak seribu daya.. kalau tak mahu .. macam2 alasan. Minta macam2 faktalah ... Gosok dada, tanya iman. Kalau sendiri dah tak mahu, tak payah pengaruh orang lainlah.
salam sdr,
Siapa yang mahu? siapa yang memberi alasan?
Sdr patut sapu dada sdr. dan tanya diri sdr beriman atau tidak.. Adakah saudara telah menghafal 30 juzu' AlQuran itu umpama burung kakaktua atau sdr menelitinya secara ilmiah?
Untuk apa sdr. menyapa keimanan orang lain? Siapa yang berbuat baik atas diriNya, dan siapa yang berbuat kejahatan atas diriNya.
Sdr cuba tanya kepada orang 'kafir'., apakah mereka mahu menganut ugama sesat? Yang jelas tiada siapa yang hendak menganut ugama sesat kan?
Mereka pasti berhujah dengan Tuhan rabul Alamin.. tentu sekali 'tuhan yang tidak bersikap adil ni' akan tercungap2 menjawab. Tuhan yang tidak adil' tidak layak digelar tuhan,, maka ia perlu digantikan dengan 'Tuhan Yang Maha Adil'secepat mungkin.
Sdr masih lagi mandi bertelanjang bulat dalam bilik mandi.. dapatkah saudara nafikan?
Kita ta' usah memanjang2kan issue2 yang bersifat mengucar ngacirkan umat2 Islam, sepatutnya kita mesti mencari jalan untuk mempersatukan umat Islam yang telah dijajahi dari setiap sudut dogma.
Sesetengah manusia yang angkuh dan berasa punya iman dan ilmu memang berani mencabar ilmu, iradat dan kudrat Allah.
Politik negara kita sebenarnya sedang ke arah peralihan... ke arah menolak kepimpinan sedia yang tidak amanah, sombong dan berpengikut yang beremosi melulu. sukar menerima pengajaran.
Post a Comment