Tuesday, January 27, 2009

Pro-M kuasai dua kampus utama

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Setelah selesai pilihan raya kampus, kumpulan pro-Mahasiswa (Pro-M) menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan tahun ini apabila memperolehi 90 kerusi berbanding kira-kira 51 kerusi sebelum ini.

Kumpulan pro-Aspirasi (Pro-A) masih mendominasi kampus seluruh negara apabila memperolehi 196 kerusi kesemunya iaitu kira-kira 69% berbanding Pro-M yang mendapat 31% iaitu dari 286 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Dalam pilihan raya kali ini, Pro-M menguasai dua universiti iaitu Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berbanding hanya UIA sebelum ini.

Di UM, Pro-M berjaya menubuhkan kerajaan apabila berjaya mengumpulkan 21 kerusi selepas bergabung dengan beberapa calon bebas yang menang mengalahkan Pro-A yang mendapat 20 kerusi.

Di UIA, sebagaimana tahun lalu, Pro-M meninggalkan Pro-A dengan jumlah yang besar iaitu 17 berbanding dengan 1 kerusi sahaja.

Namun, di kampus-kampus lain, Pro-A terus mendominasi badan utama pelajara di kampus masing-masing.

11 comments:

Banjar Sungai Tungku said...

Wahai ahli PAS/PKR totok, apa pendapat anda tentang komen ini:-

PAS pernah kata UMNO kafir kerana berkongsi kuasa memerintah dgn MCA dan MIC.

PKR tu berasal dari darah daging keturunan UMNO, sifat2 buruk UMNO itu TIDAK mudah hilang dari dalam jiwa mereka.

TEKONG DARAT said...

macam ni jer...
anggap jer ayat kamu tu betul...
bahawa umno kafir...
tu pun sebab kamu yg cakap macam tu...

ok, macam ni...
tak pernah dengar ker orang kafir masuk islam?...
tak pernah ker dengar istilah taubat?...
jadi oleh kerana tiada pemisahan antara politik dan agama, maka kes ni lebih kurang laa macam yg di cakap kat atas tu...bertaubat dah dari umno, keluar dan join pas...
dapat pahala tau orang berusaha utk memperbaiki diri se[panjang masa...

Banjar Sungai Tungku said...

sdr tokong,

pejelasan anda tersasar atau senghaja di sasarkan. ini lah perangai PAS/PKR cakap berbelit belit.

TEKONG DARAT said...

saya budak baru belajar...
kalau sala tulung laa tunjukkan...
kalau tersasar, macamana nak bidik ngan tepat...

jit_tontoya said...

hai anon,

engkau jangan kata umno itu buruk.umno itu perjuangan tinggalan daripada pewaris nabi. ikut ajaran dan dasar umno mudah untuk engkau kesyurga nanti.nanti tunjuk saja ic cap melayu engkau made in malaysia, terus dapat syaafat hadari kat sana! ngerti!!!!

TORIQULJANNAH said...

salam.hah betol arr tekong cakap..
owng PKR tu umpama Orng taubat..
Allah sayang kan hambanye yng nak bertaubat.sifat Allah Al-Ghafur tu mnerima segala taubat hmbanye..
so kalo dah rasa2 tersalah tu cepat2 lah taubat..Kmbalilah dgn Hukum Islam.kite tak pyah ckap pasal PAS kalo kamu tak suka PAS anon,tapi kamu kne sedar yng kmu tu islam.jgn men2 kan hukum..Allah suka orng brtaubat tetapi Allah lebih suka orng muda bertaubat kepadanye..so sokong Agama Allah..إن تنصر الله ينصركم sapa bntu agama Allah,Allah bntu dia...

abe MIE 'TERJAH' said...

keluar universiti bukannya ada kerja kuat main2 politik...

nasiblah...sekrang dah tukar kerajaan.....tukar dari kaya ke miskin...dari belajar ke hutang...


http://pkrpasdap.blogspot.com

TORIQULJANNAH said...

salam..
bge aku lah,apa yng kite dh bge pluan dkt kerajaan bn terlalu lam,
apa dia blh buat dlm pndidikan negara?
tak ada pepun,
kalo lhat dkt UK study free..
prubatan free..
ni malaysia,minyak naik,barng nek,royalti ganu bru bge sedngkan ngeri ternganu antra ngeri terkaya dlm malaysia tpi duk tmpt ke2 termiskin..
tak ada lgsung si bn ne nak ubah nasib rakyat,yng ada kalo plihanraya rebut2 trun bru nak bge royalti balik,nasib bek allahyarham razli mati,kalo tak smpi skrng najib tak bge royalti..
tu pun ntah dpt full ke tak?takut2 just sembng n cek replika jeww..
ermm pasal keje pas study,seng je cara dia,belajar bge ikhlas,insyallah ada jalan..kolo nak cite poltik ,studnt umno lge arr truk men politik kat unisti..contohnye UDM..wasalam

unanjaga said...

Sewajar nya kita menjadi orang yang memahami tajuk perbualan,bukan yang bercakap atau berhujah tanpa hujung pangkal,tajuk perbahasan ini adalah "Pro-M kuasi dua kampus utama"jadi biarlah kita berhujah atas tajuk ini secara baik dan bertamadun(tidak kolot),agar kita menjadi penghujah yang matang dan ada pendirian,dan itu lah lambang bagi tahap kematangan ilmu kita.
Apa yang dapat saya ulas dari tajuk ini,telah ada suara kebangkitan dari pihak Pro-M dalam kancah politik kampus.

Firdaus AMK PKR said...

politik di kampus..
teleah mengikuti arus perdana politik negara..
seiring!!
syabas pada PRO-M!!!

Chegu Byhaqie said...

Alhamdulillah, Pro-M berjaya menawan semula Universiti Malaya.. Aku sebagai salah seorang penuntut yg mahukan kebebasan bersuara seiring dengan tahap pendidikan kami, amat2 berpuashati dgn kemenangan ini.. semoga kemenangan ini dpt membuka mata semua pihak bahawa Allah akan sentiasa bersama dengan orang yg benar.. Teruskan La berjuang demi Islam..Takbir!!!!

Mr Bai
JEA060003
APM UM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...