Sunday, January 4, 2009

Kuala Terengganu: YDP PAS lwn Ketua Umno

KUALA TERENGGANU, 4 Jan: Pilihan raya kecil Kuala Terengganu bakal menyaksikan pertembungan secara langsung antara Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan Ketua Umno Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Wahid, Bendahari PAS Negeri Terengganu, dipilih sebagai calon PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat pengumuman itu pada jam 10.53 malam di hadapan kira-kira 9,000 penyokong dan ahli parti dalam majlis yang diadakan di Stadium Negeri, di sini, Khamis lalu.

Secara seloroh beliau berkata, oleh kerana calon BN adalah Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, maka PAS memilih Abdul Wahid selaku Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Terengganu.

Menurutnya, calon PAS agak sukar dipilih kerana mereka yang disenaraikan semuanya baik-baik belaka.

Ini, katanya kerana mereka tiada rasuah, politik wang dan penyelewengan politik.
Abdul Wahid merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam sejak tahun 1990 dan pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri semasa pemerintahan PAS dari tahun 1999 hingga 2004 lalu.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub.

Sebelum ini, bakal Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon BN..

6 comments:

perunding said...

kena sound dek taming sari baru keluar posting.
hu,hu

perunding said...

Tahniah kepada Hj Abdul Wahid Endut dipilih oleh pimpinan untuk menggalas tanggungjawab bertanding dalam pilihanraya kecil PrkP36 ini.
Beliau akan bertemu lawan dari Umno,Wan Farid yang jika kalah, hilang semua,jika menang dapat semula.
Hj Wahid juga akan berdepan dengan beberapa calon bebas yang `kacau daun` Umno dan `kacau daun`Pas.

Hj Wahid adalah anak tempatan yang datang dari keluarga besar yang dikenali dan dihormati di Terengganu.
Faktor keluarga yg dikenali dan dihormati adalah amat penting dalam senario politik masyarakat di sana.
Beliau juga telah dipilih oleh rakyat Terengganu,khusus penduduk Dun Wakaf Mempelam bagi mewakili Dun mereka untuk 5 penggal berturut-turut.
Fakta menunjukkan beliau disenangi dan diterima masyarakat tempatan.
Ini juga dibuktikan dengan nyata dengan majoriti kemenangan terbesar sebanyak 2193 pada Pru12 yang lepas berbanding dengan 3 Dun yang lain.

Analisa yang menunjukkan 1800 undi lari dari calon Pas diperingkat Parlimen dalam Pru12 yang lepas dengan sendiri nya terlerai dan diselesaikan dengan pemilihan anak tempatan ini.

Dalam ertikata lain Pas sudah mempunyai lebihan undi sebanyak sekitar 2000 dengan pemilihan calon anak tempatan.Inshaallah.
Faktor anak tempatan adalah amat perlu dan penting untuk strategi pilihan raya kecil dan juga senario politik Terengganu khususnya.

Dengan itu mari kita dan saya juga mendoakan kepada Allah memberikan kemenangan kepada beliau Hj Abdul Wahid Endut khususnya dan pihak Pakatan Rakyat amnya.
Mohon Allah memberikan kemenangan dalam bentuk
1.memenangi hati rakyat.
2.memenangi sokongan rakyat.
3.memenangi undi rakyat.
4.memenangi dengan majoriti undi yang baik.
5.memenangi dalam bentuk gerakkerja jentera parti.

Moga Allah memudahkan semua urusan kita.
Amin.Ya Allah Ya Tuhan Sekalian Alam

DongfangWuDi said...

Menurutnya, calon PAS agak sukar dipilih kerana mereka yang disenaraikan semuanya baik-baik belaka.

Sepatutnya berbunyi begini....

Menurutnya, calon PAS agak sukar dipilih kerana mereka yang disenaraikan semuanya burok-burok belaka.

Lebih baik lagi bunyinya....

Menurutnya, calon PAS agak sukar dipilih kerana mereka yang disenaraikan semuanya berok-berok belaka.

anakkancil said...

Dewata Awan Berapi said...
Menurutnya, calon PAS agak sukar dipilih kerana mereka yang disenaraikan semuanya baik-baik belaka.

Sepatutnya berbunyi begini....

Menurutnya, calon PAS agak sukar dipilih kerana mereka yang disenaraikan semuanya burok-burok belaka.

Lebih baik lagi bunyinya....

Menurutnya, calon PAS agak sukar dipilih kerana mereka yang disenaraikan semuanya berok-berok belaka.

January 4, 2009 5:04 AM

Agak agak kau la...yang nak baca talkin dan doa kat jasad kau nie geng pakai ketayap serban ke...or geng pakai kot...yam seng....

fadlah said...

ambik sebijik,sok die mati bagi hak paki kot ngn slua pendek nampak lutut,yg ader anak minum arak ngn pompuan tu,elok tu tlg bacekan talkin tu utk org umno2

Anonymous said...

dewata awan bukan keturunan manusia...tapi keturunan kerajaan langit,jd tak perlu org bacakan talkim utknya....barangkalilaaaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...