Sunday, January 25, 2009

Kerajaan Pakatan Perak semakin kukuh

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Perak bertambah kukuh hari ini apabila seorang Adun BN, Datuk Nasarudin Hashim mengisyhtiharkan keluar Umno sekaligus menyertai PKR hari ini.

Majlis pengisytiharan itu dibuat dalam satu sidang media yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat PKR, jam 2 petang tadi.

"Kenyataan Datuk Nasarudin ini satu yang sangat kritikal dan ia membayangkan sentimen pengundinnya, yang bermajoritikan orang Melayu," kata Anwar dalam sidang medianya.

Beliau menyifatkan langkah Nasarudin ini adalah permulaan kepada satu lagi gelombang baru selepas kemenangan PAS di Kuala Terengganu.

Penyertaan Nasarudin ini juga membayangkan penolakan rakyat Melayu Perak terhadap BN walaupun hampir setiap hari parti itu menekan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin hatta menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai MB kononnya kerana mengenepikan Melayu di Perak.

"Saya telah dimaklumkan perkara ini sebelum ini dan beliau lebih nekad mengambil keputusan ini selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu," kata Mohd Nizar kepada sebuah akhbar laman web.

Mohd Nizar berharap lebih ramai lagi Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat selepas ini.

Dengan perisytiharan ini, kerajaan Pakatan Rakyat menambahkan kerusinya kepada 32 kerusi manakala BN tinggal 27 kerusi sahaja.

Berikut adalah kenyataan media Nasarudin yang diedarkan hari ini :-

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-
Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

25 comments:

slyderrose said...

Ini salah satu berita yg ditunggu. Kalau beliau letak jawatan bagus juga. Biar ada PRU kecil dan kita tengok sama ada umno mampu bangun kembali di Bota. Biar umno terus hancur. This is the best time to give killer blow to umno.

perunding said...

satu tamparan pedih tepat ke muka Umno terutama Tajol Rosli dan Zahid Hamidi.
Sapa yg buat fitnah pasal tadika kemas tu...nah...ambik kau.!!!

Kapak Batu said...

masalahnya klu adun bota ni letak jawatan dia tak boleh bertanding semula selama 5 tahun sbb tertakluk akta undang2 pilihanraya

perunding said...

domino effect telah bermula...
selepas P44,P36 Falls,the rest is domino effect.

lepas ni berduyun umno beratur,berebut masuk PR.
takde istilah loncat/lompat parti lagi.

berbaris semua...masuk PR.
AllahuAkbar

perunding said...

tak perlu praya kecil.
seat tu automatik milik PKR.

TokBatin X said...

perunding said...

satu tamparan pedih tepat ke muka Umno terutama Tajol Rosli dan Zahid Hamidi.
Sapa yg buat fitnah pasal tadika kemas tu...nah...ambik kau.!!!

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Slow2 sikit ustaz.. tekan break.. laju sangat tu

dewatawanberapi said...

Biasalah....bukan binatang saja boleh dibeli..

Manusiapun boleh..

Ehh..silap..

Manusia tak reti melompat2 ni..
Cuma katak aje yg reti buat kerja tu

Amfibia..dua alam..
Pandai dia cari bos yang sama spesis...

perunding said...

ok..sorii ..tuan tuan..
terlebih excited.
tima kasih mengingat.
gitulah insan.

TEKONG DARAT said...

allahuakbar

aisal said...

perunding said...

satu tamparan pedih tepat ke muka Umno terutama Tajol Rosli dan Zahid Hamidi.
Sapa yg buat fitnah pasal tadika kemas tu...nah...ambik kau.!!!

-------------------------------------

perunding sya tmbh sikit....dub..dub..dub..nah..yeah..dish..
rasakan....sya tngglkn skit utk kawan2 yg len...

tbs : boleh x sya hntr ke icu skang. nk kasi kojol trus tunggu prk ke 13.


"mkin kuat prpaduan, mkin hlng kpercyan, mkin susut kawasn...HIDUP MELAYU"

TAKBIR !

-murid-murid keluar barisan,
murid-murid masuk bulatan,
skrg murid-murid dlm pakatan....

Juraimi Zainal said...

Masih ku ingat kata si Ezam tu (kalau tak silap sblm p/raya P.Pauh)... nanti di Perak ada adun2 PR akan menyertai BN...

Nah kau... ?
Sebelum ni keburukan saja yg kedengaran di Perak, terutma terhadap MB DS Nizar...

Ingat la Allah swt maha berkuasa...

jebat_muda said...

UMNO KARAT nie !!..padan KENA MAIN dgn JKK jer...cian jatuh KE malu AN hehehe

kamal farhan said...

Umno jadi pembangkang, Pakatan perlu sedia jadi pemerintah


Semua pihak mengakui bahawa Umno kini hadapi saat-saat paling sukar dan paling getir. Bukan ia tidak pernah lalui zaman-zaman gerhana sebelum ini tetapi suasana mendung sekarang jauh berbeda.




Ragam rakyat, khususnya pengundi, juga berlainan. Minda mereka lebih kompleks. Kesedaran berpolitik juga bertambah matang. Mereka semakin terbuka dengan pendedahan luar. Manakala perubahan yang digembar-gemburkan pimpinan Umno hanya retorik.

Prestasi hambar

Pemimpin, aktivis dan penyokong Umno riuh-rendah mengulas prestasi hambar parti itu dalam pilihan raya umum ke-12, Mac 2008. Pencapaian rakan-rakannya dalam BN, terutama MCA dan MIC, lagilah teruk.

Selain kritikan pedas Dr Mahathir Mohamad, ramai juga pimpinan Umno sendiri melakukan muhasabah dan kritikan terbuka. Presidennya, Abdullah Ahmad Badawi dianggap penyebab utama kegagalan Umno. Desakan agar beliau berhenti tidak mudah diredakan.

Seperti lazimnya, timbalan beliau, Najib Razak dalam diam mengambil peluang. Abdullah yang kesempitan dibiarken kelemasan. Akhirnya pelan peralihan kuasa yang sepatutnya berlangsung 2010 terpaksa dipercepatkan ke bulan Mac akan datang.

Lima bulan selepas pilihan raya umum lalu, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KeADILan mengosongkan kerusi Permatang Pauh. Dalam pilihan raya kecil itu, Anwar Ibrahim memang dijangka menang mudah tetapi pemimpin karismatik berkenaan berjaya meningkatkan majoriti isterinya meskipun serangan peribadi terhadap beliau dipertingkatkan.

Najib terduduk

Sebagai penerajui kempen BN yang berkampung di kubu Anwar, Najib terduduk. Belum pun duka diubati, keputusan pilihan rayaa kecil Kuala Terengganu 17 Januari lalu menambah bisa dan pedih Najib. Kerusi Parlimen Umno di negeri yang dikuasai BN ditawan PAS.

Soalnya, apakah Umno yang gering kini mampu sembuh selepas musim beredar? Mungkinkah kes yang menimpa Wan Ahmad Farid Wan Salleh merupakan suatu pengecualian atau jika calon lain dipilih BN, maka Pakatan Rakyat mungkin dapat dikecewakan? Benarkah seperti kata A Kadir Jasin, "Umno masih jauh daripada fasa nazak"? Rasionalkah telahan Mahathir bahawa "semua isyarat menunjuk bahawa Umno akan ditewas dan hancur dalam pilihan raya umum ke-13"?

Sebagai ahli PAS dan petugas Harakah yang turun mengikuti kempen pilihan raya Kuala Terengganu tempoh hari, turut merasai debar menanti keputusan diumumkan, pastinya saya mengharapkan andaian Mahathir itu menjadi realiti walaupun banyak idea dan pendirian bekas Perdana Menteri itu sukar saya terima.

Umno hampir pasti jadi pembangkang

Saya juga mengharapkan pendapat Kadir Jasin itu tersasar; Umno memang gelisah menghadapi nazak dan saatnya menjadi parti pembangkang di seluruh negara hampir tiba. Naluri kewartawanan saya juga merasai detik PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa makin dekat.

Bagaimanapun, ia tidak semudah itu. Memang Umno yang sakit belum tentu disembuhkan segera. Begitu juga, PAS dan Pakatan Rakyat yang menang belum pasti secara automatik dapat menggantikan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang. Harapan dan impian satu hal yang berbeda dengan cabaran untuk mencapai cita-cita kudus itu.

Hanya kerana parti pemerintah yang seusia dengan Umno sudah menyembah bumi, seperti berlaku di negara-negara lain, namun tidak bermakna PAS bersama Pakatan Rakyat dapat mengambil alih posisi itu dengan mudah.

Umno sendiri mungkin sudah menyediakan resepi secukupnya untuk parti berkenaan digulung sejarah. ia semakin dilihat tidak relevan dan ketinggalan zaman, satu tuduhan yang dahulunya dilemparkan kepada parti-parti pembangkang.

Soalnya, di mana kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat hari ini? Bagi saya, seperti ungkapan Musa Hitam, Umno kini menghidap penyakit tua, namun tidak bermakna orang tua mati lebih awal daripada golongan remaja misalnya.

Kemampuan menyesuaikan diri

Keupayaan PAS-Pakatan membentuk sejarah menerajui pemerintahan negara lebih ditentukan oleh parti berkenaan untuk menyesuaikan dirinya dengan tuntutan semasa dan perubahan zaman, lebih daripada mengharapkan Umno perlahan-lahan mati dengan sendirinya.

Sejauh mana selama hampir setahun ini PAS-Pakatan dapat membuktikan komitmen membela kepentingan rakyat, memenuhi segala janji dalam manifesto pilihan raya lalu, menyuntik keyakinan bahawa ia mampu melaksanakan dasar dan rancangan kerajaan yang lebih baik, juga tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan wakil-wakil rakyat Umno-BN?

Apakah pimpinan PAS tetap mesra rakyat, turun mendekati dan menyelesaikan masalah rakyat, tidak meninggi diri walaupun sudah menerajui negeri, tetap hidup sederhana meskipun boleh bermewah-mewah, mengelak dari dilihat sombong dan angkuh dengan kuasa?

Bukti di saluran mengundi

Anak muda dan golongan belia, seperti dibuktikan melalui saluran mengundi tertentu di Kuala Terengganu, sememangnya menolak BN. Kecenderungan ini berakar dan berlanjutan daripada trend mengundi, Mac 2008.

Sifat orang muda yang terbuka dengan maklumat, kritis terhadap persekitaran, ghairah dengan perubahan, pantang diperbodohkan, bersedia untuk menyanggah, membuka jalan untuk Pakatan bertapak lebih kukuh.

Jumlah pengundi muda ini semakin ramai. Dianggarkan menjelang pilihan raya ke-13, tiga tahun akan datang, dua juta pengundi baru bakal menjadi pemilih berdaftar.

Kesedaran berpolitik yang lebih matang akan mendorong empat juta lagi rakyat yang selama ini tidak mendaftar untuk berbuat demikian. Sudah tentu Umno bertambah gerun menghadapi ketidak-tentuan ini.

Walaupun Abdullah berundur dan Najib melakukan re-branding terhadap Umno, saya yakin imiginasi pengundi muda tidak mudah untuk bersama bakal Presiden Umno itu. Malah, imej buruk dan membusuk Umno tidak dapat dipulihkan Najib hanya dengan usaha-usaha kosmetik, apatah lagi bagasi sejarahnya cukup berat untuk diheret.

Umno sukar dipulih

Melalui media, kelihatan ada tekanan supaya Umno segera berubah sebelum ia ditolak pengundi. Pandangan kritis memulihkan Umno disiarkan walaupun ia umpama ubat yang pahit yang sukar ditelan. Ahli-ahli diperingatkan bahawa tanpa kuasa Umno tiada sebarang makna.Pimpinan Umno tentu sedar tentang derita penyeksaan apabila kuasa terlucut dan payahnya merangkul kembali.

Pilihan buat rakyat semakin jelas. Dulu BN sukar digugat kerana rakyat tidak nampak siapa alternatifnya. Lorong penyediaan sistem dua parti semakin luas dan hampir menjadi realiti.

Signal penubuhan Majlis MB-KM

Parti-parti bukan BN menunggu masa untuk digabungkan secara legal dalam Pakatan Rakyat. Halangan mendapatkan tujuh ahli dalam gabungan itu rasanya mudah dileraikan sekarang. Kesediaan parti-parti dalam Pakatan untuk berbincang tentang perbezaan dan bersetuju dengan persamaan kian terserlah. Penubuhan majlis Menteri Besar dan Ketua Menteri lima negeri Pakatan Rakyat adalah signal awal yang "cukup menjanjikan".

Saya memang berdoa agar impian ini mudah direalisasikan. Mudah-mudahan. _

Baung Kuala said...

syukur kehadrat Ilahi..syabas dan tahniah buat dato...

kamal farhan said...

KEPADA,
dewata awan berapi,
abg mie,
bn&umno,
zali,
tok batin senoi,
dok tentang hukum allah xhabis2 dan kutuk ulamak xhabis2..mcm ilmu tinggi sgt..kalau berani dan kalau ada kitab kat rumah,tlg cari kan tafsir utk ayat AT-TAUBAH AYAT 63 SAMPAI 68 & ALMAIDAH AYAT 42..KALAU BRANI LAH.

ALI MAIDIN said...

Pas Wilayah Persekutuan akan memulakan kempen himpunan 100 ribu membantah PPSMI dengan mengadakan ceramah khas pada 1 hb Februari 2009, Ahad, jam 9 malam, di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar Kuala Lumpur.

Pemidato utama ialah Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu dan Dr Shahrir (Kumpulan Prihatin) .

Pengerusi majlis ialah Ustaz Idris Ahmad.

War-warkan dan datang beramai-ramai tanda sokongan anda.

Pas Negeri wajar memulakan gerakan ini.

ngalabu said...

wow, Tahniah ,kehebatan bn makin terserlah, pencacainya makin ramai, saranan mereka dan pendapat mereka makin panas dengan dibantu oleh berapi dan tok batin begitu juga ustaz anypouse.

Pasti kalu ada pilihanraya kecil lagi bn akan kalah besar, dan makin ramai lagi adun, dan mp mereka akan lari.

terima kasih kepada pencacai bn kerena membantu, pembangkang menang dan rakyat makin benci bn.

ngalabu said...

Kita semua harapkan pencacai bn akan terus memberikan komen yang berapi. Teruskan usaha anda yang murni tersebut. Hidup! pencacai bn.

mat_terab said...

tahniah buat Datuk Nasharuddin kerana telah dapat hidayah......
pencacai umno abe mie, umno@bn dan ramai lagi pencacai umno bila lagi......

atzmand said...

abg mie,
dewata awan berapi,
bn&umno,
zali,
tok batin senoi,
azizah dll..

terimakasih banyak2 ...makin lama kowrang membebel kat sini makin parah UMNO/BN. & makin memudahkan kerja kami..bila lagi nak join pakatan? ketua kowrang makin ramai dah insaf...

Dr Nik-On X-Ray said...

UMNO tak akan sedar sebab dia dah koma, cuma masih menerima rawatan bantuan pernafasan di ICU.
Najib dan konco-konconya pun tak sedar lagi ke? Ni bukanlah salah Pak Lah sorang, sebab pembawa najis terbesar dalam UMNO adalah Najib, Rosmah....dll. Tengok muka Rosmah dalam rayuan kutipan derma Palestin, langsung tak senyum. Macam tu nak jadi "First Lady"?

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

adakah tahun baru Cina- tahun lembu sama dengan kemasukan Lembu dalam PKR? Siapa yang Anwar hendak sembelihnya? PAS? yang memang jadi lembu pada PKR dan DAP menjadi tuan lembu pada PKR?

Pok Putak said...

Umno....Umno....Umno...Arm No.... cian...dah mulai kudung...
Taubat ler.....pas ni gigi pulak patah dan gugur kerana belum ni kuku dah tumpul....dah tua.Tua sangat-sangat dah. Pekak pulak tu tak mahu dengar kata rakyat. Dah lah pekak ,degil pulak,babel sesangat. Dah lah babel sombong pulak. Dasar hidung ke atas. Sombong amat sangat tapi tak sedar bodoh pepaleh.
Taubat,mari masuk PKR,ubah nasib.

bn@umno said...

Hidup PKR@PR

Firdaus AMK PKR said...

Be End@umNO?

Adakah betul anda menulis di atas..
harap2 ia disertai dengan hati yang ikhlas..
terbuka minda anda jikalau sebaliknya...
pun berharap anda segera rela membuka minda ke arah dan memaksudkan apa yang anda tulis di atas..
amin..
salam perjuangan!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...